"Apa rancangan kau sekarang ni?"soal puan maria kepada shadow.
"Aku nak hapuskan semua keterunan bangsat tu!"ujar shadow dengan penuh kemarahan.
"Ikut suka kau lah selagi kau tak kacau aku selagi tu aku tak akan halang kau nak buat apa sekali pun."balas puan maria malas-malas.
"Kalau aku tahu kau pecah rahsia ni siap kau nanti aku kerjakan."shadow memberi amaran.
Puan Maria terkaku...
"Aku masih waras lagilah gila!"bentak puan maria.Padahal dalam hati meronta-ronta untuk lari dari shadow sekarang ni.
"Manalah tahu kau tiba-tiba nak jadi penyelamat dalam rumah tangga anak menakan kau."ujar shadow dengan sinis.
"Kau ingat aku bodoh ke maria?huh sebelum kau nak buat apa-apa cuba kau fikir balik siapa yang kutip kau dari cengkaman suami gila kau tu,aku kan?aku harap kau tak lupalah jasa baik aku ni."pesan shadow.
"Apa kau cuba sampaikan ni hah?"soal Puan maria.
"Kau tahu apa yang kau telah buat."balas shadow dan terus meninggalkan puan maria sendirian.
"Jangan cakap dia tahu yang aku jumpa kak aisyah!"soal puan maria di dalam hati.
[Flashback]
Dengan penuh kekuatan maria keluar dari perut keretanya.Dengan penuh pengharapan dia memberi salam dan menekan loceng di luar rumah banglow 2 tingkat itu.
Setelah 2 kali bagi salam akhirnya pintu pagar itu terbuka dengan luas.
Terkejut puan aisyah dengan kedatangan adiknya itu.
"Kau mimpi apa datang sini?"soal puan aisyah dengan sinis.
"Aku nak minta maaf dengan kau,aku harap kau boleh maafkan aku."ujar puan maria.
"Dengan apa yang kau dah buat sebelum ni,kau ingat senang ke aku nak maafkan kau?"soal puan aisyah dengan sinis.
"Kak aisyah tolonglah,kalau kau taknak maafkan aku pun tak apa asalkan kau percaya dengan apa yang aku nak cakap nanti."pinta puan maria.
"Kau nak menipu apa pula kali ni?"soal puan aisyah.
"Keselamatan keluarga kau terancam sekarang ni."ujar puan maria.
"Shadow dah mulakan misi dia untuk hapuskan kau sekeluarga terutamanya anis dan asyraf."sambungnya lagi.
"Maksud kau?"soal puan aisyah.
"Shadow nak balas dendam dan kali ini rancangan dia sangat berbahaya,dia nak bunuh asyraf dan anis."terang puan maria.
Terkaku puan aisyah dengar pesanan adiknya itu.
"Kau tak tipu aku kan?"soal puan aisyah.
"Aku tahu aku pernah ada niat nak musnahkan kau sekeluarga tapi aku tak teruskan rancangan aku itu sebab aku masih ada sifat perikemanusiaan.Lepas aku dapat tahu shadow nak balas dendam aku tak akan duduk diam lagi-lagi anis tu anak menakan aku."ujar puan maria dengan sayu.
"Tolonglah percaya aku buat kali ini,demi keselamatan kau sekeluarga."rayu puan maria.
"Baiklah aku akan bagitahu kepada asyraf tetang hal ini."balas puan aisyah.
"Aku balik dulu."pinta puan maria dan masuk ke dalam kereta.
Puan aisyah memandang sepi kepergiaan adiknya.
"Kenapa baru sekarang shadow?"soal puan aisyah sendirian.
Dia telah tahu kisah kematian amran kerana dikhianati oleh kawan baik semdiri iaitu shadow.Sedikit sebanyak pasal shadow dia telah tahu.Sekarang ni anak dia kahwin dengan Asyraf merangkap anak kepada musuh shadow ini bermakna anis betul-betul dalam bahaya.
[End flashback]
"Arghh matilah aku kalau dia dapat tahu pasal petang tadi."gumam maria sendirian.
. . .
"Apa yang orang tua ni tak puas hati hah?"jerit asyraf.
Kalau dulu dia tak mampu buat apa-apa ketika ayahnya mati,kini dia tidak akan berdiam diri sekiranya ia melibatkan keluarga dia sekali lagi.
"Sabar asyraf,kita bincang dulu apa yang kita perlu lakukan buat masa sekarang ni."Tuan shahmi menenangkan menantunya.
"Betul tu asyraf,mama pun tengah takut sekarang ni.Shadow tu kalau dia nak buat sesuatu benda tu bila-bila ja dia boleh dapatkan termasuklah nak serang keluarga kita."sampuk puan syifa.
"Sekarang ni asy nak kita semua tinggal di rumah haris."arah asyraf.
"Aik kenapa rumah aku pula?"soal haris.
"Amboi takkan kau nak berkira dengan family sendiri?"soal asyraf.
"Bukan berkira tapi rumah tu kan tak siap lagi."jawab haris jujur.
"Hahaha kau ni asal nak menggelabah sangat aku gurau je la."seronok asyraf tengok muka cuak haris.
"Ish abang ni boleh pula dia melawak waktu-waktu macam ni."marah anis.
"Ye la abang nak gurau je."balas asyraf.
"Okay okay ni betul,asyraf nak kita semua duduk dekat rumah asyraf sebab senang apa-apa yang berlaku boleh dikawal nanti."terang asyraf.
"Andi ada sekali?"soal syaqira.
"Andi duduk rumah dioranglah!"sampuk haris.
"Tahulah tak boleh berjauhan pun."usik puan syifa.
"Amboi kau,tahulah dah anggau tunggulah halal baru dia duduk serumah dengan kita."usik anis.
"Hahahaha"terus merah muka syaqira apabila dia kena usik sebegitu.
"Aku tanya je pun..."gumam syaqira sendirian.
. . .
YOU ARE READING
MRS ASYRAF ©
ActionANIS SYAZA,seorang yang lemah lembut,baik hati dan peramah.Hidupnya dari kecil lagi tidak pernah merasa kasih sayang dari ibu bapa.Kini,setelah dia dewasa dia bertekad untuk mencari ibu bapa kandungnya. ASYRAF FAHMI,seorang lelaki dingin dan panas b...