Asyraf membuka pintu dengan perlahan-lahan,dia merenung wajah sembab isterinya jatuh kasihan dia melihat isterinya menangis sebab dia.
"Aku minta maaf sebab buat kau menangis."ujar asyraf dengan kesal.
Asyraf membaringkan dirinya di sebelah isterinya dan dia pun tidur.
. . .
Anis terjaga apabila dia merasakan sesuatu yang berat berada di atas perutnya.
"Eh bila dia masuk tidur?"desis hati anis.
Lama anis merenung wajah suaminya itu,dari mata hidung dan juga mulut semuanya perfect!tersenyum suka anis kerana dapat memiliki lelaki itu.
"Lama dah kau renung aku?"tanya asyraf.
Terus mati senyuman anis itu
"Bila masa saya renung awak?jangan nak perasan eh."balas anis.Terbuka terus mata asyraf.
"Eleh dah puas renung aku lepastu taknak mengaku."balas asyraf dengan sinis.
"Kenapa?salah ke kalau saya renung awak sekalipun?awak suami saya,saya bini awak.Lagipun dapat pahala tau bila pandang muka suami."balas anis.
"Memanglah tak salah!masalahnya sekarang ni kau nak cakap pasal pahala?habis semalam tu kau buat aku sakit hati dapat pahala ke?dapat masuk syurga la sangat?"balas asyraf dengan nada sinis.
"Apa masalah awak sekarang ni asyraf?"jerit anis.
"Wah tak cukup semalam,pagi ni pun kau nak tengking aku!"marah asyraf.
Semalam dia rasa bersalah dengan bininya harini dia rasa nak marah balik bila memikirkan kemesraan anis dan andi.
"Awak yang cari pasal!"balas anis.
"Kau yang mula!"balas asyraf.
"Awak ni macam budak kecik tahu tak?dengan kawan baik sendiri pun nak jeles."marah anis.
"Bila masa aku cakap aku jeles?"tanya asyraf dengan nada yang tinggi.
"Okay fine!memang awak tak jeles tapi perlu ke nak marah-marah saya?tak boleh ke nak cakap elok-elok?saya ada perasaanlah."ujar anis dengan kesal.Kesal dengan sikap asyraf yang baran itu.
"Kau nak cakap pasal perasaan sekarang ni?yang semalam kau tak pikir hati aku sakit tengok kau menggatal?"marah asyraf.
"Eh tadi awak bukan tak kesah ke?kenapa nak marah-marah pulak sekarang ni?"balas anis.
"Kau tu isteri akulah bodoh."maki asyraf yang tengah geram itu.
"Saya bodoh?hah?awak kata saya bodoh?hah memang saya bodoh!saya bodoh sebab kahwin dengan awak!"ujar anis dengan sebak.
Asyraf memandang tajam wajah isterinya itu baru 3 hari kahwin dah bergaduh.
"Kau menyesal ke perempuan?kau menyesal kahwin dengan aku bila kau kenal jantan tu?aku dah agak dah kau ni memang..."terputus ayat asyraf apabila tersedar akan kata katanya itu.
"Saya apa?cakap la saya apa?saya murah?"desak anis.
"Eh pergi mampuslah!"bentak asyraf dan berlalu keluar.
"Argh!"jerit anis lalu menangis.
Terkejut ahli rumah itu apabila mendengar pintu dihempas dengan kuat,tak cukup itu bunyi orang menjerit.
"Ni tak boleh jadi ni!aku kena explain semua dekat asyraf."ujar andi tiba-tiba.
"Kau nak explain apa?dibuatnya nanti dia tembak kau,tak takut ke?"halang adam.
YOU ARE READING
MRS ASYRAF ©
ActionANIS SYAZA,seorang yang lemah lembut,baik hati dan peramah.Hidupnya dari kecil lagi tidak pernah merasa kasih sayang dari ibu bapa.Kini,setelah dia dewasa dia bertekad untuk mencari ibu bapa kandungnya. ASYRAF FAHMI,seorang lelaki dingin dan panas b...