🎭 •BAB 16•

42.9K 3.3K 315
                                    

QHAIYRA ARALYN menjatuhkan pen dari tangannya. Tak khusyuk betul nak kerja. Pembetulan. Tak pernah nak khusyuk bila kerja. Mesti asyik terfikirkan Tunku Niel.

Adakah Tunku Niel masih bergelar kekasihnya? Atau lebih patut digelar tupperware? Or lebih afdhal panggil ex jelah. Bekas kekasih kan. Mungkin lebih sesuai!

Hmmm...

Seperti ini rupanya perasaan apabila putus cinta. Begitu sukar hendak move on. Dulu dia bukan main pandang sebelah mata si Firuz yang broken habis sebab putus cinta dengan kekasihnya.

Airmata Qhaiyra mengalir setitis.

Sakit rasanya percintaan. Kehilangan seseorang yang dicintai. Sudah hampir tiga bulan semuanya berlalu. Namun semuanya masih segar di ingatan. Sampai hati Tunku Niel meninggalkannya. Tanpa khabar. Tanpa nota. Tanpa pesan. Tiba-tiba lelaki itu hilang dari hidupnya.

Sampai hati awak Tunku Niel...

Qhaiyra mencapai envelope di hadapannya.

Mungkin sudah tiba masanya dia pulang. Sudah terlalu lama dia berada di bumi Itali. Di bumi asing inilah dia belajar banyak benda. Belajar berdikari. Belajar bercinta. Dan belajar bagaimana rasanya putus cinta.

Sangat menyakitkan.

Sangat menyeksakan.

Begitu sukar hendak melupakan seseorang yang mendapat tempat yang istimewa di hati. Tapi ketika dia dapat tahu yang Jasonn tidak ikhlas berkawan dengannya dulu, tak adalah broken sampai macam ni. Mungkin kerana Tunku Niel terlalu istimewa baginya. Hmm.

Rindu.

Rindu nenek. Rindu abang.

Dan rindu Tunku Niel.

Sudahlah Qhaiyra! Buat apa rindukan orang yang tak rindukan kau? Buat apa ingat akan orang yang belum tentu ingat akan kau?

Huh!



"YOU'RE one of my favourites, Qhaiyra. Are you serious you want to go?" Encik Bernardo memandang dalam wajah manis milik gadis asia itu.

"Yes sir. I think that, this is the right time for me to go home. I realise that i'm missing Malaysia. So much."

Encik Bernardo mengangguk kepala perlahan. Faham. Kalau dia berada di tempat Qhaiyra pasti dia akan merasakan benda yang sama. Berat sungguh rasanya hendak melepaskan pekerja yang berkebolehan seperti Qhaiyra. Multi-talented. Mungkin bukan rezeki gadis itu di negara asing.

"It is so hard for me to let you go. But it's okay. You're one of my best worker i've ever had. You talented. I'm sure, there are many good opportunity will be there waiting for you. I wish you the best of luck Qhaiyra."

Qhaiyra menarik senyum lebar mendengarnya. Encik Bernardo juga turut senyum sama. Tidak pernah dia melihat Qhaiyra tersenyum lebar seperti itu.

Kelihatan sungguh gembira.

Qhaiyra meminta diri. Sudah tiba masanya untuk meninggalkan segalanya. Meninggalkan rasa. Meninggalkan cinta. Segalanya.

Aku berharap aku tak akan kecewa lagi.

I hope so...




TUNKU NIEL tersenyum. Sekali sekala dia turut sama gelak apabila melihat ahli keluarganya. Semua ada. Lengkap. Ada ayahanda. Ada umi Hajar. Ada Naura. Ada bonda dan Nayla. Tidak dilupakan juga Tunku Noah dan Armaya Mikaeyla yang kelihatan berseri-seri. Kelihatan bahagia lebih-lebih lagi setelah semuanya mendapat berita bahawa Armaya Mikaeyla mengandung!

✓ TUNKU NIEL NATHANIELWhere stories live. Discover now