🎭 •BAB 8•

49.9K 3.6K 780
                                    

     TUNKU NIEL mengeluh perlahan apabila melihat suasana itu sebaik sahaja dia membuka mata.

Urghhh. I hate hospitals!

Tunku Niel terkebil-kebil memandang kepala seseorang yang berbaring di sisi katil. Rambut panjang itu berserabut jatuh menutup muka orang itu.

Nak tanya. Kat Itali ada pontianak ke?

Tunku Niel senyum sendiri. Kalau budak ni tahu aku cakap dia pontianak mahu Qhaiyra ajak dia buka gelanggang WWE nanti.

Tunku Niel perlahan-lahan menukar posisinya kepada duduk. Penuh berhati-hati.

"Aduh!" Dia mendesis perlahan apabila abdomen kirinya terasa pedih. Baju hospital ditubuh diselak sedikit. Melihat luka di sebalik plaster besar bersaiz segi empat tepat itu.

Fuh. Nasib baik tak teruk.

Tunku Niel tersenyum melihat Qhaiyra. Jari-jemarinya terus menyelak rambut gadis itu yang menutup mukanya.

Wajah gadis itu nampak penat dan lelah. Tunku Niel mengelus rambut hitam beralun itu perlahan. Hilang rasa sakit bila melihat wajah yang lena itu.

Ecehh jiwang betul!

Pintu wad yang terbuka dari luar buatkan Tunku Niel terus mengangkat tangan. Menyuruh Mark yang baru melangkah masuk ke dalam wad agar menutup pintu dengan perlahan. Agar meminimakan bunyi yang terhasil.

Mark ternganga tidak mengerti.

"Tutup perlahan-lahan. Jangan kuat-kuat."

"Kenapa?"

Mereka berdua berbisik perlahan.

"Nanti dia terbangun." Tunku Niel menunjuk ke arah Qhaiyra Aralyn yang masih nyenyak disapa lena.

Mark buat muka menyampah. Tanpa mengendahkan arahan Tunku Niel, Mark terus melepaskan pintu.

Bamm!!

Terus Qhaiyra terbangun dari lenanya. Dipandang kiri dan kanan. Bunyi apa tu?

'Bodo!' Tunku Niel memandang badi Mark.

Mark angkat bahu. Mark tak kisaaahhh!

Qhaiyra menguap dan mengeliat. Dia mengaduh kecil seraya memegang lehernya. Rasa sakit. Mesti kerana posisi tidur yang tidak betul.

Membulat mata Qhaiyra apabila melihat Tunku Niel yang diam memandangnya.

Weiii ada air liur basi tak!!

Qhaiyra terus gosok hujung bibir. Mana tahu ada cecair di situ.

Fuh tak ada. Nasib baik...

"Lena tidur?"

Bibir Qhaiyra mencebik sebelum dia menarik kerusinya mendekati katil pesakit.

"Awak okay? Luka awak macam mana? Sakit tak?"

Tunku Niel senyum sahaja. Muka gadis itu jelas kelihatan serba salah.

"Saya okay. Luka saya pun okay. Dah tak sakit dah." Jawab Tunku Niel.

Qhaiyra menghembus nafas lega. Nasib baik anak orang ni tak apa-apa. Risaunya dia akan Tunku Niel.

"Saya minta maaf. Sebab saya, awak kena tikam. Sorry." Ucap Qhaiyra. Sungguh dia rasa serba salah. Mesti sakit kan kena tikam? Kalau kaki terpijak kepala plag pun dah menjerit. Inikan lagi ditikam.

Tunku Niel menggeleng. Tangan terus menyikat rambut Qhaiyra dengan jarinya. Qhaiyra diam. Dia bergerak ke hadapan sedikit kerana tahu pergerakan Tunku Niel agak terbatas.

✓ TUNKU NIEL NATHANIELWhere stories live. Discover now