🎭 •BAB 46•

46.6K 3.2K 785
                                    

FIRUZ memasuki perkarangan rumah mewah itu. Matanya terpandangkan Mark yang baru sahaja hendak memboloskan tubuh ke dalam kereta. Ternyata lelaki itu turut memandang ke arahnya.

Bibir Mark menyenget sinis sebelum dia mahu melangkah masuk ke dalam kereta. Entahlah.

Mungkin dia kecewa?

"Mark tunggu!" Firuz berlari-lari anak mendekati kereta Range Rover dan menghalang pintu kereta itu dari ditutup.

Mark tarik muka. Apa budak ni nak?

"Nak apa?" Tanya Mark. Malas sahaja nada suaranya.

"Errr... Qhaiyra ada tak?" Tanya Firuz.

"Ada. Kat dalam. Pergilah sana." Mark mahu menutup pintu kereta.

"Aip! Sekejap."

Ya Allah nak apa dia ni?!

Firuz sengih melihat jelingan tajam Mark ke arahnya.

"Awak nak ke mana?"

"Ambil Tunku Niel."

"Hari ni kan Sabtu. Kenapa dia kerja?"

"Keluarga dia dari Jerman datang. Tunku Niel sambut dia orang." Jawab Mark kasar.

"Tapi..."

"Eii dahlah! Nanti aku lambat!" Marah Mark.

Firuz senyum sahaja.

"Tunggu sekejap." Firuz menyeluk poket seluarnya.

Objek yang dikeluarkan dari poketnya terus dicampak ke arah Mark. Terkejut. Mark menggelabah menyambut objek itu.

Serta merta dada berdetak kuat melihat objek itu. Kotak baldu biru berbentuk hati. Ini kan...

Dia menelan liur. Dia kena reject ke?

Perlahan-lahan kepala diangkat. Memandang wajah Firuz yang tersenyum misteri.

"Thanks. Cantik cincin yang awak kutip kat tepi jalan ni." Firuz menayang cincin emas dengan permata berwarna biru di jari manisnya. Sebelah mata dikenyit sebelum dia berjalan pergi menuju ke pintu utama rumah itu.

Mark terkebil-kebil sendiri. Rasa bagai tak percaya. Kotak baldu berbentuk hati itu laju dibuka. Kosong. Isinya hilang. Maksud...

Mark terus tersenyum lebar. Tawa kecil terlepas dari bibirnya. Firuz terima aku? Maksudnya Firuz tak terima Encik Hakeemlah ni?

Aku menang?

Ahaks!

Mark angkat kepala. Mahu memandang ke arah Firuz. Terus hilang senyuman di bibirnya apabila terpandangkan Firuz yang tersengih memandangnya dari jauh. Firuz melambai ke arahnya. Comel sahaja gadis itu tersenyum manis. Firuz pantas menyeluk poket seluarnya. Mula menaip.

Mark melihat sahaja gerak geri Firuz yang mula menaip di telefon bimbitnya.

Ting!

Berkerut dahi Mark. Telefon bimbitnya diperiksa. Firuz yang mesej dia ke?

And yup. She is...

Bye boyfriend.
Hati-hati drive ❤

Mark senyum nipis. Namun hanya sesaat. Binir bawah digigit. Control semula otot wajahnya dari terus tersenyum.

Jari jemari mula menaip. Membalas mesej itu.

Berbunga gila rasa hati.

✓ TUNKU NIEL NATHANIELWhere stories live. Discover now