"Hah kan aku dah cakap budak budak ni memang tak boleh harap.Pukul 10 pun tak bangun lagi!"desis hati asyraf.
Tiba-tiba dia mendengar suara seseorang.
"Weh kenapa kau tembak aku!noob la kau ni."marah seseorang.
"Eh eh kau dah kenapa aku baru belajar main semalam kan!"balas seseorang itu.
"Eii noob la kau ni!"balas seseorang lagi.
Asyraf bergerak ke suara itu.wah hampir terkeluar biji matanya apa bila memandang ke arah suara itu.
"Woi korang tak tidur daripada semalam ke hah?"sergah asyraf.
"Eh asy!tak adalah kitaorang terbangun awal tadi hehe cuma malas nak mandi."balas seseorang.
"Ye ke?kalau aku tengok korang tidur kejap lagi siap korang!"ugut asyraf.
Yang lagi seorang hanya mampu jeling kawan sebelahnya!mana taknya diorang tak tidur dari semalam.
"Hah ni pergi bersiap lambat aku shoot kepala."arah asyraf dan berlalu pergi.
"Eh kau ni pandai-pandai cakap kita dah tidur apehal?"jerit alex.
"Habistu kau nak kena shoot kepala dengan harimau tu?"balas syafiq.
Hah dua orang yang sedang bergaduh mulut tu adalah alex dan syafiq.
"Nih semua salah kau!kalau kau tak ajar aku main PUBG ni tadi mesti aku dah tidur tadi!"marah alex.
"Eh apahal pulak?kalau kau tak sibuk nak paksa-paksa aku untuk ajar kau semalam takde harinya aku nak ajar kau main game PUBG ni!dah lah kau tu noob." balas syafiq.
Hah sudah kalau mereka bergaduh memang takkan habis.
"Urghhhh mengantuknyaa."sampuk satu suara.
Terhenti pergaduhan mereka itu apabila disampuk oleh satu suara.
"Perghh awal gila korang bangun!"sampuk satu lagi suara.
"Awal kepala bontot korang!"marah alex dan terus berlalu untuk bersiap.
"Dah apahal budak ni?"tanya haris .
"Dia tak tidur semalam!"balas syafiq.
"Patutlah."balas haris.
"Urghhhh takpuas la tidur."sampuk adam.
"Yang kau ni pun asyik urghh!urghhh!urghhh!dah macam vampire aku tengok."marah syafiq.
"Aik?ada aku kacau kau ke?"balas adam.
"Ak..."terhenti percakapan syafiq apabila asyraf bersuara.
"Woi!tak siap lagi?pukul 11.30 aku nak gerak dah lambat aku tinggal."ujar asyraf dengan tegas
"Okay boss!"balas mereka serentak.
Asyraf menjejakkan kakinya ke tingkat 2.Setelah sampai di depan sebuah bilik itu dia memusingkan tombol pintu bilik itu.
"Wah wah wah!sedapnya korang tidur!"desis hati asyraf.
"Woi bangun!"jerit asyraf.
"Em..."timbul satu suara.
"Aku cakap bangun!ke korang nak aku simbah air?"ujar asyraf dengan tegas.
"Em yela yela kau ni kacaulah!"balas lucas lalu balik ke biliknya untuk mandi.
"Korang ni kena kahwin jugak aku rasa!susah betul nak bangun,kalau kahwin nanti baru padan biar bini korang kejut haha mesti tiap-tiap hari bangun awal sebab kena berletir."bebel asyraf.
"Ish kau ni memekak je!"balas andi.
"Hah kan aku dah kata kau memang akan jadi orang terakhir kalau nak bangun pagi!"ujar asyraf dengan sinis.
"Ish!"balas andi lalu menuju ke tandas.malas nak layan asyraf.
"Aku cakap benda betul tu pun nak marah hish!"monolong asyraf sendirian.
. . .
"Hah semua dah siapkan?"tanya asyraf.
"Dah!"balas semua bersemangat.
"Okay!jom pergi markas sekarang kita kena plan betul betul untuk keselamatan tetamu masa majlis perkahwinan aku tu nanti."ujar asyraf tegas.
2 biji kereta di garaj banglo 2 tingkat itu melolos keluar.
Di markas
"Okay semua dah faham?!"tanya asyraf.
"Dah boss!"balas semua anak buahnya.
"Okay yang terlibat hanya team B dan C!"ujar asyraf lagi.
"Team A dan D korang jaga dalam kawasan dewan faham?"tanya asyraf.
"Okay team A perhatikan apa yang mencurigakan di dalam dewan tu.Manakala team D korang jaga keselesaan para tetamu,maksud aku korang layan diorang dengan baik okay?kira macam korang ni berkerja dengan katering tu."arah asyraf.
"team B korang jaga bahagian depan dan belakang,korang jadi penyambut tetamu.Kalau ada orang yang mencurigakan korang inform dekat team C.Dan team C korang mula ambil tindakkan untuk siasat siapa orang-orang tersebut!sekiranya gagal plan kita yang A ikut plan kita yang B iaitu terpaksa guna cara kasar iaitu menembak!"terang asyraf.
"Kalau semuanya berjalan dengan lancar korang buat macam biasa saja okay?"tanya asyraf.
"Baik boss."balas anak buahnya.
. . .
"Anis,bila nak pergi fitting baju?"tanya puan syifa.
"Abang asy cakap esok."balas anis.
"Em ibu ada benda nak cakap sikit ni dengan anis."ujar puan syifa.
"Eh ibu ni buat anis berdebar je!apa yang ibu nak cakapkan tu?"balas anis.
"Nantikan anis nak jadi isteri asyraf,ibu harap sangat anis dapat jalankan segala tanggungjawab anis sebagai seorang isteri.Dan ibuharap sangat anis dapat terima asyraf mahupun dari sisi baik atau buruk.Nanti kalau ada masalah apa-apa bawalah berbincang,kalau anis perlukan apa-apa bantuan ibu ada je untuk bantu anis.boleh ye sayang?"ujar puan syifa.
"InshaAllah ibu,selagi anis mampu anis akan lakukan yang terbaik untuk kebahagiaan rumah tangga anis."balas anis.
Done 786 words✔
Can't wait nak tunggu asyraf dengan anis kahwin😍

ANDA SEDANG MEMBACA
MRS ASYRAF ©
ActionANIS SYAZA,seorang yang lemah lembut,baik hati dan peramah.Hidupnya dari kecil lagi tidak pernah merasa kasih sayang dari ibu bapa.Kini,setelah dia dewasa dia bertekad untuk mencari ibu bapa kandungnya. ASYRAF FAHMI,seorang lelaki dingin dan panas b...