Chap 60

1K 89 22
                                    

"Nah, makanlah. "

Halilintar merenung hidangan makanan makan tengaharinya dengan muka yang bosan. Hari ini sudah masuk hari yang ke-3 dia berada di dalam hospital dan dia sudah naik jemu dengan hidangan makanan hospital yang selalu sama pada setiap hari.

"I don't want to eat this. "

Ibu Halilintar mengeluh apabila melihat anaknya yang satu itu mula menunjukkan sikap keras kepalanya. Dia faha benar dengan Halilintar. Kalau sudah tak nak, pujuklah dengan intan berlian sekalipun dia tidak akan mengubah fikirannya.

"Hali, jangan macam ni. Kamu kan nak cepat sembuh? Jadi kamu kena makan makanan ni! "

"Ish! Hali tak nak lah, Mommy! Makanan ni dah lah tak sedap! Sup dia tawar! Nasi pula keras! Lepastu suruh makan banyak sayur dan ikan tawar pula tu! Hali tak nak! "

"Haih, habistu kamu nak apa, hm? "

"Hali nak steak boleh? "

Ibu Halilintar memutarkan bola matanya. Dia sendiri tertanya, apakah yang dia makan sewaktu dia mengandungkan Halilintar dahulu? Rasanya dia tidak pernah mengada-ngada sewaktu Halilintar masih di dalam perutnya.

"Tiba-tiba Mommy rasa yang kamu ni macam anak angkat Mommy. "

Halilintar memuncungkan bibirnya apabila mendengar kata-kata pedas dari mulut ibunya.

"Mommy ni takde hati perut lah! Hali kan tengah sakit sekarang? "

"Dah tadi mengada-ngada sangat! "

"Dah Mommy tanya nak makan apa? Hali jawablah! "

"Eh, budak ni! Kamu patut bersyukur sebab Mommy yang selama ni kena teman dan jaga kamu tau! Kalau tak, memang tak hingin pun Mommy datang ke sini tengok muka kamu! "

Halilintar mencebik sebagai tanda protes. Memang kata-kata ibunya amat sungguh pedas. Rasanya lebih pedas dari sambal belacan Mama Zila. Tapi apa boleh buat? Ibu dia juga. Lagipun Halilintar pun tak kalah kurangnya sadis macam ibunya!

"Hahahaha! Makan jelah, Hali. Tu untuk dapatkan balik protein kau yang hilang sebelum ni. "

Nut berkata sambil melangkah masuk ke dalam ruang wad Halilintar sambil membawa sebungkus buah-buahan dan makanan-makanan yang sesuai untuk Halilintar tetapi berperisa. Sudah tahu benar dia dengan perangai bosnya itu. Kalau tak makan makanan hospital, alamatnya dia kena beli makanan lain untuk memuaskan perut Halilintar.

Dan di belakang Nut, Yaya dan Gempa datang bersama. Kedua-dua pupu itu menunduk hormat ke arah ibu Halilintar.

"Selamat tengahari Mommy. "

"Selamat tengah hari juga, Gempa. "

"Selamat tengahari, Halilintar. "

Gempa menyapa Halilintar sambil meletakkan bungkusan makanan yang sempat dibelinya untuk Halilintar. Awalnya dia ingin membatalkan sahaja niat untuk membeli makanan buat Halilintar kerana memandangkan Nut sudah membelinya. Tetapi apabila memikirkan bahawa Halilintar ini jenis yang nafsu makan jadi apa salahnya beli lebih?

"Selamat tengahari juga. "

Halilintar membalas sambil mengukirkan senyuman manisnya kepada Gempa. Betapa gembiranya dia apabila dia dapat melihat wajah isterinya yang seperti bidadari itu. Tiba-tiba muncul rasa penyesalan di dalam hati Halilintar apabila mengingat kembali akan kelakuan kejamnya terhadap isterinya itu.

'Macam mana kau masih cantik walaupun aku sudah memukul kau selama ini, Gempa? '

Rriing!

Love Me Like You Do [C]Where stories live. Discover now