QHAIYRA ARALYN terkedu mendengar sayup-sayup suara lantang dari bilik kerja Tunku Niel. Terjengket-jengket kakinya berjalan ke arah bilik itu.
Perlahan sahaja tangannya memulas pintu bilik itu.
Ternaik bahunya apabila lantang suara keras Tunku Niel menjerkah seseorang dalam bahasa Itali. Kemudian mencarut dalam bahasa Jerman pula.
Qhaiyra menutup mulutnya apabila telinganya dapat menangkap beberapa perkataan yang sangat menyeramkan.
Tak guna. Terlepas. Bunuh. Dan mati.
Dia tak berapa tahu bahasa Itali tetapi memandangkan dia pernah bertahun duduk di negara itu, memang dia dapat tangkap beberapa butir perkataan yang jelas kedengaran di telinga. Dan sumpah cukup untuk membuat bulu romanya meremang. Menggigil kecil tubuhnya.
Jadi betullah?
Qhaiyra terus terundur selangkah. Tiba-tiba belakang tubuhnya terlanggar seseorang. Terus Qhaiyra pusingkan tubuh.
"Qhaiyra?" Mark memandang pelik gadis itu.
Pucat wajah Qhaiyra. Terus dia memandang ke arah Tunku Niel yang tadi memaki hamun anak buahnya. Mata cantik lelaki itu tidak terkelip memandangnya.
Qhaiyra laju melangkah pergi ke biliknya. Tak betah berlama-lama di situ.
"Qhaiyra!"
Klik!
Qhaiyra terus mengunci pintu biliknya. Diam. Qhaiyra rasa lega sedikit. Namun tiba-tiba pintu diketuk bertalu-talu. Ternaik bahunya. Terkejut.
Qhaiyra menutup matanya.
"Aku takkan biarkan kau bebas!"
"And i will never let you breath."
Bang!!!
Qhaiyra menutup telinganya. Memori remajanya kembali bermain di kepala. Airmatanya mengalir.
Dia saksi. Dialah yang menyaksikan semuanya. Dialah yang melihat peluru entah dari mana merodok dada Khalid. Dia sendiri yang melihat Khalid menghembus nafasnya buat kali terakhir.
Semuanya. Dengan bola matanya sendiri.
"Aku takkan biarkan kau bebas!"
"And i will never let you breath."
Bang!!!
Qhaiyra terduduk di atas lantai. Tangannya menekup telinga sendiri. Sudah lama dia tidak merasa takut seperti ini. Dan sekarang, semuanya mula menghantui dirinya semula.
"Qhaiyra?" Tunku Niel membuka pintu dengan kunci pendua. Cemas dia melihat Qhaiyra yang terduduk di atas lantai menekup telinganya sendiri.
"Sayang?" Tunku Niel terus melutut disebelah isterinya. Tangannya menekup pipi isterinya. Wajah Qhaiyra pucat. Bibirnya bergetar kecil.
"Sayang tak apa-apa? Don't scare me, sayang." Sumpah dia cuak melihat keadaan Qhaiyra seperti itu. Tubuh Qhaiyra menggigil hebat. Nafasnya semakin pendek.
Tunku Niel terus menarik tubuh itu ke dalam pelukannya. Kepala dan belakang tubuh kecil itu di gosok lembut. Risau benar hati lelakinya melihat Qhaiyra seperti itu.
"It's okay. I'm here with you." Bisik Tunku Niel lembut.
QHAIYRA menaikkan sweater. Menutup kepalanya apabila melihat gudang besar di dalam hutan itu. Takut sebenarnya masa nak masuk jalan hutan tadi. Tapi demi ayah, dia sanggup buat apa sahaja.
YOU ARE READING
✓ TUNKU NIEL NATHANIEL
Random# 2nd UNDER HE SERIES: •Tunku Niel Nathaniel 🎭 ~Under His Mysterious Spell~ Dalam perjalanan mencari seorang wanita bernama Helenna Mia De'Angelo, TUNKU NIEL NATHANIEL berjumpa pula dengan gadis cantik kelahiran Malaysia, QHAIYRA ARALYN. Jatuh cint...