🎭 •BAB 28•

52K 3.3K 350
                                    

QHAIYRA memejam mata. Lama. Sedaya upaya dia tahan diri daripada bersin. Dan...

Hachoo!!!

Qhaiyra menggosok hidungnya. Ahh tak leh jadi. Kenapa ni? Takkan demam kut.

"Sayang? Are you okay?" Tunku Niel muncul di dapur. Tubuh Qhaiyra dipusingkan agar menghadapnya. Risau Tunku Niel melihat wajah dah hidung isterinya kemerah-merahan.

Tangannya terus naik. Menyentuh dahi Qhaiyra. Turun menekap di pipi dan leher isterinya. Hangat.

"Sayang demam ni. Nak abang bawa pergi klinik?" Qhaiyra terus menggeleng kepala.

"Tak apalah. Qhaiyra okay je. Abang pergilah sarapan dulu." Qhaiyra menolak tubuh Tunku Niel agar menjauhinya. Takut berjangkit dengan Tunku Niel nanti.

"Kalau macam tu, Qhaiyra tak perlulah nak pergi kerja. Rehat je kat rumah." Qhaiyra menarik tangan Tunku Niel dan memaksa lelaki itu duduk di meja makan. Mi goreng disenduk ke pinggan. Kopi panas dituang ke dalam cawan itu.

"Tak apalah abang. Nanti apa pula Tengku cakap nanti." Qhaiyra berlalu ke dapur semula.

Tunku Niel terkebil-kebil memandang Qhaiyra yang sudah menghilangkan diri dari pandangan mata.

"Hello?" Qhaiyra yang sedang mengemas sedikit dapur membiarkan sahaja Tunku Niel berbual di telefon. Entah siapa dia telefon agaknya.

"Sayang?"

"Ya!" Qhaiyra berlari-lari anak mendekati Tunku Niel.

"Sayang duduk rumah. Abang dah call Tengku Rafael. Dia dah bagi cuti." Lapor Tunku Niel selamba. Membulat mata Qhaiyra mendengarnya.

"Abang biar betul? Takkan semudah itu dia bagi cuti?" Qhaiyra garu belakang kepala yang tak gatal.

Tunku Niel terus menarik tubuh Qhaiyra. Isterinya itu dipaksa duduk di atas pahanya.

Memerah wajah Qhaiyra. Malu.

"Ya sayang. Jangan risau. Sayang rehat je kat rumah." Tunku Niel cium pipi Qhaiyra sesaat sebelum mula menyudu mi goreng ke dalam mulut.

Sedap. Gemuklah nanti aku...

"Khusyuknya makan. Lupa isteri dah?"

Tunku Niel tergelak mendengarnya. Alahai isteri. Takkan dengan makanan pun jealous?

Tunku Niel sengih. Sebelum pandangannya jatuh ke arah kesan kemerahan di leher Qhaiyra. Kesan itu disentuh lembut.

"Sakit ke?"

"Janganlah." Memerah wajah Qhaiyra. Tangan Tunku Niel terus ditolak menjauhi lehernya.

Tunku Niel senyum nakal melihat wajah malu-malu isterinya. Comel.

Tunku Niel mendekatkan wajahnya dengan leher Qhaiyra. Saja hendak mengusik.

"Abang. Makan dulu." Qhaiyra mencapai garfu dan terus menyuapkan mi goreng ke dalam mulut Tunku Niel. Tengah makan pun boleh menggedik. Nak tampar tapi sayang. Ehek!

Tunku Niel tersengih. Usik sikit je.

"Betul Qhaiyra tak nak abang bawa pergi ke klinik?" Tunku Niel menyentuh lagi dahi hangat Qhaiyra.

"Tak apalah. Qhaiyra okey. Demam sekejap je ni. Nanti kebah lah tu. Petang nanti kalau tak okey juga nanti Qhaiyra pergi sendiri ya." Qhaiyra menyuap lagi mi goreng ke dalam mulut Tunku Niel.

"Betul nak pergi sorang-sorang?" Qhaiyra mengelap sedikit hujung bibir Tunku Niel yang agak comot dengan ibu jarinya.

Tunku Niel senyum. Suka diperlakukan macam tu. Indahnyaa.

✓ TUNKU NIEL NATHANIELWhere stories live. Discover now