🎭 •BAB 14•

43.8K 3.2K 341
                                    

TUNKU NIEL memandang bingung tingkat empat bangunan kediaman pelajar perempuan itu dari jauh. Ramai student perempuan memandang ke arah bilik di hujung sekali. Muka mereka jelas tertanya-tanya. Ada yang hanya kepala sahaja terjengul di pintu. Mungkin takut barangkali.

Tunku Niel memandang jam di pergelangan tangannya. Mana Qhaiyra? Kata mahu berjumpa?

"Saya rasa kita balik jela Tunku. Dia penat kut. Baru habis paper kan." Ajak Mark. Dah berjanggut tunggu Qhaiyra. Tak muncul-muncul.

"Err miss?" Tunku Niel berlari-lari anak ke arah dua pelajar perempuan yang baru turun dari bangunan kediaman itu.

Mark mencebik. Dia palau aku weh. Sakit!

"What happen up there?" Tanya Tunku Niel. Serentak itu dua orang gadis itu memandang ke atas.

"Oh nothing. But i guess Lianne and her housemate are fighting. They throw things. So chaos." Seorang pelajar berambut blonde angkat bahu selepas habis buat andaian sendiri.

"But i think i saw Lianne at the campus just now. She said that she has something to settle off with the bowling club, so she stay." Gadis berwajah pan asian memandang kawannya. Perempuan berambut blonde juga sama. Dua-dua keliru.

"So who are making a fuss right now? Lianne's housemate is fighting with herself or what?"

"So absurd."

"Wait. Who are you talking about?" Dua orang gadis itu memandang ke arah Tunku Niel.

"That Malaysian girl."

"Yeah. Our junior. The one who got popular for her act on a theater if i'm not mistaken."

Berkerut dahi Tunku Niel. Qhaiyra?

"She's our senior, rude." Tegur gadis berwajah pan asian itu tadi.

"Oh like real? She looks like a kid." Gadis berambut blonde itu kembali annoying. Member kat sebelah sudah julingkan mata. Silap-silap haribulan mahu fail tebal ditangan gadis itu selamat mendarat atas kepala si member.

Tunku Niel rasa tidak sedap hati. Kenapa ni ya Allah!

"Thank you, girls." Tunku Niel terus berlari menuju ke lif.

Mark yang melihat Tunku Niel berlari jadi bingung. Tangan naik menggaru kepala yang tidak gatal.

Marathon sorang-sorang tak nak ajak! Macam nak join. Tapi...

Tak nak lah! Malas.

Dahlah bangunan kediaman pelajar perempuan. Mahu kena kejar dengan security atas kesalahan menceroboh.

Uuu tak sanggup! Biarlah Tunku Niel hadap sorang-sorang. Kan?

Mark angkat bahu sebelum bersandar di keretanya. Rilek luu.





TUNKU NIEL berdecit geram. Lambat pulak lif ni! Terus Tunku Niel menukar haluan menuju ke tangga. Laju langkah kakinya melompat melepasi anak tangga.

Tidak cukup tanah dia berlari mendekati bilik di hujung bangunan. Pandangan banyak mata yang memandang ke arahnya tidak di hiraukan.

Tangan memulas tombol pintu.

Terkunci!

"Mister? What are you doing in front of my room?" Tunku Niel terus pusingkan tubuh memandang ke belakang apabila bahunya dicuit perlahan. Muncul seorang perempuan berambut perang.

✓ TUNKU NIEL NATHANIELWhere stories live. Discover now