USAI menyiapkan sarapan pagi, Qhaiyra mengatur langkah lemah menuju ke biliknya. Bagasi diambil dan baju-baju dari almari mula di ambil sedikit demi sedikit. Tangannya melipat baju-baju itu. Perlahan dan lemah sahaja tindakkannya.
Betul ke apa yang dia buat ni? Tapi...
Tiba-tiba pintunya dikuak kasar dari luar. Ternaik bahu Qhaiyra. Terkejut. Tertelan liur dia melihat wajah tegang Tunku Niel ketika itu.
Tanpa amaran, Tunku Niel terus mengambil bagasi besar di atas katil.
"Niel? Apa awak buat ni?" Qhaiyra menarik bagasinya di tangan Tunku Niel. Namun tubuhnya pula ditolak kuat Tunku Niel sehingga terduduk di atas katil.
Terkejut. Terkebil-kebil dia memandang Tunku Niel.
"Saya tak akan benarkan awak keluar daripada rumah ni." Tunku Niel tegas berkata. Langsung tidak menoleh memandang Qhaiyra.
"No! Saya kan dah..."
"Awak masih isteri saya Qhaiyra. Whatever happens, you must obey to me. Only me!" Serentak itu bagasi di atas katil diangkat sebelum dicampak kuat ke atas lantai. Tak cukup dengan itu, kaki menendang bagasi itu menjauh ke penjuru bilik.
Qhaiyra tersentak sendiri. Terkelu lidahnya dengan tingkah Tunku Niel yang berubah drastik. Selama ini cool dan tenang sahaja orangnya. Tapi...
Tunku Niel menoleh ke arah Qhaiyra. Suasana menyepi apabila dua pandangan itu berlanggar sesama sendiri. Tunku Niel menarik senyum. Manis.
"Bersiap. Ten minutes!" Serentak itu senyuman di bibir Tunku Niel mati sebelum dia terus berjalan keluar dari bilik.
"Kita nak pergi mana?" Tanya Qhaiyra. Agak bingung wajahnya.
"Kita melawat kakak ipar saya."
"Kak Armaya? Kenapa? Dia dah bersalin ke?"
Tunku Niel julingkan mata.
"Bersiap jelah. Banyak pula tanya." Tunku Niel mendengus sebelum melangkah keluar dari bilik tidur tetamu itu.
Qhaiyra cuma diam sahaja dengan tingkah dingin Tunku Niel.
DING DONG! Qhaiyra yang baru menuruni anak tangga terdiam seketika apabila mendengar bunyi loceng itu. Ada orang datang. Terus dia berlari ambil tudung sarung di bilik dan di sarung menutup kepalanya.
Perlahan-lahan dia membuka pintu kayu besar itu. Terkedu dia melihat wajah di hadapannya ketika itu.
Fakhrul.
"Fakhrul? Ada apa datang rumah saya?"
Fakhrul tersenyum kelat melihat wajah sang crush pujaan hati. Cantik. Malangnya sudah menjadi milik orang.
Fakhrul memandang sekeliling rumah mewah itu. Besar. Megah. Cantik. Patutlah dia kalah.
"Oh tak ada apalah. Alang-alang saya ada hal dekat KL, umi saya suruh datang sini jumpa awak. Nak beri awak kad kahwin." Beritahu Fakhrul bersama senyuman. Terkejut Qhaiyra mendengarnya.
"Awak nak kahwin ke?"
"Eh tak lah. Awak ni pelik-pelik je. Kakak saya yang nak kahwin. Dia suruh jemput awak."
"Oh." Huluran envelope merah jambu itu disambut perlahan. "Saya ingat awak yang nak kahwin."
Fakhrul tersenyum kelat.
"Mana ada. Belum ada lagi yang berminat kat hati ni."
'Berkenan yang satu ni tapi malangnya dah jadi bini orang. Apalah nasib.' sambung Fakhrul dalam hati.
YOU ARE READING
✓ TUNKU NIEL NATHANIEL
Diversos# 2nd UNDER HE SERIES: •Tunku Niel Nathaniel 🎭 ~Under His Mysterious Spell~ Dalam perjalanan mencari seorang wanita bernama Helenna Mia De'Angelo, TUNKU NIEL NATHANIEL berjumpa pula dengan gadis cantik kelahiran Malaysia, QHAIYRA ARALYN. Jatuh cint...