DUNIA INI di mana namanya DisPlayer World (DPW), dan dunia luar pula yang DPW akan mention sebagai IRL (In Real Life). Pendek nama, orang akan turut menamakan Another World (AW) juga untuk IRL.
"Tahu tujuan adanya DPW?" Jijoo menyoal sambil melihat dalam ke anak mata Yui. Mengangguk. "Very much so." Dia menggaru tengkuk yang tak gatal. "Selain untuk escaping dari kenyataan, kita pilih untuk buat apa yang kita suka kat sini."
"Well said," Jijoo mengiakan. "Kita semua tahu yang.. dunia ni macam dunia yang kedua kita live through..."
"Oh, lagipun saya bukan orang baru untuk dunia ni. Dah exposed daripada 2 tahun yang lalu. It's my comeback." Jijoo terhenti dengan penjelasannya seketika pada kenyataan itu.
Lepastu boleh pula dia tepuk bahu aku, terkejut tau!
"La, kenapa tak cakap awal-awal.! Aha," dia mengoyak sengih sumbing. "Patut macam pernah nampak!"
"Ye ke?!" Mata Yui seakan bersinar. Kebetulan nak mencari kawan lama, kan.
"Tak." Sepatah kembali dibalas Jijoo, sengaja mengusik. "By the way, quite a long hiatus eh? Things might already changed from time to time. What's the reason for such a comeback la?" Jijoo menyoal gaya macam kawan sendiri yang dah lama menghilang baru datang balik. Tenang dan bersahaja.
"Takde special reason to begin with. Escaping." Jijoo menepuk tangan tiba-tiba. "OK! Macam yang aku kata tadi, things might get changed, so jom buat tour." Ajaknya." Class to class, building to building..."
Itu yang masuk kelas lambat dah nak pukul 3 petang baru tunjuk muka.
Kelas 4 huh, undeclared major. Nantilah aku fikirkan major apa nak bawa. Mungkin Psychology? Art?
"Tapi Yui, you can run but you cannot hide."
"Quite a quote huh, moderator." Ujarnya, senyum senget. "I ain't a moderator for nothing."
Yelah tu, dah macam bunyi cikgu kaunseling. Tangan laju mencapai ballpen, menulis sesuatu di atas sticky note itu. Dan dunia ni juga tempat sesetengah orang dapat luahkan apa yang terbuku di hati yang tak terluah di AW, lebih kurang macam socmed! Yes. Apa phrase yang best nak terangkan?
Bukan hanya dapat meluah melulu, tapi yang ini jadi lebih... person by person? Pada orang yang lebih considerate walau tak kenal satu sama lain di AW. Smooth and sweet talking untuk memahami orang. Which is very very typical, typical Private World, nama lain bagi DisPlayer World.
Memang terasa hidup.
Dia menghela nafas perlahan. Fake world with real feelings, eh.Tak sangka kenyataan tu memang wujud. Dan bercakap mengenai Yukei yang dia memang kenal disebabkan pangkat moderator Yukei tu. Setakat kenal dari jauh, yela. Lama juga orang kuat tu berkhidmat dekat dunia ni. Ceh, orang kuat. Fasal Qari... Qari sounds familiar. Mungkin sebab nama dia. Hiqari.
Yui, apa lagi. Stalk-time-group! Yang paling senang dan paling mudah nak stalk, moderator dengan admin. Kalau orang nak tahu. Tapi ini memang part of rutin dia sendiri pun?
Nama penuh ; Hiqari
Preferable name ; Qari
Position ; Moderator of group B
Aktif daripada 2009-2014
YOU ARE READING
Displayer; Delinquent
RandomSerasa hidup ini seperti di dua dunia yang berbeza Dunia nyata(AW); dunia maya(DPW). Bukan sekadar dunia khayalan semata seperti yang dikisahkan drama sinetron 'Dunia Khayalan'. Kami digelar avatar, it's too complicated untuk membiarkan orang memaha...