🎭 •BAB 44•

53.2K 3.4K 621
                                    

TUNKU NIEL melabuhkan punggung ke atas sofa empuk di ruang tamu. Televisyen di hidupkan. Mahu menonton rancangan-rancangan menarik. Itu pun kalau ada lah ya.

"Abang!"

"Allah!" Tersedak Tunku Niel apabila lehernya dipeluk dari belakang. Nasib dia tak banting awek tu dengan teknik judo.

Nasib sayang...

"Qhaiyra!" Marah Tunku Niel. Tangan naik mengurut dada. Nak tanggal rasa jantung dibuatnya.

Eii gigit kang!

Qhaiyra gelak sahaja sebelum melabuhkan punggung di sebelah Tunku Niel.

"Terkejut abang tau. Kalau abang kena heart attack macam mana? Abang tak mau Qhaiyra jadi janda lepastu kahwin dengan lelaki lain. No way!" Bebel Tunku Niel. Tersenyum lucu Qhaiyra mendengarnya.

"Siapalah nak Qhaiyra ni abang? Dahlah tak cantik. Tinggi pun tak. Badan tak macam model. Emm." Terkejut Qhaiyra apabila dagunya dipagut Tunku Niel agar memandang lelaki itu.

"Tak perlu nak kisah pun tentang semua tu sayang. Sayang cantik apa. You have a pair of pretty eyes. Your height is just perfect in my embraces. Everything about you already perfect enough for me. Very." Tunku Niel mencuit lembut pucuk hidung Qhaiyra. Menyeringai suka Qhaiyra dilayan seperti itu.

"Aduh!" Qhaiyra tiba-tiba mengaduh kuat. Berkerut wajahnya. Tangan naik memegang dada.

"Sayang? Qhaiyra tak apa-apa ke? Qhaiyra sakit ke sayang? Jangan takutkan abang." Cemas. Terus tidak senang duduk Tunku Niel dibuatnya. Kenapa ni?

Ya Allah!

"Hati... hati Qhaiyra..." Tersekat-sekat suara Qhaiyra Aralyn ketika itu. Pucat wajah Tunku Niel.

"Ke... kenapa? Sakit ke?" Tunku Niel mencengkam erat lengan Qhaiyra apabila isterinya itu tertunduk-tunduk. Bagai menahan kesakitan.

"Kita pergi hospital ya?" Cuak. Tunku Niel pantas hendak mencempung tubuh isterinya. Namun tangan kecil Qhaiyra menolak lembut dada Tunku Niel. Wajahnya masih berkerut dengan mata yang terpejam.

"Sekejap..."

Tunku Niel menelan liur. Dia diterpa rasa risau. Kenapa dengan isterinya?

Jemari Tunku Niel menyelak rambut yang menutup wajah itu daripada pandangannya dan diselit ke belakang telinga Qhaiyra.

"I got it..." Qhaiyra berkata perlahan dan lemah.

Tunku Niel terus memandang dalam wajah Qhaiyra.

"Why? Are you hurt?"

Qhaiyra terus tegakkan tubuh dan membentuk hati dengan jari jemarinya. Bibirnya tersenyum lebar tidak bersalah.

"I got this... for you!" Qhaiyra menayang bentuk hati itu kepada Tunku Niel.

Tunku Niel terus memandang Qhaiyra dengan ekor mata. Lama dia pandang kekasih halal seorang itu.

Geram.

Very mischievious.

Qhaiyra kenyit sebelah mata sebelum ketawa kecil. Kebisuan Tunku Niel jelas menunjukkan yang lelaki itu rasa bengang dengannya.

"Qhaiyra. Nak gugur jantung abang tau." Tunku Niel memegang dada yang masih berdegup kencang. Cuak punya pasal.

Qhaiyra gelak kecil mendengarnya.

"Tapi belum gugur kan? Meh Qhaiyra tolong tenangkan jantung abang." Qhaiyra menepuk lembut dada Tunku Niel. Bagai mendodoi anak kecil.

Tunku Niel tahan senyum melihat Qhaiyra.

✓ TUNKU NIEL NATHANIELWhere stories live. Discover now