🎭 •BAB 41•

49.4K 3.6K 183
                                    

WANITA dihadapannya itu diam memandangnya. Namun bibir merah delima itu tersenyum manis. Membuatkan seorang Tunku Niel terkaku sesaat.

"Abang..."

Tunku Niel memejam mata rapat mendengar suara itu. Lunak. Lembut. Bagai berbisik pada angin.

Mimpikah aku?

Terasa pipinya dielus oleh satu tangan. Lembut. Sejuk. Tapi menghangatkan.

"Qhaiyra rindu abang..."

Tunku Niel menggenggam tangan mulus itu. Lama.

"I miss you too." Tunku Niel terus menarik tubuh kecil itu ke dalam dakapannya sebelum...

"Allah!"

Terus tegak duduk Tunku Niel. Naik turun dadanya memandang sekeliling ruang biliknya. Kosong. Tiada lagi seorang insan bernama Qhaiyra Aralyn di hadapannya.

Kosong.

Yang ada hanya mimpi.

Dan kenangan.

Terus Tunku Niel meraup wajah. Mimpi rupanya. Itulah padah kerana tidur petang-petang.

Tunku Niel menjeling jam. Sudah lewat ni. Terus dia mengangkat punggung. Mahu bersihkan diri dan mendirikan solat asar sebelum bersiap-siap untuk event malam nanti.

Rasa berat benar kaki hendak melangkah. Namun digagahi jua. Bonda sudahpun memberi kepercayaan sepenuhnya kepada Tunku Niel. Tunku Noah pula sudah sibuk memandangkan Tunku Yusuf sudah menyerahkan Monarki Kingdom kepada Tunku Noah. Jadi biarlah dia yang mengurus hotel dan penthouse ini. Takkanlah hendak menyusahkan Tunku Noah.

Lemah jari jemarinya membuka butang-butang kemeja di tubuh.

"Abang..."

Terus terhenti segala langkahnya. Kembang kempis hidungnya menghirup udara bilik ini. Ada haruman asing yang sangat dikenalinya menguasai ruang bilik utama penthouse ini.

Terus Tunku Niel angkat kepala memandang sekeliling.

Kosong lagi!

Tapi haruman...

Bau minyak wangi Qhaiyra. Dia yakin ini bau haruman yang sering dipakai isterinya.

Pantas Tunku Niel membuka pintu bilik dan mencari-cari di tingkat bawah pula. Masih kosong. Tiada susuk tubuh yang dicari. Bayang Mark pun tidak kelihatan.

Tunku Niel mengeluh. Mungkin mainan fikiran aku sahaja. Atau, mungkin aku dah gila?

Ada logiknya juga. Haruman ini mungkin seperti bahan terlarang yang membuatkan dia halusinasi.

Baiklah. Kesimpulannya dia bermimpi. Hanya bermimpi.

"Tunku? Tunku okey. Nak saya bantu apa-apa?" Mark muncul dari pintu utama. Dia memandang pelik Tunku Niel yang kelihatan agak cemas dan tercari-cari tentang sesuatu.

Err...

"No need. Kau dari mana?" Soal Tunku Niel.

"I pick up your tuxedo, signor. Talia baru hantar tadi. Kenapa boss?" Mark tayang wajah tenang. Menyembunyikan rasa di hati.

"Thanks Mark." Tunku Niel mencapai baju yang masih bertutup dengan sarung hitam di tangan Mark.

"By the way, tolong kasi gillette ya boss Dah macam bigfoot dah saya tengok." Mark sengih tak bersalah.

Tunku Niel tergelak kecil mendengarnya. Aku yang hensem macam ni dikatanya bigfoot?

"Yelah. Err Mark."

✓ TUNKU NIEL NATHANIELWhere stories live. Discover now