"Kau tolong siasat siapa luke ni sebenarnya."arah asyraf kepada farhan.
"Baik boss."balas farhan
"Aku bagi kau 2 minggu sahaja,kalau lambat gaji kau aku tolak."ugut asyraf.
"Wuish,janganlah macam itu boss!"balas farhan.
"Huh,ingat tau 2 minggu ja."pesan asyraf sekali lagi.
"Okaylah boss."balas farhan dengan pasrah.
"Dah la aku nak balik dulu."pinta asyraf.
"Hati-hati boss."farhan memimpin asyraf hingga ke luar pintu markas.
"Kau tak payah nak buat baik dengan aku la setan!"ujar asyraf dengan sinis.
"Eh takkan tak boleh nak buat baik dengan boss kesayangan?"soal farhan.
"Boleh tu boleh tapi bagi ikhlaslah sikit jangan nak bodek aku sudahlah sebabnya 2 minggu tetap 2 minggu."balas asyraf.
"Eh aku ikhlaslah tadi tu."balas farhan.
"Yelah tu."balas asyraf.
Farhan melambai asyraf dari depan pintu markas hingga depan pagar.
. . .
"Kau tak puas hati apa lagi dengan keluarga diorang?"soal Puan Maria.
"Aku tak akan puas hati selagi keturunan bangsat tu masih hidup!"jerit shadow.
"Aku tak faham betul dengan kau ni,kau nak orang tua tu mati sekarang dia dah mati.Kau nak apa lagi sekarang ni?"soal Puan Maria.
"Aku nak semua keturunan dia mati."balas shadow.
"Kenapa kau berdendam sangat dengan dia?"soal puan maria.
"Kalau kau nak tahu aku dengan Syifa tu dulu pernah bercinta dan hampir nak berkahwin."ujar shadow.
Terlopong Puan Maria dibuatnya.
"Tetapi sebulan sebelum perkahwinan kami dia minta putus.Kau tahu tak sebab apa dia minta putus?sebabnya dia dah jatuh hati dengan kawan baik aku."sambung shadow.
"Kau nak tahu siapa kawan baik aku tu?"soal shadow.
"Siapa?"soal puan maria.
"Amran si tak guna itulah."balas shadow.
"Sebab itu ke kau bunuh dia?sebab dendam?"soal puan maria.
Shadow menganggukkan kepala.
"Tapi kenapa kau bunuh shark dengan bini dia?"soal puan maria.
"Sebab dia sorang saja yang tahu pasal pembunuhan itu dan juga semua rahsia aku.Dulu aku,shark dan amran kawan baik tapi semuanya hancur sebab amran."terang shadow.
"Shark nak buka kes ni dekat polis,aku tak ada pilihan lain melainkan aku bunuh dia.Tapi lain yang jadi bila bini dia pun ada masa tu jadi aku bunuh dua-dua sekali."sambung shadow.
"Semua bukti kematian aku palsukan sebab aku tahu anak dia pasti akan cari bukti itu.Aku ingat si dragon tu nak bunuh asyraf tapi silap,dia dan asyraf dah jadi satu kumpulan."ujar shadow dengan geram.
"Kenapa budak-budak tu juga kau nak jadikan mangsa?"marah puan maria.
"Kau tak payah nak buat baiklah,kau ingat aku tak tahu apa yang kau dah buat dekat keluarga kakak kau?"soal shadow dengan sinis.
"Apa yang aku dah buat?"soal puan maria.
"Kau ingat aku tak tahu kau punca keluarga kakak kau huru-hara?"ujar shadow dengan sinis.
"Kau tak payah nak sibuklah!"marah puan maria.
"Aku tak sangka kau ni lebih kurang sama saja dengan aku."ujar shadow.
"Sekurang-kurangnya aku tak bunuh orang."balas puan maria.
"Kita ni sama je,kau kena tipu aku kena tipu tak ada beza pun dekat situ."ujar shadow.
"Diamlah kau!"marah puan maria.
"Sakitkan bila orang yang kita cinta kahwin dengan orang yang kita sayang?"soal shadow.
"Aku malas nak ingat dah pasal tu."balas puan maria.
[Flashback]
"Adik,aku nak kahwin."ujar aisyah dengan gembira.
"Dengan siapa weh?"soal maria.
"Kau tengok je la nanti."terus pudar senyuman aisyah apabila mendengar soalan maria.
"Bagitahu je la!"gesa maria.
"Nanti la..."pujuk aisyah.
"Hmm okaylah!"maria mengalah.
2 bulan kemudian.
"Kau tahu kan laki yang kau kahwin tu crush aku?"soal maria dengan kesal.
"Aku terpaksa maria,aku terpaksa."balas aisyah dengan rasa bersalah.
"Terpaksa kau kata?eh tadi kau bukan seronok lagi dengan dia tu kau kata terpaksa?"marah maria.
"Aku cintakan shahmi."balas aisyah.
"Kau tahu aku sayang dia kau tahu aku cintakan dia kau tahu aku terlalu sayangkan dia,tapi kenapa kau buat aku macam ni?kenapa hah?"soal maria dengan kesal.
"Shahmi cintakan aku maria,kau kena terima kenyataan."balas aisyah.
"Kau memang kakak tak guna!"jerit maria.
Maria berlalu dari situ dengan perasaan yang sebak,kesal dan kecewa.
"Kenapa tu sayang?"soal shahmi.
"Awak tahukan kenapa?"soal aisyah.
"Biarlah dia,lagipun kita dah kahwin dia je yang kena belajar untuk move on."balas shahmi.
"Awak tak rasa bersalah ke?"soal aisyah.
"Saya tak pernah bagi dia harapan dan saya tak pernah cintakan dia buat apa saya nak rasa bersalah?"soal shahmi.
"Dia cintakan awak."balas aisyah.
"Saya tak cintakan dia."balas shahmi.
"Dah la kita biar je dia belajar untuk move on,kita kena teruskan hidup macam biasa."pujuk shahmi.
"Saya takut maria buat benda yang bukan-bukan."ujar aisyah dengan risau.
"Dia tak akan buat apa-apalah sayang,percaya cakap abang."balas shahmi.
Aisyah terus memeluk shahmi.
Maria yang memerhati itu terus berasa marah,geram dan benci.sejak kejadian itu dia tekad untuk musnahkan hidup kakak dia.
[End flashback]
. . .
Dah tahukan kenapa puan maria tu berdendam sangat dengan mak anis?
YOU ARE READING
MRS ASYRAF ©
ActionANIS SYAZA,seorang yang lemah lembut,baik hati dan peramah.Hidupnya dari kecil lagi tidak pernah merasa kasih sayang dari ibu bapa.Kini,setelah dia dewasa dia bertekad untuk mencari ibu bapa kandungnya. ASYRAF FAHMI,seorang lelaki dingin dan panas b...