Chap 65

829 81 16
                                    

Gempa tidak pernah sangka bahawa baru sahaja sebentar tadi dia dan Halilintar sedang seronok menikmati suasana bahagia mereka, namun tiba-tiba mereka dipanggil untuk ke penjara. Bukan kerana Halilintar ataupun Gempa telah melakukan kesalahan. Namun ia adalah untuk keterangan lebih lanjut tentang pertuduhan ke atas Fang dan Ying.

"Seperti yang saya cakap tadi, tuan. Sekiranya ada bukti yang kukuh, kami tidak perlu panggil tuan ke sini. "

"Dan seperti yang aku dah cakap tadi Encik Tak Kisahlah Nama Kau Apapun, aku adalah mangsa kejadian. Seluruh badan aku dah dapat luka daripada kekejaman setan-setan berdua tu! "

"Adakah tuan yakin bahawa itu adalah kerja mereka? Atau tuan sendiri yang mencederakan diri sendiri? "

"What the hell? Kau ingat mendera diri sendiri tu best ke? Kau ingat orang waras macam aku tak kenal erti kata sakit? Hoho, kau nak cuba rasa tak? Sebab aku tengok kau macam tak pernah rasa macam mana. "

Halilintar memberikan jelingan tajam ke arah inspektor di hadapan mereka yang kini sedang melakukan soal jawab bersama. Walaupun dari pandangan jauh mereka kelihatan biasa-biasa sahaja, namun sekiranya mereka berada dekat dan dengan tentang perbualan mereka berdua (seperti Gempa) pasti akan terasa begitu menyeramkan keadaan itu.

"Tuan Halilintar. Kami tidak bermaksud untuk membawa perbincangan ini ke arah pergaduhan. Kami hanya menjalankan tugas kami sahaja. "

"Dan kau ingat aku tengah bawa benda ni ke arah pergaduhan ke? Eh, aku tengah rileks je ni. Ada nampak aku angkat tangan? Ada nampak aku bawa senjata aku geng pengganas untuk pukul kau? Takde kan? "

Inspektor di hadapan Halilintar dan Gempa hanya merenung tajam ke arah selebriti terkenal itu. Walaupun wajahnya kelihatan tenang, tapi Gempa yang melihat segalanya amat yakin bahawa lelaki beruniform polis dan bermisai tebal itu sedang menyumpah seranah kepada suaminya.

"Uuhh... Tuan Inspektor. Maafkan suami saya di atas kekerasan kata-katanya. Saya rasa dia agak terasa dengan soalan tuan kerana dia adalah salah satunya mangsa yang menjadi bahan deraan daripada abang tiri dan kekasihnya sendiri.

Tapi untuk soalan tuan, sekiranya tuan menginginkan bukti, saya ada pasang alat penjejak pada kedua baju suami saya dan abang tirinya pada waktu itu.

Selain itu, saya juga ada terlibat sama dalam kejadian menyelamatkan suami saya. Saya juga ada membawa saksi-saksi iaitu sepupu saya dan manager suami saya. Dan untuk menyakinkan tuan juga bahawa suami saya adalah mangsa yang sebenar, tuan boleh lihat pada kedua belah pergelangan tangan dia dan belakang badannya. Di pergelangan tangannya ini.. "

Gempa meraih tangan Halilintar lalu menunjukkannya ke hadapan inspektor tadi. Jari telunjuk Gempa menunjukkan ke arah bekas lingkaran merah yang nampak seperti digari oleh sesuatu yang amat mencengkam pada pergelangan tangan Halilintar.

"..ada bekas dan kesan suami saya digari. Di belakangnya juga terdapat kesan suami saya dipukul dengan cemeti. Pada badannya juga terdapat kesan pukulan dan tikaman yang kecil seperti pisau dan besi ataupun pemukul besbol.

Dan jika Tuan Inspektor mengesyaki bahawa suami saya ingin mencederakan dirinya sendiri, sudah tentulah saya sebagai isterinya terlebih dahulu akan mengetahui tentangnya. Kami sudah berkahwin dan tinggal di bawah satu bumbung yang sama. Dan saya yakin 100% bahawa suami saya tidak mempunyai masalah mental. Jika tuan tidak percaya, saya akan membuktikannya dengan kepakaran saya dalam bidang psikologi.

Untuk pengetahuan tuan, saya merupakan seorang doktor psikologi yang sudah berkhidmat selama 3 tahun dan telah mempelajari dalam bidang psikologi selama 6 tahun. Jadi sudah tentu saya mengetahui segalanya tentang masalah psikologi.

Love Me Like You Do [C]Where stories live. Discover now