🎭 •BAB 39•

43.3K 3.2K 93
                                    

TUNKU NIEL melangkah lemah ke arah Range Rover hitam berkilat yang terparkir elok di garaj dengan briefcase dan kot di sangkut di lengannya.

Tali lehernya hanya tergantung sepi. Masih belum di ikat rapi.

Mark diam melihat wajah itu. Mendung dan muram. Kosong tiada reaksi. Dia pun tidak tahu apa yang sudah terjadi antara Tunku Niel dan Qhaiyra Aralyn. Yang dia tahu, Qhaiyra tiba-tiba menghilangkan dirinya.

Betapa serabutnya hidup Tunku Niel selama seminggu ini. Besar sungguh impak yang Qhaiyra berikan. Baru seminggu. Tetapi cukup buat Tunku Niel huru hara. Bagai tidak terurus hidupnya.

"Jom. I'll be late." Tunku Niel berdiri di tepi kereta. Perlahan geraknya cuba memasang cuff-link di pergelangan kemejanya.

"Baik Tunku." Tiba-tiba ada kereta Vellfire memasuki perkarangan rumah banglo Tunku Niel.

Tunku Niel senyum nipis melihat kereta itu. Kenal benar si gerangan yang datang bertandang ke rumahnya. Terus dia meletakkan briefcase dan kot ke dalam kereta.

"Bonda." Tunku Niel terus tunduk menyalami tangan Helenna Khadija. Bibirnya tersenyum kecil. Menyembunyikan rasa di hati.

"Bonda sihat? Ada apa datang rumah Niel pagi-pagi ni?"

Helenna Khadija senyum.

"Bonda sihat. Saja datang. Nak jenguk anak bonda ni." Helenna Khadija menggosok lembut pipi Tunku Niel. Dia tahu anak lelakinya itu tidak seperti selalu. Mata mendung itu. Jelas menunjukkan segala rasa yang terendam jauh di dasar hatinya.

Helenna Khadija memandang sekeliling. Mencari seseorang sebelum dia tersenyum memandang Mark.

Mark terus membongkokkan tubuhnya. Hormat.

Helenna Khadija masih senyum. Namun hati wanitanya rasa sedih dengan apa yang terjadi.

"Bonda cari siapa?" Tunku Niel memaksa senyumnya.

"Bonda tahu semuanya Niel. Niel tak apa-apa?" Helenna khadija memandang wajah Tunku Niel.

Senyum di bibir Tunku Niel memudar. Matanya berkaca. Wajahnya kembali mendung. Sungguh dia tak mampu hendak sembunyikan semuanya lagi.

"Bonda..." Lemah suara Tunku Niel ketika itu. Kepalanya menunduk sedikit.

"I'm scared." Tanpa sempat airmata jatuh ke pipi, Tunku Niel pantas memeluk Helenna Khadija. Dia tak mahu wanita itu melihat airmatanya. Kerana dia kelihatan sangat lemah ketika itu. Sangat.

Helenna Khadija mengeluh perlahan. Terus di membalas pelukan Tunku Niel. Belakang tubuh anak lelakinya itu digosok perlahan. Cuba menenangkan Tunku Niel.

Walaupun dia tidak tahu cerita yang sebenarnya, tangis jantan seorang Tunku Niel sudahpun menceritakan semuanya.

Dia tidak salahkan Qhaiyra Aralyn kerana meninggalkan Tunku Niel. Dia faham. Qhaiyra masih trauma dengan semuanya. Walaupun sudah berbulan berlalu, luka seorang ibu masih belum pulih. Keguguran bukannya satu isu yang boleh dipandang ringan. Perasaan kehilangan anak, hanya insan bernama ibu sahaja yang mengerti. Dan dia faham. Sangat faham mengapa Qhaiyra buat sedemikian. Trauma. Paranoid.

Helenna Khadija senyum mendengar rintihan Tunku Niel. Lelaki itu menangis. Bermakna dia seorang yang kuat. Menangis tidak semestinya melambangkan kelemahan. Menangis juga boleh melambangkan kekuatan. Kerana selepas turunnya hujan di waktu panas, pasti akan ada pelangi yang mengubati luka itu.

"Sabar ya Niel. Beri Qhaiyra masa. Kalau masih ada jodoh, dia tetap akan kembali ke pangkuan Niel." Pujuk Helenna Khadija lembut.

"I can't lose her bonda. I just... can't."

✓ TUNKU NIEL NATHANIELWhere stories live. Discover now