Chap 53

818 82 19
                                    

"Gem... Kau yakin dengan keputusan kau sekarang ni? "

Yaya bertanya kepada Gempa seraya sedang memakai tali pinggang kereta. Dia mula menghidupkan enjin sambil menunggu jawapan daripada Gempa.

"Ya. Aku yakin dengan keputusan aku. "

"Ok.. Fine. Tapi... Kalau kau nak percepatkan masa pun boleh. Aku pun dah tak sabar nak tengok muka dia tu bila kau cakap nak cerai dengan dia. "

Yaya berkata dengan nada sinis. Namun Gempa tidak membalas apa-apa. Dia hanya mendiamkan diri dan membiarkan Yaya terus memandu kereta untuk menuju ke bandar.

Di sepanjang perjalanan, fikiran Gempa hanya mengimbas kembali sahaja akan kenangan sewaktu dia kenal Halilintar dahulu. Pada awal dia bertemu dengan Halilintar, dia menyangkakan bahawa Halilintar adalah seorang lelaki yang tidak suka bergaul dengan orang. Ditambah pula wajah Halilintar masam mencuka sahaja dan dia juga tak bercakap banyak, jadi Gempa syak yang Halilintar mungkin tidak terbuka.

Tetapi sewaktu dia dan Halilintar berada di laman rumah lelaki itu, dia rasa amat terkejut selepas melihat wajah sebenar Halilintar. Halilintar bukanlah lelaki dingin yang tidak suka bergaul. Tetapi ternyata dia adalah seorang lelaki yang kejam dan hanya mementingkan dirinya sendiri. Sewaktu Halilintar menjerkah Gempa, dia sangkakan bahawa dia akan pengsan di situ, tetapi nasib dia baik kerana kakinya masih mampu untuk bertahan. Kalau ikutkan hati, mungkin dia sudah menangis di situ juga. Tidak pernah seumur hidupnya dijerkah dengan kuat sampai macam tu sekali. Tidak kira lagi dengan panggilan untuknya daripada Halilintar.

Bitch

Itulah panggilan yang sering dia dengar dari mulut Halilintar di setiap kali lelaki itu memanggilnya. Pada awalnya Gempa agak sedikit terkesan kerana dia tidak pernah menyangkakan bahawa dia akan dipanggil sebegitu. Tetapi apabila sering dipanggil dan diperlakukan sesuai dengan 'nama panggilan' yang diberi, akhirnya Gempa berjaya menerimanya (walaupun dalam keadaan terpaksa). Dan ia adalah satu penipuan jika Gempa menyatakan bahawa dia tidak kisah akan hal itu. Sebenarnya dia terluka. Sangat terluka. Apa yang Halilintar sudah lakukan ke atasnya adalah jauh lebih teruk dari seekor binatang yang menyakiti mangsanya.

'Kau tunggu, Halilintar.. Suatu hari nanti aku akan lihat kau menangis. '

Gempa menggenggam erat kedua belah tangannya. Di dalam hatinya sudah timbul rasa dendam dan bencinya terhadap suaminya itu. Dan dia dapat merasakan bahawa semakin hari perasaan itu semakin bertambah. Kalau ikutkan hati, dia ingin sekali melepaskan panggilan 'suami' itu daripada Halilintar. Halilintar tidak layak untuk menjadi suaminya.

Sangat tidak layak!

Gempa dapat merasakan bahawa dirinya begitu bodoh sekali kerana selalu berpegang kepada kata-kata ibunya yang mana sebagai seorang isteri, dia harus menjaga rumahtangga mereka dengan baik.

Tapi apakah maknanya jika hanya Gempa yang berusaha? Sedangkan Halilintar? Sibuk berfoya-foya dan meluangkan masa bersama-sama kekasih gelapnya, Ying. Sangat tidak boleh dimaafkan!

"Tentang Halilintar... Sebenarnya betul lah apa yang kamu katakan itu. Halilintar dahulu pernah membawa pulang perempuan atau lelaki carrier lain ke rumah. Itu pun... Waktu dia tengah mabuk."

Seketika Gempa tiba-tiba teringatkan tentang cerita yang pernah dikatakan oleh ibu Halilintar.

"Dalam masa seminggu tu memang kerap dia akan ke kelab dan pulang lewat malam. Kalau aunty atau uncle tidak sedar dari tidur ataupun tiada di rumah, pasti maid kami akan ceritakan kejadian seperti itu kepada kami. Dan kami... Sangat kecewa dengan Halilintar. "

Love Me Like You Do [C]Where stories live. Discover now