🎭 •BAB 37•

43.8K 3.1K 333
                                    

TUNKU NIEL diam berdiri di muka pintu. Hanya mampu melihat belakang tubuh Qhaiyra yang melempar pandang ke luar tingkap.

Sudah dua bulan sejak kejadian itu berlalu. Bermakna sudah dua purnama juga Qhaiyra seperti ini. Menyembunyikan diri. Menjauhkan diri dari orang ramai. Kadang langsung tak mahu keluar bilik. Keluar bilik bila perlu sahaja. Naik risau Tunku Niel melihatnya. Bimbang kalau-kalau ada benda yang menganggu fikiran isterinya.

"Sayang..."

Tunku Niel menyentuh lembut bahu Qhaiyra. Qhaiyra terus memusingkan tubuhnya. Bibir merah delimanya menarik senyum. Menyembunyikan rasa di hatinya.

"Abang dah lama balik?"

Tunku Niel senyum nipis.

"Baru je. Jom duduk." Tangan Qhaiyra ditarik agar mengikutinya. Qhaiyra ikut sahaja langkah Tunku Niel.

Mereka melabuhkan punggung di atas katil lembut itu. Tunku Niel menggenggam tangan lembut itu. Matanya merenung wajah Qhaiyra.

Dia tahu Qhaiyra menangis. Dia tahu semuanya walaupun wanita itu gigih menyembunyikan perasaannya.

Qhaiyra larikan pandangannya. Ketawa kecil meletus dari bibirnya. Kelihatan janggal sungguh dia ketika itu. Pandangan Tunku Niel bagai mahu membaca isi hatinya. Dan dia tak selesa. Tak mahu lelaki itu tahu.

"Banyak kerja ke kat office?" Qhaiyra terus membuka tali leher yang sudah tidak bentuk tali leher itu. Dua butang kemeja paling atas di badan Tunku Niel dibuka sama.

"Not really." Tunku Niel senyum nipis.

Go on with your acting Qhaiyra...

"Err Qhaiyra dah lama nak tanya abang sebenarnya. Mana Mark pergi sejak dua menjak ni? Qhaiyra dah lama tak nampak dia." Qhaiyra berkata. Tangannya naik menyikat rambut Tunku Niel yang jatuh ke dahi dengan jarinya.

"Entahlah. Dia selalu minta izin abang yang dia nak keluar. Dia tak beritahu pula dia ke mana." Tunku Niel masih merenung wajah Qhaiyra. Mahu lihat sejauh mana Qhaiyra bertahan menyembunyikan rasa.

Qhaiyra larikan pandangan mata. Rasa takut dengan pandangan lelaki itu.

"Qhaiyra buka stokin abang ya?" Qhaiyra hendak tunduk namun tangan Tunku Niel pantas mencengkam lembut lengannya. Mahu wanita itu memandangnya.

Qhaiyra tertunduk. Tidak mampu melawan pandangan itu.

"You cried..." Suara Tunku Niel jelas bernada kecewa.

"Abang..."

"You promised me, no more tears." Lembut Tunku Niel berkata.

Qhaiyra memejam matanya.

"I'm sorry abang." Qhaiyra merentap lengannya dan terus bangun dari katil.

"Ya abang faham. Qhaiyra tak dapat lupakan semuanya so do i. Tapi takkanlah Qhaiyra nak terus menerus meratapi kehilangan macam ni, sayang. Tak elok." Tunku Niel cuba meraih tangan Qhaiyra namun Qhaiyra pantas menjauhkan diri.

"No! Abang tak faham. This is all my fault. I'm the one who to be blame." Qhaiyra mula mengalirkan airmata. Tangan mula menggenggam rambutnya. Emosinya benar-benar terganggu. Sungguh dia rasa bersalah. Masih terbayang wajah gembira Tunku Niel mengkhabarkan kandungannya.

"Sayang. Sayang listen to me." Tunku Niel cuba menarik tubuh kecil itu. Namun Qhaiyra berkeras mahu menjauhkan dirinya dari Tunku Niel.

"Qhaiyra!" Suara keras Tunku Niel membuatkan Qhaiyra mengeras di tempatnya. Terkedu.

"Jangan salahkan diri sayang. Jangan salahkan takdir. Abang sedih juga tapi kita kena reda. Mesti ada hikmah atas apa yang terjadi. Allah tahu Qhaiyra kuat. Allah tahu Qhaiyra boleh hadap semuanya sebab itu dia uji Qhaiyra. Jangan jadi macam ni Qhaiyra. You broke my heart into pieces. Abang tak suka tengok Qhaiyra sedih macam ni. Please sayang." Tangan Tunku Niel menekap di sisi leher Qhaiyra. Ibu jarinya mengelus lembut pipi isterinya. Menenangkan Qhaiyra sekaligus menenangkan dirinya juga.

✓ TUNKU NIEL NATHANIELWhere stories live. Discover now