Yaya menolak masuk kerusi roda Gempa sambil melirik ke arah sepupunya itu. Sejak dari keluar kereta lagi Yaya perasan yang riak wajah Gempa berubah suram dan kurang menyenangkan. Yaya risau yang Gempa akan trauma dengan Halilintar. Tambahan pula suami Gempa itu langsung tidak pernah datang untuk menjenguk isterinya.
"Kami dah balik. "
Yaya memberi salam kepada penghuni rumah. Dan tidak lama kemudian, Tok Aba datang dan mendekati Yaya dan Gempa.
"Ha, macam mana dengan cucu atok berdua ni? Best jalan-jalan? "
Tok Aba mencubit pipi gebu Gempa yang berhasil membuatkan lelaki itu tertawa. Yaya hanya tersenyum dan mengangguk.
"Best!! Rugi Tok Aba tak join kitorang sekali! "
"Haish.. Atok ada kerja lah! Lagipun atok dah tua. Mana larat nak keluar jalan-jalan macam orang muda seperti korang berdua ni. "
"Alah, apa salahnya Tok Aba? Berjiwa muda lah sikit. "
Tok Aba hanya mengetuk kepala Yaya yang cakap banyak itu. Yaya tertawa dan berpura-pura sakit kerananya tetapi mereka hanya ketawa.
"Dah, jom ikut atok. Ada orang nak jumpa Gempa. "
Yaya dan Gempa saling berpandangan. Mereka sudah dapat meneka siapa, tetapi mereka hanya berpura-pura tidak tahu dan ikut sahaja Tok Aba dari belakang.
•°•°•
"Hali, ni Gempa sudah balik. "
Gempa melihat ke arah seorang lelaki yang sedang berdiri di atas jambatan kecil kolam ikan yang berada di halaman rumahnya. Wajah Gempa semakin berubah pucat tetapi dia cuba mengawalnya. Dia dapat merasakan yang jari-jarinya sejuk. Dan ia semakin lama semakin sejuk apabila dia semakin mendekati lelaki itu.
Lelaki itu pun menoleh. Dia dapat melihat seorang lelaki yang berada di atas kerusi roda sedang menghampirinya. Dia cuba untuk mengawal perasaannya yang mula gementar sekarang.
"Gempa.. "
Yaya memandang Halilintar dengan jelingan yang tajam. Sejak dari melihat belakang Halilintar lagi dia sudah kurang senang dengan kehadiran lelaki itu. Kenapa dia boleh datang ke sini pula?
"Nah, Hali. Kamu dan Gempa berbincang lah, ya? Yaya.. Pergi masuk dan bawakan makanan ke sini. "
"Eh?! Mana boleh Tok Aba! Yaya kena berada bersama-sama Gempa! "
Yaya membantah.
"Lhaa... Kenapa pula? Biarlah Gempa dan Halilintar berbual dan berbincang tentang masalah mereka. "
"No! Tok Aba sendiri tahu kan yang lelaki ni lah punca Gempa jadi macam ni! Kita tak boleh bagi peluang dekat orang macam dia ni! Entah apa pula yang akan dia buat pada Gempa nanti! "
Yaya menjeling ke arah Halilintar. Jelas sekali yang dia betul-betul tidak suka kepada lelaki itu. Dan kalau boleh, Yaya mahu saja menendangnya keluar dari rumah sekarang.
Tok Aba mengeluh. Manakala Halilintar dan Gempa berdiam diri tanpa melihat antara satu sama lain.
"Haih.. Kamu ni macam budak lah! Dah, jom masuk. "
Tok Aba mengheret Yaya masuk ke dalam rumah. Yaya akhirnya terpaksa pasrah. Dia masih menjeling ke arah Halilintar. Dan suasana menjadi sunyi seketika sehingga lah Yaya dan Tok Aba hilang dari pandangan.
YOU ARE READING
Love Me Like You Do [C]
Fiksi Penggemar"Aku kahwin dengan kau, bukan atas dasar cinta. Tapi atas dasar keluarga. Yes, aku tahu ia cliche sebab dalam drama pun banyak je kisah macam ni. Tapi apa yang buat kisah kau dan aku ni menarik? Sebab kau tu cuma slut! Orang simpanan buat pelepas ge...