🎭 •BAB 47•

47K 3.1K 549
                                    

JAIDEN melangkah tenang menuju ke wad yang menempatkan Jenyna. Semalam dia menjumpai wanita itu dalam keadaan tidak sedarkan diri. Darah merah mengalir dari luka kelaran di pergelangan tangannya.

Cepat-cepat dia membawa Jenyna ke hospital. Mujur luka kelaran di pergelangan tangan wanita itu tidak terlalu dalam dan doktor berjaya menyambung semula tendon yang hampir terputus sepenuhnya.

Disebabkan Jasonn, Jenyna jadi seperti itu. Kemurungan. Depressi. Jenyna terlalu mencintai Jasonn tanpa menyedari bahawa dia mencintai orang yang salah.

Nak kata Jenyna bodoh, rasa serba salah pula.

Tapi dah memang bodoh. Membazir je sukakan orang yang tak sukakan dia.

Apahal?

Jaiden meregangkan tubuh dan menggerakan leher ke kiri dan kanan. Penat rasa tubuh. Sudah sehari semalam dia menjaga Jenyna.

Pintu wad dibuka. Mengeras tubuhnya apabila terpandangkan katil yang menempati Jenyna.

Kosong!

Jaiden mendengus kasar sebelum berlari menuju ke kaunter jururawat.

"Nurse. Where is the patient in ward 105? Do you see her?" Tanya Jaiden cemas.

"No i don't sir." Jawab jururawat itu tenang.

"Who? Miss Jenyna? She is not in her ward?" Doktor perempuan yang sedang duduk di hadapan komputer angkat muka memandang Jaiden.

"No. That's why i asked. Urgh!" Marah Jaiden sebelum dia berlari keluar dari hospital itu.

Mana kau pergi Jeny?







"WHO are you?" Soal Qhaiyra lagi.

Susuk tubuh lelaki itu bergerak sedikit. Tangan diangkat menarik hoodie yang menutup kepala.

Lelaki!

Qhaiyra terus menelan liur saat melihat wajah yang tidak dikenali itu. Siapa pula ni?

"What... what do you want from me? I don't even know you!" Tangan Qhaiyra perlahan-lahan menyelit di bawah bantal. Mengambil sesuatu di situ.

Lelaki itu menyeringai jahat melihat wajah pucat Qhaiyra.

"Oh me? You don't know me? Okay. Let me introduce myself." Lelaki itu menggaru sisi kepalanya dengan hujung pisau di tangan.

Berkerut dahi Qhaiyra melihat tingkah lelaki itu. Ada luka kecil di sisi kepalanya. Mungkin kerana lelaki itu menggaru dengan pisau tajam itu.

He's crazy.

"Hi there. My name is Faris. Nice to meet you too." Lelaki bernama Faris itu senyum lebar. Menayang barisan gigi putihnya.

"Stay away! Or else..."

Lelaki itu menggeleng kepala. Ada riak sedih di wajahnya.

"No it's okay honey. Don't be scared. This will gonna be fun. Trust me." Faris senyum. Psiko. Psiko yang menyeramkan.

"Apa yang kau nak dengan aku? I have nothing to do with you!" Keras suara Qhaiyra. Melawan.

Faris diam. Matanya meliar memandang sekeliling ruang bilik ini. Besar, luas dan kemas sahaja.

"No you're not. But I have something to do with you. Slowly..." Lelaki itu senyum jahat.

"Aku cuma belum puas. Sebelum ni aku puas sebab Jasonn dah mati. So aku tak ada pesaing lagi untuk rebutkan Jeny. That stupid Jasonn. Wait a second. Nak dengar satu cerita tak?" Lelaki itu ketawa riang sebelum menarik kerusi meja solek dan mendekati Qhaiyra. Punggung dilabuhkan di atas kerusi itu.

✓ TUNKU NIEL NATHANIELWhere stories live. Discover now