Chap 2

1.1K 111 12
                                    

"Atok? Tok Aba..! Mana atok ni? "

Kelihatan seorang pemuda yang sepertinya baru sahaja pulang dari tempat kerjanya sedang berjalan di sekitar rumahnya. Matanya melilau mencari kelibat seorang lelaki tua yang sedang berada di dalam fikirannya iaitu atoknya, Tok Aba.

"Atok ada dekat sini, Gempa! "

Pemilik suara orang yang dicarinya kedengaran. Lalu, tanpa membuang masa lagi, lelaki bernama Gempa itu pun terus berjalan mendekati punca suara tadi.

•°•°•

"Ha, sini pun Tok Aba! Apa yang atok buat dekat sini? "

Gempa mendekati atoknya yang sedang duduk di bawah sebuah pondok laman rumah yang menghadap ke arah sebuah kolam ikan. Atoknya, iaitu Tok Aba berpaling ke arah cucunya sambil tangannya sedang memberikan umpan kepada ikan peliharaan di dalam kolam tersebut.

"Ni, tengah beri ikan makan. Atok pun takde nak buat apa sangat jadi atok datanglah ke sini. Kamu baru balik dari hospital ke? "

"Ha'a, tok. "

Gempa berjalan mendekati atoknya.

"Macam mana dengan kerja kamu? Banyak pesakit hari ni? "

"Hmm.. Biasa-biasa je, tok. Lagipun kerja Gempa kan jadi pakar psikologi je. Bukannya doktor biasa pun. Jadi pesakit tak terlalu ramai sangat... "

"Macam mana pula boleh tak ramai? Kan ramai je zaman sekarang manusia mengalami masalah kemurungan? "

"Memang pun. Tapi entahlah, tok. Mungkin diorang masih tak sedar bahawa ada di kalangan mereka sedang menuju ke lembah kemurungan. Mungkin sebab itu mereka tak segera datang mendapatkan rawatan. Tapi takpe... Kalau diorang bersedia datang untuk dapatkan rawatan, Gempa sedia untuk membantu mereka. "

Tok Aba tersenyum bangga ke arah cucunya.

"Baguslah cucu atok ni. Berbanding menjadi doktor yang merawat penyakit, kamu lebih ingin membantu merawat masalah di dalam diri mereka. "

Gempa mengangguk setuju. Sebenarnya sebelum ini dia pernah terfikir untuk menjadi seorang doktor pakar bedah. Tetapi cita-citanya berubah sebaik sahaja dia pernah mengalami kemurungan suatu ketika dahulu. Dan oleh kerana ibubapanya sempat membawanya ke pakar psikologi, Gempa berjaya ceria semula dan dia juga membuat keputusan untuk menjadi pakar psikologi juga kerana baginya menjadi seseorang yang faham akan keadaan orang itu lebih sesuai untuknya.

Gempa merupakan seorang pendengar yang baik dan dia sentiasa berfikir sebelum berkata-kata mahupun membuat keputusan. Jadi, tidak hairanlah keluarganya hanya membiarkan sahaja apa yang ingin Gempa lakukan kerana mereka percaya, Gempa mempunyai rancangan tersendiri dalam apa yang sedang dia lakukan.

Ditambah pula Gempa pernah mempunyai kemurungan suatu ketika dahulu kerana tertekan dengan belajar dan keadaan sekeliling. Jadi keluarganya tidak mahu Gempa menjadi seperti dahulu. Biarlah apa yang ingin Gempa lakukan itu terus sahaja dilakukannya. Asalkan ia tidak membawa ke arah keburukan.

"Atok dah makan? "

"Dah. Atok makan roti dan kopi je tadi. "

Gempa mengangguk faham. Dia pun mula terfikirkan tentang keadaan Tok Aba. Entah kenapa sejak dua menjak ini dia perasan yang atoknya seperti mula bertingkah aneh. Terutama dalam bab makan. Tik Aba nampak seperti kurang selera sekali untuk makan. Gempa, yang mudah mengenali sifat seseorang itu sudah tentu akan tertanya-tanya akannya.

Love Me Like You Do [C]Where stories live. Discover now