🎭 •BAB 11•

45.3K 3.4K 613
                                    

QHAIYRA cuba menjerit namun tekaknya terasa semakin sempit. Jasonn menekan kuat lehernya ke lantai.

"You will die for good Qhaiyra." Keras suara Jasonn. Bibirnya menyenget sinis. Bagai sedang gembira memperlakukan sebegituu.

Qhaiyra terkapar-kapar kelemasan sendiri. Ya Allah, bantu aku ya Allah!

Qhaiyra cuba meminta tolong lagi. Namun gagal. Nafas terasa semakin pendek. Oksigen bagai tidak sempat memasuki laluan pernafasan. Qhaiyra meronta lemah. Hanya mampu berharap agar ada yang datang membantunya.

Ya Allah!

Niel...

"Qhaiyra? Qhaiyra?!" Qhaiyra terasa sayup-sayup suara garau memanggil namanya. Seraya itu tubuhnya bagai digoncang perlahan.

"You will die!" Jasonn ketawa lantang. Pandangan Qhaiyra mula gelap gelita.

"Allah!" Qhaiyra tersedar dari lena yang tidak menyenangkan itu. Tercungap-cungap Qhaiyra mengumpul nafasnya.

"Qhaiyra? Kenapa ni? Awak okay?" Hangat tangan kasar Tunku Niel menekup pipinya. Wajah Tunku Niel jelas menunjukkan dia risau melihat wajah pucat Qhaiyra. Tubuh itu sejuk. Peluk dingin mula memercik di dahi walaupun aircond sudahpun terpasang.

Tunku Niel mendongakkan wajah Qhaiyra agar memandangnya. Tubuh itu menggigil hebat. Tercungap-cungap Qhaiyra cuba mencari nafas.

"Qhaiyra? Hey come on, breath." Risau dia melihat Qhaiyra yang seperti hampir putus nafas itu.

Mata gadis itu mula berkaca. Tangannya memegang leher yang berbalut handkerchief. Bagai perkara di mimpi itu benar-benar terasa.

"It's okay. Awak selamat dengan saya."

Qhaiyra mengangguk perlahan. Percaya. Rasa takutnya mula memudar melihat wajah risau Tunku Niel.

"He is going to kill me right?" Qhaiyra mengangkat wajah. Pandangannya bersatu dengan pandangan lelaki itu.

Tunku Niel diam.

"Who?"

Qhaiyra bagaikan tersedar sepenuhnya apabila mendengar suara dingin Tunku Niel.

"Tak ada siapa." Qhaiyra senyum. Anak matanya dilarikan. Tidak betah memandang anak mata hijau-coklat milik Tunku Niel.

"Jasonn." Qhaiyra terkedu.

Dia... dia tahu...

"He is the one who hurt you. Am i get you right?" Tunku Niel menyoal apabila melihat mata bundar itu membulat memandangnya.

Qhaiyra menolak sedikit tangan Tunku Niel dipipinya namun lelaki itu berkeras. Wajah Qhaiyra ditolak sehingga memandangnya semula.

"I need an answer, starlight. So answer me."

Gulp...






"TEMAN saya pergi event." Qhaiyra mengeluh. Tunku Niel pun satu. Sudahlah ajak kita teman dia, pastu tinggal kita sorang-sorang kat lobi bangunan penthouse mewah dia nih!

Huh!

Qhaiyra yang sedang mengomel sendiri tersenyum apabila melihat wajah tampan Tunku Niel yang sedang berjalan melepasi lobi.

Ceh dia kaler rambut ke?

Qhaiyra mendekati lelaki itu. Namun baru sahaja hendak menyapa, tubuh tegap itu berjalan tenang melepasinya dengan riak wajah beku dan dingin. Tak ada emosi. Qhaiyra bingung sendiri melihat mata emas lelaki itu.

✓ TUNKU NIEL NATHANIELWhere stories live. Discover now