BAB 48

1.4K 40 4
                                    

Sungguh janggal anis rasakan saat ini apabila dia berdua-duaan dengan asyraf.Melihat kebisuan asyraf itu benar-benar buat dia tidak senang duduk.

Author:Dengan Adrian dia macam mana?

"Itulah pasal,dengan anak boleh pulak dia main siap borak lagi kenapa dengan aku dia macam tak bercakap."bisik hati anis.

"Tak boleh jadi nih!"ujar anis.

Kakinya melangkah untuk mendekati asyraf dan anaknya.

"Hai anak mama,seronoknya dia main dengan papa."sapa anis kepada adrian.

"Pfff pfff"itulah yang mampu adrian balas buat masa sekarang.

"Kan best kalau papa main dengan mama juga,hmm"bisik hati anis.

"Jaga adrian,saya nak keluar."arah asyraf.

"Saya?wah dah tukar panggilan."bisik hati anis.

"Abang..."panggil anis.

Terhenti langkah asyraf apabila mendengar panggilan isterinya itu.

"Apa salah anis?"soal anis dengan bingung.

"Nothing."balas asyraf.

"Kenapa buat anis macam ni?kenapa jauhkan diri dari anis?abang dah tak sayang anis ke?"soal anis bertubi-tubi.

Asyraf menahan sebak di dada.Bukan niat dia untuk menjauhkan diri dari anis.

"Kenapa tak jawab?"soal anis.

"Jadi betul lah abang memang dah tak sayang anis."anis mula membuat andaiannya sendiri walaupun dia tahu yang hakikatnya bukan itu yang asyraf rasa sekarang.

"Tadi kata nak keluar,pergilah.Maaf saya curi masa awak sikit tadi."ujar anis.

Sakit.Ya itu yang asyraf rasa sekarang ni.

Tanpa bersuara asyraf terus keluar dari bilik.Tak betah dia nak berlama-lama dengan anis makin parah sakitnya nanti.

"Maafkan abang sayang."ujar asyraf dalam hati.

"Awak ambil lah berapa lama masa yang awak nak tapi tolong jangan tinggalkan saya."ujar anis dalam hati.

. . .

"Kau dah kenapa asy?"marah haris.

Sakit hatinya apabila adiknya diperlakukan sebegitu.Bukan anis yang mengadu...tapi asyraf yang cerita kepadanya.

"Aku malu."ringkas sahaja jawapan asyraf.

"Kau tak boleh terus macam ini."pesan haris.

"Aku bunuh orang,bukan seorang...tapi ramai.Aku tak layak untuk dia.Mesti anak dengan bini aku bencikan aku,aku pembunuh."ujar asyraf.

"Anis dengan adrian perlukan kau.Diorang takkan benci kau."bangkang haris.

"Aku dah malukan diorang."sambung asyraf.

"Aku dah buat kerja kotor."sambungnya lagi.

"Tapi kau kata kau nak insaf lepas kau dah bunuh orang yang bunuh papa kau kan?So sekarang kau dah nak buka buku baru,nak tinggalkan semua kerja-kerja kotor ni.Kenapa kau nak jauhkan diri kau dari diorang hanya kerana masa silam kau?"soal haris.

"Kalau kau nak cakap anis malu dengan kau,aku tak rasa dia nak terima kau sebagai suami dia dulu."ujar haris.

Asyraf kelihatan bingung dengan perasaan dia sekarang.

"Tolong jangan ikutkan perasaan kau.Jaga hati adik aku sama."pesan haris dan dia berlalu naik ke atas.

Ya asyraf memilih untuk tenangkan diri di rumah budak-budak bujang itu.

Sedang asyraf melayan perasaan tetiba dia disergah dengan satu suara yang cukup tidak asing didengari.

"Pergilah balik tengok anak bini kau,takut ada yang kena caras nanti."ugut andi.

Syaqira telah memberitahunya tentang hubungan asyraf dengan anis.

"Biarlah."balas asyraf.

"Kau ni dah kenapa tetiba nak mengalah dengan perasaan sendiri?"marah andi.

"Kau tak faham."balas asyraf.

"Haah memang aku tak faham dengan kau sekarang ni,Baliklah tengok bini kau itu ntah makan ntah tak tu."balas andi.

Terus segar mata asyraf bila mendengar kata-kata andi itu.

"Syaqira bagitahu kau something yang aku tak tahu ke?"soal asyraf.

"Haah."balas andi dengan yakin.

"What is it?"soalnya.

"Bini kau tak lalu makan asyik berkurung dalam bilik."hah itulah sikap anis setiap kali mereka ada masalah,taknak makan malah suka berkurung.

"Aku balik dulu."risau asyraf dibuatntya.

Andi yang tengok perangai asyraf kelam kabut itu terus tergelak.

"Hah,tahu pun takut bini sakit.Ego lagi taknak balik,kena tipu sikit terus celapak balik."ujar andi dengan puas.

Dia saja mereka cerita supaya asyraf balik ke rumah sana.Dia saja menggunakan umpan itu kerana dia tahu asyraf tidak akan sama sekali biarkan anis sakit.

"Untunglah ada bini."ujarnya sendirian dan terus menapak ke atas.

"Gila!"syafiq yang mendengar itu hanya mampu menggelengkan kepala.

. . .


MRS ASYRAF ©Where stories live. Discover now