Puan aisyah dan puan syifa bergilir gilir untuk menjaga anis ketika berpantang.
Asyraf berkeras menyuruh anis berpantang di rumah dia.Sebab tu dia menyuruh puan aisyah dan puan syifa pindah ke rumah mereka buat sementara.
"Petang ni mak jah datang untuk urut anis tau!"puan syifa mengingati menantunya.
"Ye ibu!anis ingatlah,ni dah 10 kali ibu ulang benda yang sama."balas anis.
"Hehe manalah tahu anis dah lupaaaa."balas puan syifa.
"Ada-ada la ibu ni."anis menggelengkan kepalanya.
"Haih comel betul cucu ibu!"ujar puan syifa.
"Tengok mama dialah!"balas anis.
"Eh apa pulak,ikut papa dia lah!"sampuk asyraf.
"Mana ada,dia ikut sayanglah!kalau dia ikut abang tak de la dia comel macam ni."balas anis.
"Heh mana ada,adrian ikut abang tau!cuma mata dengan hidung je ikut sayang!"asyraf menegakkan keadilan.
"Okay fine!abang menang."anis pasrah.
"Ish budak-budak ni dah jadi mak bapak pun nak bergaduh lagi!"marah puan syifa.
"Hehe"anis dan asyraf hanya ketawa kecil apabila ditegur oleh puan syifa.
. . .
"Kenapa awak buat saya macam ni asyraf!"ujar delina sendirian.
Dia merenung gambar mereka semasa di zaman Universiti dulu sambil menangis.
"Kalaulah saya tak buat keputusan bodoh tu dulu mesti kita dah bersama...kan?Tapi nak buat macam mana semuanya dah terjadi!haha bodohkan saya?"ujarnya sendirian.
Sedang dia menangis,tiba-tiba bahu dia di peluk.
"Tak boleh lupakan dia lagi?"tanya adam.
Delina menggeleng.
"Kalaulah saya tak ikut cakap abang dulu,mesti saya dah bahagia!"ujarnya sambil menangis.
Adam hanya merenung tasik di depannya sambil memeluk bahu delina.
Tipulah selama dia jadi kekasih palsu delina hati dia tak terusik dengan perangai delina.
Delina mangsa keadaan,dia tersepit di antara cinta dan abangnya sendiri.
"Shuu dah jangan menangis,aku ada dengan kau.Menangislah puas-puas kalau itu mampu buat kau lega."pujuk adam.
"Kenapa mesti saya?hah adam?"tanya delina.
"Shuu takmau cakap macam ni tak baik tanya macam tu,kau kena terima semua ujian yang datang!kau takdak hak nak persoalkan,sebaliknya kau lalui dia dengan berani!aku ada dengan kau,aku takkan biarkan kau sendirian."adam cuba menenangkan delina.
Dia menarik delina ke dalam pelukkan dia lebih erat.
"Aku sayang kau,delina."ucap adam.
Delina mengangkat kepalanya.Dia memandang adam lama.
"Hah?awak sayang saya?"soal delina.
"Ya."balas adam sambil tersenyum.
"Walaupun kau cuma kekasih palsu aku,kau selalu buat aku gembira.Kau sebenarnya layak bahagia delina,kalau bukan dengan asyraf kau cari la orang lain!macam aku ni."ujar adam.
"Dah habis merepek?"soal delina.
"Bila masa aku merepek?"soalan berbalas soalan.
"Saya rasa lakonan awak ni dah mantap so,berhenti je lah!"ujar delina.
YOU ARE READING
MRS ASYRAF ©
ActionANIS SYAZA,seorang yang lemah lembut,baik hati dan peramah.Hidupnya dari kecil lagi tidak pernah merasa kasih sayang dari ibu bapa.Kini,setelah dia dewasa dia bertekad untuk mencari ibu bapa kandungnya. ASYRAF FAHMI,seorang lelaki dingin dan panas b...