🎭 •BAB 49•

57.1K 3.4K 410
                                    

RAY dan Arie bersorak suka sebaik sahaja melihat beberapa orang pelayan mendekati meja mereka dengan beberapa hidangan makanan laut.

Alhamdulillah. Baik hati Tunku Niel nak belanja kita makan.

Ehek!

Firuz senyum lebar sama. Dah lama tak makan seafood. Emmm.

Mark pula membatukan diri. Rasa cemburu melihat wajah mereka yang tersenyum lebar itu. Sedihnya. Aku dahlah alergik seafood.

"Ini nasi goreng ikan siakap."

"Terima kasih." Tunku Niel menyambut pinggan yang dihulurkan pelayan restoran tadi dan diletak di hadapan Mark.

Mark terus angkat kepala pandang Tunku Niel.

"Apa ni Tunku? Saya boleh je makan ni semua." Mark rasa bersalah tiba-tiba. Haruslah dia rasa sebegitu rupa. Dia seorang je yang ada makanan khas sendiri.

"Kau kan alergik udang dengan ketam. Nanti gatal-gatal. Tak apa. Kau makan je." Ujar Tunku Niel. Dia memahami Mark. Sudah membesar bersama kut. Takkanlah tak memahami kan.

"Makanlah Mark. Jangan malu-malu. Bukan selalu majikan awak ni belanja." Ujar Qhaiyra pula. Cik Puan sorang tu lagilah gembira sebab hajatnya untuk menyantap makanan laut tercapai.

Mark senyum sebelum mengangguk. Tiba-tiba rasa terharu. Terharu kerana Tunku Niel memahaminya.

"Awak alergik? Serius?" Firuz jeling Mark di sebelahnya.

"Taklah. Udang dengan ketam tu yang alergik dengan aku. Sebab aku handsome sangat." Mark berkata. Tangan diangkat membaca doa makan. Selamba sahaja gayanya.

"Oh. Tapi saya suka makanan laut." Ujar Firuz sebelum kembali fokus pada makanannya.

Terjongket sebelah kening Mark. "Dah tu? Kau nak aku buat apa?"

"Saja inform. Awakkan bakal suami saya."

Terlepas sudu di tangan Mark. Jatuh ke lantai. Terkejut dia dengar ayat selamba si Firuz.

Budak ni...

Mark angkat kepala apabila sedar akan mata-mata yang memandangnya.

Gulp...

Arie, Ray dan Tunku Niel. Masing-masing terkebil-kebil memandang ke arahnya. Qhaiyra pula sudah sembunyi senyum memandangkan dia sudah tahu tentang itu. Mark dan si Piyus dah confirm nak kawin. Yeah!

"Bila nak masuk meminang Firuz?" Tanya Qhaiyra pula. Bibirnya tersenyum jahat. Bukan selalu dapat usik Mark.

Mark menggelabah mendengarnya. Terus dia pandang lantai. Cari sudunya yang jatuh di atas lantai tadi. "Mana sudu aku ni?"

"Mark. Seriuslah?" Tanya Ray. Sebelah tangan menolak lengan Mark. Meminta kepastian.

Mark buat tak dengar. Meliar matanya mencari tisu dan sudunya tadi dilap dengan tisu.

"Jangan guna sudu tu. Kotor dah." Firuz merampas sudu di tangan Mark dan digantikan dengan sudu yang baru.

Mark sembunyi senyum.

"Terima kasih. Ehem! Jemput makan." Mark terus menyuap makanan ke dalam mulutnya. Pandangan Arie dan Ray tidak diendahkan.

Tunku Niel senyum sahaja. Dia tidak kisah. Janji Mark bahagia. Takkanlah mahu Mark terus bekerja dengannya tanpa fikirkan life sendiri. Ada bagusnya juga.

"Abang, aaaa." Qhaiyra meminta agar Tunku Niel menganga. Akur. Tunku Niel terus menganga. Udang yang sudah dikopek kulitnya di suap ke dalam mulut Tunku Niel.

✓ TUNKU NIEL NATHANIELWhere stories live. Discover now