Surprise

8.1K 31 0
                                    

" Cik Nur Nadia Farhana Nordin..." Sahut seorang nurse yang bertugas di kaunter hadapan di sebuah hospital swasta di ibu kota. 

Laungan tersebut mematikan lamunan ku yang sedang memikirkan keadaan diriku ketika ini. Aku melangkah perlahan menuju ke sebuah bilik untuk berjumpa doktor bagi mengetahui keputusan ujian kesihatan yang baru aku jalani sebentar tadi.

Kerap kali aku dilanda sakit kepala yang teruk sehingga membuatkan keadaan diriku bertambah lesu dan tidak bermaya. Pada awalnya sakitnya tidak seberapa, namun semenjak dua menjak ini keaadan menjadi bertambah teruk sehingga pil penahan sakit juga susah untuk memberi kesan yang positif. Situasi ini menyebabkan keberadaan aku disini hari ini.

Aku mengetuk pintu bilik tersebut beberapa kali sebelum memberi salam untuk masuk. Di sebalik meja kayu yang berada dihadapanku terdapat seorang lelaki  berkaca berkaca mata dengan rambut tersikat rapi, dan bermata agak sepet. Sebelum memasuki bilik ini, aku sempat membaca nama di pintu tadi, Dr. Fendi Abdullah. Dia kelihatan sibuk sedang menulis sesuatu sebelum mengangkat pandang melihat kearahku. Baru dapat ku melihat keseluruhan wajahnya yang agak tampan persis pelakon korea. 

"Silakan duduk". Dia mempelawa ku dengan sopan. Aku yang sedang sibuk menilik wajahnya sedikit tersentak lalu menghampiri sebuah kerusi yang berhampiran. 

"So, Cik Nadia... Keputusan ujian kesihatan Cik Nadia dah keluar sebentar tadi. Dan.. " doktor daniel bersuara agak teragak.

Dia mengalihkan skrin monitor yang berada dihapannya untuk menunjukkan beberapa image yang kurang aku mengerti tapi kelihatan seperti keratan rentas otak. Peluh mula membasahi dahiku meskipun suhu di bilik yg dilengkapi penghawa  dingin agak rendah. Aku dapat merasakan sesuatu yang buruk yang bakal berlaku. Aku memejam mata seketika bagi menenagkan sedikit hatiku yang resah dengan cuba mengingati yang maha Esa.

" Ini hasil MRI yang kami dapat.. " Doktor Daniel menyambung kembali. " Cik Nadia menghidapi ketumbuhan di bahagian ini.." sambil menunjukkan sesuatu di gambar tersebut. " Ketumbuhan sudah berada tahap ke empat dan pembedahan boleh menyebabkan risiko yang sangat tinggi." Katanya, sambil cuba beriak setenang yang mungkin.

"Menyebabkan risiko yang tinggi" kata-kata itu bagaikan satu panahan petir yang membuatkan telahan aku sebentar tadi benar belaka.

Air mata mula bergenang di tubir mataku sambil mendengar beberapa penerangan lebih terperinci daripada Dr. Fendi. Namun semuanya sudah tidak dapat ku dengari dengan jelas. Aku lantas bersuara...

" To be honest doc, berapa lama lagi masih saya ada seems operation cannot be done anymore.... Errr... Berapa lama lagi untuk saya hidup?!" Suara ku sedikit meninggi kerana tertekan dengan situasi yang aku hadapi ketika ini. Air mata mula mengalir tanpa aku sedar.

"6 bulan Cik Nadia. Mungkin 6 bulan... Atau kurang. Kalau mengikut perkiraan standard dengan..."

"Ok.. 6 bulan.." sekali lagi aku mencelah. Ini salah satu sikap buruk yg aku ada, tak sabar-sabar atau gopoh. "Terima kasih doc, saya pergi dulu.." aku serta merta bangun diri duduk dengan sedikit kasar.

" Tunggu dulu cik Nadia saya nak sediakan prescription ubat untuk Cik Nadia.".

" Ubat buat apa lagi doc, kalau saya memang akan... Mati!" Walaupun pedih untuk aku ungkapkan tetapi aku terpaksa menerima kenyataan yang aku tahu aku tidak akan pernah terima bahawa jangka hayatku sudah tidak lama.

Aku bergegas keluar dari bilik tersebut dengan sedikit berlari supaya orang ramai tidak perasan tentang tangisanku. Kepala ku yang masih berdenyut tidak ku hiraukan.. langkah ku laju untuk segera keluar daripada istana "tuhan" dunia ini.

Hatiku sakit kerana memikirkan bahawa doktor menganggap diri mereka tuhan sehingga tahu jangka hayat umur manusia.. huh!

Hujan yang mulai turun tidak ku endahkan. Seperti tahu keadaan ku yang sedang bersedih ini, langit juga turut bersedih. Pandangku yang kabur kerana air mata dan juga hujan bersatu menjadi satu menyukarkan lagi penglihatanku untuk melintas jalan.

Sedang aku melintas jalan tiba-tiba... Cahaya lampu kelihatan begitu terang sekali dan menyebabkan kepala ku tiba-tiba sakit. pandangan ku serta merta berubah menjadi gelap terasa tubuhku jatuh di atas jalanraya namun aku tidak berdaya untuk bangkit beridiri. Seketika kemudian aku sudah tidak sedarkan diri... 

6 Bulan Mencari Cinta (Complete)Where stories live. Discover now