🎭 •BAB 35•

46.8K 3.3K 440
                                    

QHAIYRA mendepakan tangan di atas katilnya. Bosan. Sudah dua hari berlalu sejak Tunku Niel terbang ke Brunei. Hari ini suaminya itu sepatutnya sudahpun pulang ke rumah.

Jam menunjukkan pukul sepuluh lima minit malam. Namun Tunku Niel masih juga belum pulang. Katanya dia mahu ke hospital sekejap. Jenguk rakannya di sana.

Suaminya ada mendesak dia agar mengikutinya outstation. Tapi Qhaiyra menolak atas alasan kerja. Lagi pula, syarikatnya baru dapat tender baru bulan lalu. Projek mega yang sangat bernilai.

Sejak dua menjak ini, Tunku Niel selalu risau akan dirinya. Qhaiyra Aralyn selalu dibawah jagaannya. Kalau bukan dengan Arie, pasti Mark akan dihantar untuk bersamanya. Sesekali-sekala Ray turut berganti dengan Arie.

Dia tahu, bukan main berat hati Tunku Niel hendak melepaskannya bersendiri. Kerana itulah lelaki itu menyiapkan segala kerjanya di Brunei secepat mungkin. Ikutkan rasa, lelaki itu akan berada di bumi Brunei dalam seminggu. Tapi lelaki itu berkeras mahu pulang awal.

Katanya risau.

Qhaiyra mengurut tekak yang rasa loya sedikit. Dia masih muntah-muntah. Namun tidak sekerap dulu. Nasib baik dah okey sikit. Dan sekarang...

... aku lapar.

Qhaiyra terus turun dari katil. Destinasi utama.

Dapur!

Perlahan langkahnya menuruni anak tangga.

Berkerut dahi Qhaiyra apabila melihat ruang tingkat satu yang gelap gelita tanpa sebarang cahaya.

Blackout ke? Setahunya dia biarkan lampu dapur dan ruang tamu dibuka. Almaklumlah. Seorang-seorang kat rumah. Semua benda pun takut sebab itu dibuka semua lampu.

Blackout kut.

Tapi...

Qhaiyra menjeling lampu yang bersinar terang di tangga.

Ermm.

Mustahil blackout separuh rumah je.

Qhaiyra meraba dalam gelap. Mencari suis.

Tiba-tiba telefon bimbit di tangannya berdering. Menjerit kuat. Bagai minta diangkat.

Qhaiyra mengurut dada. Terkejut.

Tunku Niel.

Dengan senyuman, Qhaiyra terus mengangkat panggilan itu.

"Assalamualaikum aba..."

"Get out of the house."

Qhaiyra terdiam mendengar suara keras di talian itu.

"Kenapa abang?" Qhaiyra mula rasa seram sejuk. Jantung serasa berdegup laju.

"Please sayang. Keluar sekarang. Arie ada kat lu..."

Tiba-tiba telefon bimbitnya dirampas dari belakang. Tersentak. Qhaiyra terus berpusing.

Klik!

Serta merta ruang tamu yang gelap tadi kembali terang dilimpahi cahaya. Dan satu susuk dihadapannya membuatkan dia terus terundur ke belakang beberapa langkah.

Jasonn!

Jason merenung telefon bimbit ditangannya.

"Sayang?! Qhaiyra..." Sayup-sayup kedengaran suara dari telefon bimbit itu.

"Ab..."

"Shhh!" Jasonn terus meletak jari telunjuk dibibirnya.

Qhaiyra terus terdiam. Terkelu. Takut. Cemas. Bercelaru. Tangan menggigilnya menggenggam erat hujung bajunya.

✓ TUNKU NIEL NATHANIELWhere stories live. Discover now