"EH ADAM!"
Langkah kaki yang nak berpatah balik keluar daripada Waffle Way tu terbantut. Orang keliling mula menumpu ke arah mereka.
Aku kan, haih.
Dia memalingkan wajah pada Ei, memberikan senyuman maut. "Sini lah!" Senyuman mautnya langsung tidak dihiraukan. Langkah yang lambat dipaksa menghampiri Yukei, duduk berhadapan dengan mereka berdua.
Qari yang daripada tadi fokus pada report mengangkat wajah, tersenyum kecil pada Adam. Senyum itu juga dibalas dengan kekok sambil dia memerhati pada bahu Qari dan Yukei yang bila-bila masa aje boleh berlaga tu. Yang tiba-tiba jadi 'tak sengaja' nanti. "Dekat sangat tu." Gumamnya rendah sambil mata melirik pada bahu mereka berdua.
"Apa dekat?" Sudah gaharu, cendana pula. Dah tahu, lagi mau tanya? Takingat peribahasa tu. Dia menggeleng kepala. "Takde apa." Dia meneguk sedikit mug ice lemon tea kepunyaan Ei.
Sejak bila pulak budak ni pandai minum ice lemon tea? "Kau mabuk! Jangan minum lah!" Adam minum ice lemon tea?! Tubukan Adam! "Aku dilarang minum pulak sekarang ni?" Wah. Ditolaknya mug tu jauh-jauh.
"Kau tak termuntah?" Hairan tu.
Dia menundukkan wajah seketika. "Harini je." Lagipun seteguk je aku minum.
Qari sedikit mengundur badan ke belakang. Yukei yang masih fokus pada kertas di tangan pula bergerak sedikit ke depan membuatkan lengan mereka berdua berlaga. "Oh sorry." Ei spontan meminta maaf. Terlalu fokus gitu.
"Aku nak ke tandas." Tutur Qari seraya bangun berlalu pergi. Tinggallah Yukei dan Adam sementara di meja. "Kau ni gila, Ei." Lambat-lambat dia mengangkat wajah memandang Adam yang bengang semacam. "Whatta,"
"Qari kan ada nak teman kau yang buang tabiat ajak aku lepak... lepak?" Sinis pula dia mengatakan.
Ni mesti mood swing fasal Yui lah pun. Dia cuba untuk hanya tertawa, plastik sungguh rasa. Ei dijeling dengan hujung mata. Ada ke... yang dengan perempuan dia lepak tu dah lah... ex aku.! Dari tadi jugalah aku duk fikir mana nak letak muka... mana nak letak muka... pft.
"Perkara yang lepas tu usah dikenang, kan." Riak wajah Ei tenang tak berkocak menuturkan sambil dia tersengih sumbing pada Adam.
"Yo." Mereka berdua serentak mendongak kepala. "...Yui! Lambat?"
"Haah."
Dia lekas memandang Ei. "Kau memang nak bawa geng kau masuk Waffle Way, kan Ei."
"Eh engkau." Engkau orang lah yang gaduh tak tentu fasal! Hah, now amik! Make up kau orang dua!" Tengok lepas ni siapa yang masuk."
"Dah. Kau orang dua je. Duduk lah Yuy. Sebelah Adam," Yui sedikit mengerutkan dahi mengambil tempat duduk di sebelah Adam. Penat berbahasa dengan orang yang tak faham bahasa. It's Yui? Bukan Yuy! Dia dan Adam hanya menyepi sahaja.
"Aku tak kacau kau, Yui?"
"Bitte. No." Geleng. Main speaking Germany wei, Yukei mendesis dalam hati.
"Aye siapakah gerangan yang berhud?" Qari dah ke tempat duduknya kembali. "Yui.. chi." Senyum nipis.
Lambat-lambat Qari mengangkatkan kening sebelah. "Yu...?"
"Yu-wi." Senyum lagi. Qari mengangguk kepala. "I see." Yui's first impression; strange! "Hmmmm, Erika tak jadi datang pulak." Dia menggaru kepala yang tak gatal.
YOU ARE READING
Displayer; Delinquent
عشوائيSerasa hidup ini seperti di dua dunia yang berbeza Dunia nyata(AW); dunia maya(DPW). Bukan sekadar dunia khayalan semata seperti yang dikisahkan drama sinetron 'Dunia Khayalan'. Kami digelar avatar, it's too complicated untuk membiarkan orang memaha...