Bab 38

1.4K 46 3
                                        

"Adam,tolong aku boleh?"soal haris.

"Tolong apa tu?"soalan berbalas soalan.

"Tolong aku siasat latar belakang  kumpulan shadow."ujar haris.

"Boleh je,tapi bab godam-godam maklumat ni memang aku tak pandai."ujar adam dengan jujur.

"Kena minta tolong syafiq la ni?"soal haris.

"Nampak gayanya macam itulah."balas adam.

"Syafiq!"jerit haris.

"Apadia bangang?"soal dengan geram.

Mana tak geram tengah push rank mobile legend tiba-tiba orang menjerit nama dia.

"Aku nak minta tolong kau godam maklumat kumpulan shadow."ujar haris.

"Bila?"soal syafiq dengan dingin.

Memandangkan itu memang kerja dia,jadi tiada masalah lah kalau haris nak minta tolong dia.Tapi yang jadi masalahnya  bila kerja tu berkautan dengan kumpulan shadow.

Shadow itulah yang menjadi orang ketiga dalam rumah tangga dia dulu.Nasib dia sama saja seperti asyraf,bercinta an berkahwin dengan adik kepada musuh sendiri.Cuma yang bezanya asyraf tak jadi kahwin dengan delina.

"Kalau boleh sekarang pun tak apa."balas haris.

Takut haris dibuatnya apabila riak wajah  syafiq bertukar.

"Kau okay tak ni?"soal haris.

"Aku okay tapi tulah,aku anti sikit dengan diorang."balas syafiq.

"Tak apalah syafiq,benda dah lepas.Sekarang ni kau jangan campurkan hal kerja dengan hal peribadi."pesan haris.

"Okaylah,terima kasih atas nasihat kau.Em nanti kalau aku dah dapat maklumat pasal kumpulan tu aku bagitahu kau."balas syafiq.

"Okay."balas haris.

"Hah adam,aku rasa kau pun dah boleh mula siasat dah pasal kumpulan diorang.Aku nak kau intip diorang dan aku nak kau update dekat aku pasal diorang."arah haris.

Memandangkan kerja ini asyraf lepaskan segalanya kepada dia,jadi dialah yang harus aturkan strategi.

"Baik boss!"balas adam.

"Kepala bontot kau!"balas haris.

"Hahaha"terus mereka tiga ketawa.

. . .

"Ada apa-apa perkembangan tak pasal kumpulan shadow?"soal haris kepada adam.

"Untuk pengetahuan kau shadow selalu berjumpa dengan seorang perempuan ni tapi aku tak tahu apa hubungan perempuan tu dengan dia."ujar adam.

"Ada gambar?"soal haris.

"Nah!"adam memberi sekeping gambar kepada haris.

"Aku macam kenal perempuan ni."ujar haris dengan perlahan tetapi masih dapat didengari oleh adam.

"Siapa?"soal adam.

"Maksu aku."balas haris dengan senada.

"Kau tengok betul-betul weh!"balas adam.

"Muka penjahat macam ni tengok sekali pun orang tak akan boleh lupalah."balas haris dengan sinis.

"Sekarang ni kau nak buat apa?"soal adam.

"Kita tengok saja permainan diorang."balas haris.

"Aku harap kalini takkan ada penculikkan dah."ujar adam.

"Aku pun harap benda yang sama."sokong haris.

Sedang mereka melayan perasaan tiba-tiba pintu di rempuh.Terus mereka mengacukan pistol.

"Woi korang nak bunuh aku ke apa?"soal andi dengan jalan terjengkit-jengkit.

Terjegil biji mata dia bila adam dan haris mengacukan pistol dekat dia.

"Kau ni dah cacat-cacat pun kau nak minta kena tendang lagi."marah haris.

"Kau ni pun sengal betul,dibuatnya kitaorang tertembak kau tadi tak ke arwah namanya."marah adam.

"Sorrylah korang,aku saja nak melawat kawasan memandangkan kaki aku dah baik sikit ni."ujar andi.

"Kau ni pun cubalah sekali-sekala tu kalau kau nak masuk bilik orang ketuk pintu dulu atau lebih afdhal bagi salam kau kan islam."pesan adam dengan sedikit perlian.

"Adoi kau ni pun dah apahal serious sangat ni."soal andi.

"Kitaorang ingat rumah kena pecah sekali lagi."balas haris.

"Kenapa pulak kali ni?"soal andi.

"Kau tahu pasal shadow?"soal adam.

"Tak tahu,kenapa?"balas andi.

"Tak lama lagi kau kena berhadapan dengan kumpulan dioranglah."balas adam.

"Maksud kau?"soal andi.

"Syafiq bagitahu aku yang shadow tengah aturkan strategi untuk serang asyraf."terang haris.

"Siapa shadow tu?"soal andi.

Memandangkan sewaktu pergaduhan antara asyraf dan dragon haritu andi tiada jadi dia  tak tahu menahu langsung pasal shadow.

. . .

Siapa shadow sebenarnya?
Apa muslihat dia memporak perandakan hubungan asyraf dan dragon?
Apa hubungan shadow dengan maksu haris?

Dan soalan pun terhenti di situ,dipukul ombak angin yang berkicauan...

MRS ASYRAF ©Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang