Bab 39

1.3K 48 5
                                    

"Siapa shadow tu?"soal andi.

"Shadow tu orang yang bunuh mak ayah dragon dan dia jugalah yang memberi bukti palsu kepada dragon untuk memusnahkan kumpulan kita."terang haris.

"Syafiq bagitahu aku yang shadow tu adalah kawan baik dengan ayah asyraf dulu,tetapi hanya kerana sifat dengki dia sendiri bunuh ayah asyraf dan dia juga yang fitnah ayah asyraf.Dan sekarang ni aku tak tahu apa hubungan maksu aku dengan shadow."sambungnya lagi.

Andi yang tekun mendengar itu terus rasa meremang.

"Gila betul shadow ni!"sampuk satu suara.

Mereka berdua terus memandang ke arah suara itu.

"Kau dengan andi ni sama ja,suka main sergah nasiblah aku tak ada sakit jantung."marah haris.

"Alah tadi aku nak  bagi salam dah tapi tu ah,korang rancak sangat berbual."balas lucas.

Ya lucas dah masuk islam dan dia masih belajar dalam bab islam.Alex pun sama.

Alex yang berdiri di sebelah lucas hanya menganggukan kepalanya sambil senyum dan nampaklah lesung pipit dia tu.

"Jadi korang dah dengar semua lah ni?"soal haris.

Laju saja mereka berdua menganggukkan kepala.

"Kau rasa shadow ada kaitan ke tak dengan kes anis dan keluarga kau?"soal lucas.

"Aku rasa 50/50 ja sekarang ni,mungkin ya mungkin tidak."balas haris.

"Apa kita nak buat sekarang ni?"soal lucas.

"Kita kumpul semua maklumat dulu lepastu kita teruskan mengintip mereka dan kalau mereka mula agresif kita akan mula bertindak."terang haris.

"Asyraf tahu dah ke?"soal alex.

"Dia dah tahu tapi kali ni dia serahkan semuanya dekat aku sebab buat masa ni dia nak uruskan rumah tangga dia dulu."balas haris.

"Kenapa pulak dengan rumah tangga dia?"soal alex.

"Korang tak perasan ke yang anis dah lain sangat sekarang ni?"soal haris.

"Macam mana tu?"soal alex.

"Dia macam cepat marah lepastu kuat melenting dengan asyraf."balas haris.

"Kau rasa kenapa?"soal lucas.

"Aku tak tahulah tapi buat masa sekarang ni kita jangan  masuk campur lagi."balas haris.

Mereka hanya menanggukkan kepala.
. . .

Fikiran anis sekarang ni sangat kusut dengan kata-kata luke ayden tempoh hari.

[Flashback]

Apabila terasa dirinya diperhatikan terus terhenti pergerakkan dia untuk mencari barang-barang dapur.

"Hai sayang!"sapa satu suara.

Terus anis memusingkan badannya.Terkejut dia melihat lelaki yang pernah meminati dia suatu ketika dahulu.Dia adalah luke ayden lelaki psycho.

"Awak buat apa dekat sini?"soal anis dengan gementar.

"Shuu jangan takut,aku dekat sini nak ingatkan kau je."balas luke.

"Apa maksud awak?"soal anis.

"Aku nak ingatkan kau kalau kau tak tinggalkan suami kau yang dungu tu aku tak akan teragak-agak nak bunuh dia."ujar luke dengan nada psychonya.

"Awak gila ke apa hah?saya ni bini orang."marah anis.

"Hey sayang,aku kisah apa?kau bini orang ke mak orang ke apa ke yang penting kau hanya milik aku."luke mula mencekam tangan anis.

"Sakitlah luke!"jerit anis.

"Kalau kau masih berkeras taknak tinggalkan dia aku tak teragak-agak nak sakitkan kau lebih teruk."ujar luke dan mula berlalu pergi.

"Gila betul dia ni!"gumam anis seorang diri.

Matanya memandang sekeliling takut suaminya nampak drama dia dan luke tadi.

[End flashback]

"Aku takkan tinggalkan suami aku lah bodoh."jerit anis.

"Hey sayang kenapa ni?"soal asyraf yang terjaga dari lenanya.

"Abang..."anis menyembamkan kepalanya di atas dada bidang asyraf.

"Kenapa ni sayang?"soal asyraf dengan cemas.

"Saya taknak kehilangan abang hiks hiks hiks."ucap anis sambil menangis.

"Ya Allah,sayang kenapa ni?cuba bagitahu abang apa yang mengganggu fikiran sayang sekarang ni?"soal asyraf.

Anis mengangkat kepalanya dan memandang asyraf.Dia rasa sekarang adalah masa yang sesuai untuk dia berterus-terang dengan asyraf.

"Dulu ada seorang laki ni dia minat gila dekat sayang,tapi tu masa dekat kolej la."ujar anis.

"So?"soal asyraf.

"Dia psycho gila kalau abang nak tahu.Lepas habis kolej sayang rasa tenang saja sebab dia tak kacau hidup sayang dah tapi...haritu masa kita pergi mall dia datang ugut sayang."sambung anis.

"Dia ugut apa?"soal asyraf.

"Dia suruh sayang tinggalkan abang kalau tak dia akan bunuh abang."anis memberitahu asyraf dengan jujur.

"Haha sayang oi awak nak takut apa?sayang lupa ke abang ni siapa?"soal asyraf.

"Saya tahulah awak mafia tapi orang macam dia tu licik."balas anis.

"Abang ada banyak mata-mata dan abang yakin kawalan dekat rumah kita ni cukup ketat.Abang yakin dia tak akan dapat masuklah dalam rumah ni."asyraf cuba menenangkan isterinya.

"Awak lupa ke haritu saya pernah kena culik?"soal anis.

"Abang tahu salah abang masa tu sayang,tapi kali ni abang dah betul-betul belajar dari kesilapan.Lagipun budak-budak  abang dah bertambah sejak dragon masuk kumpulan abang."balas asyraf dengan yakin.

"Ikut abanglah,semua keputusan ada di tangan abang.Saya percayakan abang."ujar anis.

"Cuma...kalau jadi apa-apa dekat sayang nanti,sayang nak abang tahu yang saya cintakan abang sangat-sangat dan hanya abang yang saya sayang.Seluruh jiwa dan raga saya hanya untuk abang,adrian adalah bukti percintaan kita."sambung anis.

"Abang janji,selagi abang masih bernafas selagi itulah abang akan jaga sayang dengan baik-baik dan abang janji takkan ada benda buruk yang berlaku dekat sayang."ujar asyraf.

"Kalau apa-apa jadi dekat saya tolong jaga adrian dengan baik,cari orang yang dapat bahagiakan abang.Cari orang yang ikhlas terima abang dan yang paling penting dia dapat terima adrian sebagai anak dia."pesan anis.

"Sudahlah tu sayang,jangan nak merepek lagi."marah asyraf.

"Kau tak kenal lagi aku siapa luke,berani kau kacau bini aku."marah asyraf dalam hati.

"Saya cakap benda betul abang."balas anis.

"Shuu jom kita tidur."asyraf menarik anis ke dalam pelukkannya.

"Abang harap tak ada benda yang buruk berlaku dalam rumah tangga kita."bisik asyraf.

"Saya pun harap macam tu."balas anis dalam hati.

. . .

Apa agaknya yang terjadi dekat anis eh?

Agak-agak ada yang mati ke nanti?

MRS ASYRAF ©Where stories live. Discover now