Kelihatan 4 orang lelaki yang berbadan tegap tumpas setelah ditembak oleh syafiq dah andi menggunakan pistol laser.
"Boss,kawasan luar dah selamat.Boss boleh masuk guna pintu depan dan kumpulan B korang masuk pintu belakang sebab belah belakang tak ramai."ujar Andi.
"Okay,pastikan kawasan depan betul-betul selamat waktu kami masuk nanti."pesan asyraf.
"Beres boss!"balas andi.
Tiba di hadapan pintu utama asyraf mengarahkan anak buahnya untuk berpecah.
"Amsyar,hadi ikut aku naik atas.Paan dan chot jaga bawah pastikan tak ada seorang pun anak buah dia terlepas."pesan asyraf dengan tegas.
Dush!
Terhenti langkah asyraf dan anak buahnya apabila bunyi pintu dirempuh.
"Woi bodoh!buat kerja jangan bagi kantoi."marah asyraf.
"Alah,tadi pintu ni nak buka susah so aku tendang saja kan senang."balas haris dengan selamba.
"Kepala otak kau,kalau kantoi tak ke naya nanti."marah asyraf lagi.
"Okay-okay sorry la boss saya betul-betul tak sengaja tadi."pujuk haris.
"Woi korang nak memekak ke korang nak lawan sekarang ni?"sampuk andi.
"Hah dah-dah jom sambung."balas asyraf.
Haris memulakan langkah untuk pergi ke hadapan tetapi dihalang oleh asyraf.
"Woi bahlol,kau nak pergi mana?"soal asyraf seakan berbisik.
"Nak check sebelah depan la."balas haris.
"Tak payah!kau dengan adrian ikut aku,thot dengan alep korang ikut budak dua orang ni jaga dekat bawah."arah asyraf.
"Baik boss."balas mereka.
Di tingkat dua asyraf mengarahkan kumpulannya berpecah sekali lagi.
"Haris ikut aku,korang berempat jaga sini."arahnya dengan suara yang berbisik.
"Okay boss."balas anak buahnya yang turut berbisik.
Langkah demi langkah akhirnya asyraf jumpa satu bilik yang di awasi oleh 2 orang anak buah dragon.
Tanpa banyak cakap asyraf dan haris terus melepaskan tembakkan kepada mereka berdua.
Akhirnya 2 lagi anak buah dragon tumpas.
. . .
Bunyi tembakkan di luar menyentakkan dragon dan juga 2 gadis itu."Wah,nampaknya hero korang dah sampai."ujar dragon dengan sinis.
"Kau jangan apa-apa kan dia la bangsat!"marah delina apabila dragon mula mendekati anis.
"Eh mana ada aku nak apa-apakan dia,aku cuma nak...nak usik dia sikit ja."balas dragon dan mula mencekik anis.
"Ergh...lepaslah!"rayu anis dengan suara yang tersekat-sekat.
Bum!
Pintu bilik itu dirempuh oleh asyraf.
Terkejut asyraf apabila melihat isterinya dicekik oleh dragon.
"Kau lepaskan isteri aku la bangsat!"amuk asyraf.
"Okay boleh,Tapi..."dragon melepaskan anis.
Anis terus disambut oleh haris.
"Tapi bolehkan aku bunuh perempuan ni?"soal dragon sambil mengacukan pistol di kepala delina.
"Kau jangan buat kerja gila dragon!tu adik kandung kau la gila."jerit asyraf.
"Aku kisah apa janji aku puas!"balas dragon.
"Kau ni memang bangsat!"terus asyraf menepis pistol di tangan dragon.
Delina terus di tarik oleh adam,macam mana adam boleh ada dekat situ?
Dia lari dari tugas dia semata-mata nak selamatkan delina.Nak jadi hero.
Kumpulan C dan kumpulan D diarahkan untuk menjaga rumah kedua-dua orang tua asyraf dan anis.Dan salah seorangnya adalah adam.
"Kau ni kan,dengan adik sendiri pun nak berdendam dengan adik sendiri pun kau tak ada sifat kasih sayang.Abang jenis apa kau ni?"soal asyraf sambil menumbuk dragon bertubi-tubi.
"Dia adik tak guna!"balas dragon dan mula menyerang asyraf kembali.
