Jam menunjukkan pukul 9 malam. Halilintar yang sedang berada di dalam biliknya sejak siang lagi sudah mula bersiap-siap untuk keluar. Seperti yang dia sudah janjikan dengan kekasihnya, Halilintar akan bermalam di rumah Ying demi menjaga hati kekasihnya itu. Dia peduli apa tentang malam perkahwinan? Dia lebih bahagia bersama dengan Ying berbanding harus di bawah satu bumbung dengan Gempa.
Halilintar keluar dari biliknya dan tanpa diduganya, dia terhidu bau yang amat menyelerakan sekali. Seketika perut Halilintar berkeroncong kerana sejak dari siang lagi dia tidak makan apa-apa.
'Kejap. Reti ke budak tu masak? Hmm.. Entah-entah dia keluar beli makanan je. '
Halilintar terus keluar dari bilik dan mengunci pintu biliknya. Dia tak nak Gempa masuk ke dalam biliknya. Nanti dikhuatiri akan mencuri barangnya pula.
•°•°•
Halilintar menjenguk ke arah dapur dan ternampak Gempa yang sedang memasak di kawasan dapur rumah. Hatinya sudah berasa tidak senang. Dia syak Gempa mesti ada maksud tersembunyi dalam masakannya.
"Halilintar tidak jadi ingin terus ke dapur. Dia mengabaikan Gempa lalu terus menuju ke arah pintu rumah untuk keluar.
"Halilintar? Awak nak ke mana tu?"
Bunyi suara Gempa menghentikan Halilintar dari langkah kakinya. Lelaki itu menoleh dan melihat ke arah carrier di hadapannya itu. Pandangan Halilintar jelas menunjukkan bahawa dia kurang senang apabila ditegur oleh Gempa tadi.
"Aku nak keluar. "
"Awak nak keluar? Nanti awak balik pukul berapa? "
"So what? Aku balik ke apa bukannya penting untuk kau pun, kan? "
Gempa menggigit bibirnya. Dia agak terasa dengan kata-kata Halilintar tapi dia terpaksa pura-pura pekak sahaja.
"Uumm.. Awak tak nak makan dulu ke? Saya dah masakkan nasi goreng untuk awak. Jom makan dulu? "
Halilintar tersenyum. Dia pun berjalan mendekati kaunter dapur lalu melihat Gempa sedang menyediakan nasi goreng untuknya. Halilintar duduk di kerusi kaunter dan menunggu Gempa sedang menyediakan makanan.
"Nah. Awak makanlah. "
Halilintar tidak berkata apa-apa. Dia melihat nasi yang masih berasap itu. Bau nasi itu sedap sehingga membuatkan dia kecur air liur di dalam mulutnya, tetapi dia sama sekali tidak kisah.
Prang!!
Serta-merta pinggang di atas kaunter tadi hancur dan pecah selepas ditepis kuat oleh Halilintar. Alangkah terkejutnya Gempa apabila dia melihat apa yang barusan Halilintar lakukan tadi. Hatinya terus berasa kecewa.
"Kau nak bagi aku makan? Heh, kau ingat aku tak tahu yang kau akan letak racun dalam tu? "
Halilintar bertanya dengan nada yang sinis. Dia memandang ke arah Gempa dengan penuh hina. Tiada rasa kesian langsung ke atas isterinya yang sudah penat memasak untuknya.
"Sorry, bitch. Aku tak akan bagi kau peluang untuk masuk ke dalam hati aku. Kau tak layak untuk bertakhta dalam hati aku. Faham? "
Halilintar sempat mengambil gelas yang berisi air masak di dalamnya dan mencurahkannya ke atas kepala Gempa. Tidak cukup dengan itu, kerusi yang dia duduk tadi sempat ditendang sehingga ia jatuh ke lantai.
YOU ARE READING
Love Me Like You Do [C]
Fanfiction"Aku kahwin dengan kau, bukan atas dasar cinta. Tapi atas dasar keluarga. Yes, aku tahu ia cliche sebab dalam drama pun banyak je kisah macam ni. Tapi apa yang buat kisah kau dan aku ni menarik? Sebab kau tu cuma slut! Orang simpanan buat pelepas ge...