CYKB:46

9.2K 396 60
                                    

IKUTKAN mood yang masih panas dengan kejadian semalam, memang dia tak nak pergi ke prom night malam ini

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

IKUTKAN mood yang masih panas dengan kejadian semalam, memang dia tak nak pergi ke prom night malam ini. Tapi baju sudah ditempah, Raziq juga sudah sampai di hadapan rumah untuk menjemput dan menghantarnya ke hotel.

Raziq nak hantar pun sebab dia yang minta tolong daripada lelaki itu beberapa hari lepas. Memikirkan penat lelah Raziq yang sanggup datang menjemputnya walaupun lelaki itu baru selesai kerja, Hazel akhirnya bersiap untuk ke hotel.

Sebelum dia meninggalkan rumahnya tadi, matanya sempat mencari kelibat Harraz dan motor besar lelaki itu, namun tiada. Mungkin lelaki itu sudah bergerak ke hotel lebih awal. Entah, dia sendiri tidak pasti kerana seharian ini memang dia tidak bercakap malah bersemuka dengan Harraz pun tidak. Malam semalam dia tidur di bilik sebelah. Bilik kembar. Seharian dia mengurungkan diri.

Harraz panggil dan memujuknya makan dari luar bilik pun dia tidak menyahut. Memang sengaja dia buat-buat pekak. Dia melancarkan mogok marah dengan Ungku Harraz!

Hotel Royale Magestic. Lokasi prom night party yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Semua guru dan bekas pelajar tingkatan 5 tahun ini terlibat. Bertemakan 'Royalty', pelajar-pelajar termasuk guru-guru mengenakan pakaian mengikut dress code seperti keluarga diraja. Semua orang nampak cantik dan kacak di majlis itu malam ini.

Hazel berjalan masuk ke dalam dewan yang luas dan besar itu. Suasana nampak gah dan mewah dengan berlatar belakangkan warna merah hati dan lampu-lampu chandelier yang tergantung di bahagian atas dewan itu. Moving head light turut memberi sinar dan merancakkan lagi suasana dewan itu.

"Hazel! Rindunya cikgu dekat kamu. Wah, dah besar dah perut dia. Berapa bulan dah ni?" Cikgu Yuni terus menerpa ke arahnya. Tubuh Hazel yang berbadan dua itu dipeluk erat. Cikgu Yuni juga tidak mensia-siakan peluang untuk mencium pipi Hazel dengan perasaan geram-geram rindu.

Hazel mengukir senyuman. Cikgu Yuni menyentuh lembut perut Hazel yang membukit di sebalik dress kembang yang dipakainya itu.

Sedaya upaya Hazel cuba untuk menutup perutnya dengan fur coat yang menutupi bahagian bahu sehingga dadanya, tapi masih ada juga yang perasan bentuk perutnya. Ketara sangatkah?

"Dah nak masuk 6 bulan, cikgu," jawabnya berbalas senyuman dengan Cikgu Yuni.

"Nampaklah sikit Hazel dah berisi. Lagipun, ini kembar, kan? Memang perut Hazel akan nampak lebih besar dari perut ibu yang mengandung seorang bayi aje," terang Cikgu Yuni.

Hazel anggukkan kepala. Doktor yang merawatnya setiap kali check up juga sudah memberitahunya soal itu. Perut ibu yang mengandungkan kembar memang akan kelihatan lebih besar. Tak sama macam ibu yang mengandungkan seorang bayi.

Cikgu Yuni tersenyum. Belakang pinggang Hazel dirangkul erat. Tak sangka anak muridnya bakal menimang cahaya mata tak lama saja lagi. Dia sendiri masih belum diberi rezeki untuk ada anak.

Cinta Yang Kau Benci (EDITED VER)Where stories live. Discover now