🎭 •BAB 20•

51.6K 3.3K 207
                                    

"QHAIYRA..." seru Tunku Niel. Qhaiyra masih terkaku. Terkebil-kebil mata bulatnya memandang wajah Tunku Niel.

"Jom kahwin." Qhaiyra terkejut. Terus dia menolak tangan Tunku Niel di pinggangnya. Pantas dia berdiri. Tunku Niel turut berdiri sama.

"Gila. Tiba-tiba ajak saya kahwin dah kenapa?" Bengang. Memerah wajah Qhaiyra.

"Saya... Aduh!" Tunku Niel mengaduh seraya tangan kirinya naik memegang bahu kanannya. Terasa sakit mencucuk tiba-tiba.

"Awak. Awak okay?" Qhaiyra mendekati Tunku Niel. Cuak dia melihat wajah berkerut Tunku Niel itu. Lelaki itu cedera ke?

"Kidding!" Tunku Niel tegakkan tubuh seraya tersengih lebar.

Qhaiyra pegang erat slingbag di tangannya. Mahu aku hayun benda ni ke kepala orang karang!

"Tak kelakar lah!" Qhaiyra melanggar bahu kanan Tunku Niel sebelum berjalan meninggalkan lelaki itu.

Tunku Niel menggigit bibir. Sedaya upaya dia menahan rasa sakit di bahunya. Dia sengaja berpura-pura yang dia bergurau tadi sebab dia tak mampu melihat wajah cuak Qhaiyra. Tapi...

Sakit gila!

Sumpah tak tipu.

Kemudian Tunku Niel tersenyum memandang langkah Qhaiyra. Gadis itu menghentak-hentak kakinya. Marah lah tu agaknya.

Tunku Niel mendengus geram. Matanya memandang laluan jalan raya di hadapannya. Kepala terbayangkan kereta yang cuba melanggar Qhaiyra. Itu bukan kebetulan.

Dia tahu itu.




QHAIYRA menyanggul tinggi rambutnya. Tuala di tangan naik mengelap wajahnya. Baru rasa segar setelah hampir seharian dia dok sibuk bekerja.

Qhaiyra masuk ke dalam biliknya. Penat. Terlalu penat sehingga tidak sedar akan kehadiran si penceroboh yang asyik memerhatikannya dari belakang pintu.

Qhaiyra terkejut apabila tiba-tiba muncul seseorang di tingkap biliknya. Lelaki itu berpakaian serba hitam. Qhaiyra terkaku. Bagai dipukau melihat lelaki yang sedang memanjat masuk melalui tingkap biliknya.

Berderau darahnya. Qhaiyra terundur selangkah.

Allah. Siapa ni?

Lelaki itu mendongak memandangnya. Lama. Berkerut dahi Qhaiyra. Mata itu...

Qhaiyra telan liur. Dia terundur ke belakang selangkah demi selangkah. Pandangan mata lelaki itu redup memandangnya. Namun Qhaiyra rasa takut.

Siapa tak takut kalau tetiba ada orang ceroboh masuk ke dalam biliknya lalu tingkap pada pukul 12.38 pagi!

Lelaki itu mengangkat tangannya. Meminta Qhaiyra berhenti bergerak. Akur. Qhaiyra terus terkaku. Lelaki itu perlahan-lahan memandang ke arah lain.

Lebih tepat lagi di belakangnya. Qhaiyra membisu. Ada apa kat belakang dia?

Lelaki berpakaian serba hitan itu terus melompat masuk ke dalam biliknya dan menerpa ke arahnya. Qhaiyra terkejut. Kakinya terpasak di atas lantai. Mata ditutup.

Sunyi.

Qhaiyra membuka mata. Matanya membulat. Terus dia mengecilkan tubuh di penjuru bilik apabila melihat lelaki serba hitam tadi menerpa ke arah seorang lagi lelaki asing dengan pisau di tangannya.

Jasonn!

"Niel..." Hendak menangis Qhaiyra melihat lelaki dengan pakaian serba hitam itu menahan pisau yang dipegang Jasonn.

Darah mula menitis jatuh ke lantai. Pasti sakit.

"Hero comes huh?" Jasonn berkata sinis. Dia menolak pisau tajam itu ke arah lelaki itu.

✓ TUNKU NIEL NATHANIELWhere stories live. Discover now