"Itulah kau,aku suruh jaga rumah kau gatal nak datang markas dragon dah kenapa?"marah asyraf sambil memandang andi yang terlantar atas katil.
"Kalau aku tak datang entah-entah kau dah arwah kan?"balas andi selamba.
"Kau suka la aku mati?"soal asyraf.
"Dah tu?aku selamatkan kau tadi kau marah.Baik aku biarkan saja kau mati tadi."balas andi.
"Okay-okay,wahai andi yang aku sayang terima kasih kerana sudi mempertaruhkan nyawa kau untuk selamatkan aku."ucap asyraf dengan terharu.
"Hah macam itu lah yang aku nak dengar."ujar andi dengan senyuman yang manis.
"Kalau aku mati nanti siapalah yang nak akadkan adik aku bila korang kahwin nanti."usik asyraf.
"Kau merepek apa ni?"soal andi dengan cuak.
"Eh eh macamlah aku tak tahu kau dengan adik aku tu tengah hangat bercinta."balas asyraf.
"Kau tak marah ke?"soal andi dengan takut-takut.
"Well,kalau tadi kau dah mempertaruhkan nyawa sebab aku mungkin lepas ni kau akan lakukan benda yang sama dekat adik aku.Aku tahu kau mampu jaga adik aku."balas asyraf.
"Wah terima kasih asyraf sebab kau terima aku jadi adik ipar kau."ujar andi dengan terharu.
"Bila masa aku cakap aku terima kau jadi adik ipar aku?"soal asyraf.
"Aik tadi tu bukan greenlight ke?"soal andi.
"Ish awak ni tak payahlah nak usik si andi ni."sampuk satu suara.
"Alah sayang,abang nak usik dia sikit je."balas asyraf.
"Dia kan tengah sakit tu nanti dia tertekan awak juga susah."balas anis.
"Masalahnya dia sakit dekat kaki dah kenapa pulak saya nak kesiankan?"soal asyraf.
"Habis tu awak ingat dia sakit kaki tak payah bagi dia tenanglah?"soal anis.
"Tak sekarang ni bukannya abang tendang dia pun."balas asyraf.
"Yelah-yelah awak betul."anis mengalah.
"Aik salah ke apa yang aku cakap?"soal asyraf kepada andi.
"Salah tu tak tapi tulah dia datang bulan la kot."balas andi.
"Yelah aku pun rasa macam tu..."balas asyraf.
"Yang pasal tadi tu..."percakapan andi dipotong.
"Aku terima kau jadi adik ipar aku dengan syarat kau betul-betul ikhlas terima dia dan kau mampu jaga dia dan bimbing dia."balas asyraf.
"Aku percayakan kau."sambung asyraf lagi.
"Terima kasih asyraf."ujar andi dengan suka.
. . .
"Aku nak minta maaf dengan kau sebab selama ni aku dah banyak buruk sangka dengan kau.Aku cuba nak jatuhkan kau."ujar dragon.
"Tak apalah lagipun kau dah berubah,aku harap kita tak bermusuhan dah lepas ni okay."balas asyraf.
"Terima kasih bro."balas dragon.
"Aku minta satu permintaan boleh?"soal dragon.
"Apadia?"soalan berbalas soalan.
"Aku nak join kumpulan kau dan boleh tak kau tolong aku untuk hapuskan kumpulan shadow?"pinta dragon.
"Boleh sangat la weh.Lagipun orang macam shadow ni tak patut hidup."balas asyraf.
"Macam mana dengan budak-budak kau?diorang terima ke kalau aku join korang?"soal dragon.
"Mestilah diorang terima lagipun delina kan bercinta dengan anak buah aku lepastu kau pulak abang delina.Budak-budak kau boleh je bergabung dengan budak-budak aku."balas asyraf.
"Terima kasih asyraf!"balas dragon.
"Dah jom kita pergi markas aku."ajak asyraf.
"Jom"balas dragon.
. . .
"Wah ada ahli baru nampaknya."jerit adam dengan suka.
"Ish kau ni cubalah sopan sikit depan abang ipar ni."tegur lucas.
"Itulah pasal kau ni pun nanti tak pasal-pasal kena reject haha!"andi mengertawakan adam.
"Amboi silap-silap kau yang kena reject dengan abang ipar nanti hahaha!"adam pula mengertawakan andi.
"Aku dah dapat greenlight dari abang ipar aku."ujar andi.
"Pembetulan ye encik andi,bakal abang ipar belum abang ipar lagi."sampuk asyraf.
"Hahaha padan muka kau."semakin kuat adam mengertawakan andi.
Andi yang bengang dengan tawa adam terus berjalan ke ruang tamu dengan menggunakan tongkat.
"Abang ni kan,kesianlah dekat dia."marah anis.
"Sayang, betul lah apa yang abang cakap dia dengan syaqira mana kahwin lagi."balas asyraf.
"Dia punyalah teruja cakap dekat adam yang dia dah dapat greenlight dari abang tiba-tiba abang cakap macam tu."balas anis.
"Betul lah apa yang abang cakap tadi tu sayang,dia belum layak lagi dapat gelaran adik ipar selagi dia tak dengan syaqira tak sah."asyraf menegakkan keadilan.
"Okay,awak menang lagi."balas anis.
"Sayang,marah dekat abang ke?"soal asyraf.
"Tak."balas anis.Dia mula menggendong adrian naik ke bilik.
"Apalah yang tak kena dengan bini aku sejak akhir-akhir ni selalu sangat ajak gaduh."bisik hati asyraf.
"Hah bro,welcome to the club!"ucap lucas.
"Yow!"sapa dragon dengan melagakan tangan mereka.
"Lepas ni rumah bujang makin meriahlah."sampuk adam.
"Betul betul betul!"sokong lucas dengan gaya upin ipin.
Alex yang mendengar nada lucas itu terus membuat muka menjengkilkan.
Syafiq pula hanya menggelengkan kepala.
Haris tak dapat datang ke rumah bujang kerana dia ada hal perlu diselesaikan.
. . .
Next misi untuk hapuskan shadow.
Tunggu next update okay❤️
YOU ARE READING
MRS ASYRAF ©
ActionANIS SYAZA,seorang yang lemah lembut,baik hati dan peramah.Hidupnya dari kecil lagi tidak pernah merasa kasih sayang dari ibu bapa.Kini,setelah dia dewasa dia bertekad untuk mencari ibu bapa kandungnya. ASYRAF FAHMI,seorang lelaki dingin dan panas b...