Dush dush dush!
Dia menumbuk asyraf bertubi-tubi.
"Huh hero konon!kena tumbuk sikit dah lembik."ejek dragon.
Asyraf yang mendengar ejekkan dragon itu mula bangun dari tempatnya dan menumbuk dragon.
"Ni untuk balas balik apa yang kau dah buat pada aku.Ni pula untuk balas balik apa yang kau dah buat pada keluarga aku.Dan ni pula untuk kau yang tak berhati perut!"ditumbuknya muka dragon bertubi-tubi.
"Untuk pengetahuan kau bukan aku yang bunuh mak bapak kau,tapi kumpulan shadow yang buat semua itu.Ini semua kerana dendam kumpulan shadow dengan keluarga kau.Bukti yang kau jumpa tu hanyalah perangkap diorang untuk buat kau jadi bodoh,bodoh sampai macam ni."terang asyraf sambil memandang dragon yang sudah terkulai lemah.
"Kau tipu!"balas dragon.
"Terpulang pada kau,kalau kau nak percaya kau percaya kalau kau taknak teruskanlah dengan dendam kau ni,tapi jangan sesekali kau babitkan keluarga aku terutamanya isteri aku faham?"ujar asyraf.
"Kau ingat kau boleh terlepas ke hah?"soal dragon dengan sinis.
"Sekarang ni aku atau kau yang terkulai?"soal asyraf kembali dengan sinis.
Dragon terpandang pistol yang berhampiran dengannya.Terukirlah senyuman sinis di bibirnya.
Mata di tumpu kepada asyraf yang membelakanginya dan akhirnya dia melepaskan tembakkan.
Bang bang bang!
3 kali tembakkan di lepaskan oleh dragon namun tembakkan tersebut tidak sempat terkena kepada asyraf kerana dihalang oleh seseorang.
"Andi!"jerit haris.
Ya orang itu adalah andi.
"Kau..."asyraf mula mendekati dragon dengan mata yang merah.
Buk buk buk!
Ditumbuknya dragon bertubi-tubi.Habis darah tersembur dari mulut dragon.
"Kenapa kau susah sangat nak faham hah?aku cakap bukan aku yang bunuh maksudnya bukanlah bangsat!"amuk asyraf.
"Sudahlah asyraf,jangan bunuh dia.Saya merayu sangat dekat awak jangan bunuh abang saya."rayu delina dan mula menahan asyraf dari terus memukul dragon.
"Dia memang layak mati!"jerit asyraf.
"Tolonglah!"rayu delina lagi.
"Okay kali ni mungkin kau terlepas tapi lepasni kalau kau kacau keluarga aku lagi...aku takkan teragak-agak nak bunuh kau dengan tangan aku sendiri."asyraf memberi amaran.
"Jom kita pergi hospital."arah asyraf.
"Bertahanlah andi!"gumam haris sambil mengangkat andi.
Gaya hero dukung heroin.
"Haris,kalau jadi apa-apa dekat aku nanti kau tolong bagitahu dekat syaqira yang aku betul-betul sayangkan dia."sempat andi memberi pesanan.
"Kau ni kan dah nak mampus pun nak buat aku gelak lagi."balas haris dengan geram.
Kawan baik aku kena tembak woi!
"Anggaplah ni pesanan terakhir aku."ujar andi.
Asyraf di sebelah hanya dapat tahan ketawa agar tidak meletus.
Bukan apa yang kena tembaknya kaki bukan dada!
Nak mati apanya?
"Kau ni over betul!kau tu kena tembak dekat kaki bukannya dekat dada!"sampuk asyraf.
"Aku dah nak mati ni..."andi pura-pura pengsan.
"Bodoh betul sengal ni."ujar haris.
"Kawan kau la tuh!"balas asyraf.
YOU ARE READING
MRS ASYRAF ©
AzioneANIS SYAZA,seorang yang lemah lembut,baik hati dan peramah.Hidupnya dari kecil lagi tidak pernah merasa kasih sayang dari ibu bapa.Kini,setelah dia dewasa dia bertekad untuk mencari ibu bapa kandungnya. ASYRAF FAHMI,seorang lelaki dingin dan panas b...