🎭 •BAB 29•

51.4K 3.5K 365
                                    

QHAIYRA tersengih di melihat lelaki yang hanya berseluar tracksuit paras betis dan tidak berbaju yang bersungguh-sungguh menggosok lantai tandas bilik mereka itu. Bibir lelaki itu mengomel perlahan. Tidak berhenti membebel dari tadi.

Seorang Tunku Niel masih gigih membersihkan tandas. Otot-otot belakang tubuh lelaki itu berirama cantik dengan setiap pergerakan Tunku Niel.

He's perfect.

Dang it.

"Done talking rubbish husband?" Tegur Qhaiyra. Meleret nada suaranya.

Terus terhenti pergerakan Tunku Niel. Lelaki itu berpusing memandang Qhaiyra. Bibirnya mencebik. Pasti rasa bengang dengan si isteri.

Qhaiyra tahan lucu. Itulah. Siapa suruh tidak benarkan kak Ain bersihkan bilik? Macamlah bilik tidur ini penuh dengan senjata pemusnah dan rahsia negara. Ceit!

"Bla bla bla!" Tunku Niel mengangkat baldi yang berisi air itu dan disimbah ke atas lantai. Membersihkan lantai yang baru disental bagai nak mati tadi.

Qhaiyra mengangguk-angguk. Puas hati melihat bilik air yang berkilat itu. Lantai marmar juga berkilat. Bagai cermin.

Entahlah. Dia perasankan sesuatu. Perempuan kalau mengemas atau membersih memang betul menjadi kemas dan bersih. Tapi kalau seorang insan bernama lelaki yang mengemas, sumpah aku tabik spring. Aura dia macam lain macam. Entahlah. Mungkin hanya dia yang berfikiran macam tu?

"See? I'm done with this. Puas hati my stellina?" Tunku Niel tersenyum. Senyumannya. Suaranya. Penuh sarkastik.

Qhaiyra gelak. "Yes i do, Tunku Niel Nathaniel. Great job."

Tunku Niel yang mendengarnya terus melabuhkan punggung di atas tandas duduk. Masam wajahnya.

"Dahlah penat. Kena puji tu je? Kut-kutlah dapat kiss ke apa ke!"

Qhaiyra yang mendengar omelan perlahan itu terus ketawa kecil. Ceh. Masih gedik!

Qhaiyra terus masuk ke dalam toilet. Langkahnya diatur mendekati Tunku Niel yang masih kelat wajahnya.

Tanpa kata Qhaiyra terus melabuhkan punggung ke atas paha Tunku Niel. Diam. Hanya Tunku Niel yang lama memandangnya. Dalam.

But still with that dull duck face. Hahah!

"Abang okay?" Qhaiyra mencubit bibir Tunku Niel. Sengaja cari pasal lagi.

"I'm totally good, my dear wifey." Nada suara itu. Being sarcastic huh?

"Okay then." Qhaiyra memeluk leher Tunku Niel.

"Thanks abang. And now tell me. What do you want as a gift?" Tanya Qhaiyra. Tunku Niel menjeling Qhaiyra dengan ekor matanya.

"Untuk?"

"Sebab dah bersihkan toilet. Abang tak nak hadiah ke?" Perlahan suara Qhaiyra berbisik. Bagai tidak mahu ada yang mendengar.

Tunku Niel terus menarik senyum.

Gedik!

"What kind of gift you offer me, hmm?" Tunku Niel memeluk pinggang Qhaiyra. Mata hijau-coklat lelaki itu galak merenung wajah isterinya sehingga wanita itu mula rasa tidak selesa.

"I offer you..."

Qhaiyra melarikan hujung jarinya pada jawline Tunku Niel. Turun ke leher itu. Perfectly perfect!

"...me." Qhaiyra mengenyit sebelah matanya. Nakal.

Tunku Niel mengeluh sebelum sebelah tangan naik meraup wajahnya.

✓ TUNKU NIEL NATHANIELWhere stories live. Discover now