DIA MENAIKKAN SEBELAH kening. "What's with here?"
"Jom join kita orang, mama." Lengan Yui ditarik-tarik dek seseorang. Lekas dia berpaling sekilas pada Aleeza yang juga tengah mendukung seekor anak kucing. Dia melutut menghadap Aleeza, memaut kedua bahunya.
"Mama, join kita orang." Aleeza didakap dalam pelukan. Rindunya dengan budak yang seorang itu. Dia sedar dah berapa lama tak tengokkan Aleeza. Asyik-asyik suruh Arata tengokkan. "I'm sorry." Antara terkeluar dan tidak sahaja suaranya.
Arata yang melihat tersenyum dengan pandangan redup.
"Mama."
Dia meleraikan pelukan, sedikit mengesat matanya. Habuk ni pun. "Darl. Ni bukan anak Rubi ke?" Dia mengusap-usap si anak kucing tu.
"Haah mama. Hehe," Yui mula berdiri, menghala pandangan ke arah Arata yang asyik sahaja memerhati jejak kasih dia dan Aleeza tu. Senyum sorang-sorang pula tu.
Yui menggenggam tangan Aleeza sambil mereka berdua menapak mendekati bangku itu. Dia melabuhkan punggung di atas bangku dengan Aleeza duduk di atas ribanya. "Senyum sorang-sorang makruh,"
"Mana lah senyum sorang-sorang." Kalau senyum sorang aku takkan senyum depan dia tu.
"Kenapa ni, Arata?" Yui sedikit mencondongkan kepala ke kanan memandang Aleeza pula. "Aleeza nak jumpa mama ye?"
"Dada nak bacakan kita satu kisah!"
"Kisah?" Sekilas Arata di sebelah dipandang.
Arata sekadar mengangguk dengan sebuah buku di tangan. Agak klasik muka depan buku, bertajuk 'SIRAH NABI MUHAMMAD S.A.W. PENGAJARAN & PEDOMAN oleh Dr. Mustafa as-Syibaie'.
Yui sekadar mengukir senyum nipis segaris, bersilih ganti memandang pada buku dan Arata. "Nabi Muhammad. Rasulullah pernah rasa sangat sedih, kecewa, kerana baginda juga adalah seorang manusia. Manusia biasa sahaja..."
Pernah satu ketika Allah tidak menurunkan apa-apa wahyu kepada baginda. Pada waktu itulah, orang ramai sudah berasa sangsi mengenai kerasulan baginda. Orang mula menuduh yang bukan-bukan kepada Nabi dan baginda sangat sedih.
Di saat kekecewaan itulah, Allah turunkan ayat dari Surah Ad-Dhuha yang ternyata memberikan mesej yang sangat besar bukan hanya kepada Nabi, namun kepada kita juga. Ia adalah suatu pesanan yang diberikan Allah kepada orang yang sedang bersedih dan kecewa.
By the morning brightness
And [by] the night when it covers with darkness,
Your Lord has not taken leave of you, [O Muhammad], nor has He detested [you].
And the Hereafter is better for you than the first [life].
And your Lord is going to give you, and you will be satisfied.
Did He not find you an orphan and give [you] refuge?
And He found you lost and guided [you],
And He found you poor and made [you] self-sufficient.
So as for the orphan, do not oppress [him].
And as for the petitioner, do not repel [him].
But as for the favor of your Lord, report [it].
"Yui?"
"Hm?"
"Tahu tak, kalau Arata sedih, dalam banyak-banyak ayat Al-Quran, ada tiga belas ayat yang selalu Arata suka recite."
Wallahu. "Tell me some,"
Senyum. "Surah Al-Baqarah ayat 153, 'Sesungguhnya, aku bersama orang-orang yang sabar.'"
P/S; do vote and leave feedback!
YOU ARE READING
Displayer; Delinquent
RandomSerasa hidup ini seperti di dua dunia yang berbeza Dunia nyata(AW); dunia maya(DPW). Bukan sekadar dunia khayalan semata seperti yang dikisahkan drama sinetron 'Dunia Khayalan'. Kami digelar avatar, it's too complicated untuk membiarkan orang memaha...