BAB 22

2K 67 2
                                        

"Kamu dan Segala kenangan"

Keadaan di rumah asyraf sangat bersepah kerana perbuatannya sendiri.

"Aku bodoh!"jerit asyraf sambil menyerabutkan rambutnya.

Anak buahnya yang ada di situ terkaku kerana tidak tahu untuk buat apa.

Mereka nampak haris yang bawa anis keluar tapi mereka diarahkan supaya merahsiakan hal itu.

"Sayang abang minta maaf,jangan buat abang macam ni sayang.Tolonglah abang nak sayang."teriak asyraf sambil merenung gambar perkahwinannya.

"Sayang abang rindu sayang dengan anak kita kenapa sayang buat abang macam ni."semakin kuat tangisan asyraf.

Dia sedar dia telah buat kesilapan yang besar!

Nota kecil yang anis tinggalkan berserta gambarnya dan delina direnung.

Kemudian air matanya semakin lebat menurun.

. . .

Haris hanya memerhati tingkah adiknya yang pura-pura kuat itu.Macamlah dia tak tahu adiknya selalu menangis pada waktu malam.

"Adik!"panggil haris.

"Hm?"sahut anis.

"Sampai bila nak lari daripada dia?adik ingat semua ni akan selesai ke dengan cara adik larikan diri ni?"tanya haris.

"Abang ni kenapa?abang ingat anis suka-suka ke nak lari daripada dia?adik tak lupalah abang,apa yang dia dah buat dekat kami apa yang dia dah cakap dekat kami!dia yang minta adik pergi dia tak kisah pun pasal kami ni.Lagipun dia dah nak kahwin and dia dah ada anak dengan delina."anis memperlahankan ayat terakhirnya.

Sebak dia rasakan.

Terkelu haris dengan kata kata adiknya.

"Maksud adik?"tanya haris.

"Kelmarin delina datang rumah.Dia cerita semuanya dekat anis,dia dah mengaku yang dia dengan asyraf banyak kali terlanjur dan mereka nak kahwin nanti."sambungnya lagi.

"Ya allah adik!kenapa percaya cakap dia?abang kenal asyraf macam mana.Dia takkan buat semua tu."balas haris.

"Abang nak nafikan apa lagi?semua bukti dah ada."jerit anis.

"Kenapa anis jadi macam ni?percaya cakap orang luar berbanding suami adik."ujar haris dengan kecewa.

"Dia pun lebih kurang je lah!dia curang."balas anis.

"Abang kecewa dengan sikap adik!"Balas haris.

"What?abang kecewa dengan adik?memang,memang semua ni salah adik kan memang adik ni tak gunakan?abang pun sama dengan dia semua adik yang salah."balas anis sambil naik ke biliknya.

Puan aisyah yang baru turun itu hanya memerhati kepergiaan anaknya itu.

"Kenapa tu?"soalnya.

"Ego."balas haris.

"Siapa yang ego?haih macam-macam la kamu ni."balas puan aisyah.

"Adik tu la entah apa yang ada dalam kepala otak dia sampai sanggup tinggalkan suami sendiri."ngadu haris.

"Haris,anis tu mengandung.Emosi dia tak stabil lagi-lagi dengan apa yang jadi sekarang ni.Dia perlukan masa kita as family dia kena bagi semangat dekat dia.Mama taknak sebabkan hal ni kadungan dia terjejas."pesan puan aisyah.

"Tapi ni dah melampau dia nak jadi isteri derhaka ke hah?"balas haris.

"Kita taktahu apa yang dia lalui haris,kita tak tahu apa yang dia rasa sekarang ni!mama merayu sangat haris jangan tambahkan lagi beban dekat dia."rayu puan aisyah.

"Haih,susahlah macam ni."dengus haris dan mencapai kunci keretanya untuk keluar.

Puan aisyah menggelengkan kepalanya.

"Yang sorang macam tu yang sorang macam ni haih nasib lah aku sayang anak."desis hati puan aisyah.

. . .

Habis semua barang dalam bilik dilemparnya geram kerana tiada siapa faham hatinya.perut diusap.

"Maafkan mama sayang."ujarnya sayu.

"Mama gagal kawal perasaan mama sampai anak mama terkejut hm..."

Baby menendang perut anis.
Huhu baby pun faham perasaan mama.

"Walaupun dia buang kita sayang,dia tetap papa awak.Jangan benci dia okay?biar mama je benci dia."ujar anis.

"Mama harap awak dapat lindung mama bila awak besar nanti.Mama janji mama akan jadi yang terbaik buat awak.Mama akan jadi papa dan juga mama untuk awak."ujarnya sayu.

"Mama janji sayang."ujar anis sambil menangis.

Dia teringat kenangan dia dan asyraf masa dia mula mula mengandung dulu..

Flashback

"Awak saya nak makan kimchi la."ujarnya.

"Esok-esok je la sayang.Sekarang dah malam mana nak cari kimchi awak tu."balas asyraf.

"Alaa nak jugak!nak jugak!"ujar anis sambil menghentak hentakkan kakinya.

"Ya allah kenapa mengada sangat ni."balas asyraf.

"Alaa please la baby yang nak makan kesian dia lapar hm."balas anis.

"Eh anak pula dituduhnya."balas asyraf dan menyambung main game.

"Hish tak boleh jadi ni,kena guna cara lain."bisik hati anis.

"Hm takpa la baby,papa tak sayang kita la tu.Hm takpa la nanti sayang keluar jangan meleleh air liur tau.Kot kot la meleleh sebab tak dapat makan kimchi."ujar anis sambil mengusap perutnya.

Asyraf menutup handphonenya.mata memandang wajah si isteri.

"Sayang ni memang kan!suka cakap macam tu.Macamlah abang tak tahu yang sayang nak umpan abang."balas asyraf.

"Em..."balas anis pura pura merajuk.

"Ish yelah-yelah abang suruh anak buah abang beli barang lepastu kita buat kejap lagi."balas asyraf.

"Betul?"anis meminta kepastian.

"Ye."balas asyraf.

"Yeay!"jerit anis suka.

End flashback

Air mata anis semakin lebat bila mengingati semua kenangannya dengan asyraf.

"Awak tipu saya asyraf!awak tipu."jerit anis.

"Sampai hati awak."sambungnya lagi dan mula melelapkan mata.

Dia penat.

Penat menangis.

MRS ASYRAF ©Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang