Malam itu, Halilintar sedang termenung di atas sofa di dalam rumahnya. Sejak pulang dari set pengambaran, Halilintar kerap memikirkan apa yang diberitahu oleh ibunya siang tadi. Pesanan ibunya sentiasa terngiang-ngiang di dalam fikirannya.
'Adakah Mommy tahu tentang keadaan aku dan Gempa? '
Halilintar berdesis sendirian. Dia amat kacau sekarang. Dia sedang dalam dilema sama ada haruskah dia teruskan hidup bersama-sama cinta yang baharu ataupun kekal bersama-sama dengan Ying?
Bukan bermaksud Halilintar sudah mula membencikan Ying. Tetapi Halilintar kerap teringatkan apa yang Ying pernah lakukan kepada Gempa tempoh hari. Entah, baginya sendiri pun dia rasa seperti apa yang Ying lakukan itu amat tidak munasabah. Kenapa gadis itu tergamak sekali menghina Gempa?
Dan kenapa dia pun kena susah-susah fikirkan tentang masalah itu?
"Tuan Halilintar, ayuh makan? "
Panggilan MamaZila mengejutkan Halilintar dari lamunannya. Dia mengangkat kepalanya dari kusyen sofa dan menjenguk ke arah dapur.
Halilintar ternampak kelibat Gempa sedang menuangkan air ke dalam cawan. Lelaki itu nampak seperti senyap sekali.
'Dia masih terasa ke dengan apa yang Ying cakap sebelum ni? '
Halilintar tertanya-tanya. Dan tanpa membuang masa, dia pun bangun dari tempatnya dan berjalan menuju ke arah kaunter dapur untuk mengambil tempat di hadapan Gempa.
Halilintar melihat keadaan di dapur tersebut. MamaZila sedang menghidangkan makanan untuknya dan Gempa pula sedang menyiapkan diri sebelum makan. Entah kenapa dia terasa seperti kekok untuk berada di situ.
"Uuhh.. Ekhem! Maid, lepas siap ni tolong sediakan baju untuk saya. Saya nak keluar."
"Baju casual ke, tuan? "
"Yes. You can go now. "
"Baiklah. "
MamaZila mengangguk akur dan meminta diri untuk beredar. Wanita itu sempat melirik ke arah Gempa yang nampak seperti mula menggelabah di saat dia ketahui bahawa selepas ini dia akan tinggal berdua sahaja dengan Halilintar.
'Alamak.. Macam mana ni? '
Gempa mula berpeluh-peluh.
•°•°•
Halilintar melirik ke arah Gempa dalam diam. Dia perasan yang lelaki itu nampak seperti serba serbi tidak kena dalam makannya. Kadang-kadang sudu yang dipegang terjatuh. Ada juga sewaktu ingin mencobek ayam, ayam tersebut terkeluar dari pinggang. Tak cukup dengan itu, nasi yang dikunyah pun boleh tersedak.
"Uumm... Hey. "
Gempa terhenti dari makannya apabila dia terdengar suara Halilintar memanggilnya. Dia dengan perlahan-lahan mendongakkan kepalanya untuk memandang Halilintar.
Gempa menunjukkan jari telunjuknya ke arahnya.
Halilintar mengangguk
"Yes. I'm speaking to you "
Gempa meneguk sisa makanan di dalam mulutnya dengan takut. Dia sendiri tidak tahu kenapa dia rasa seperti takut dan tidak selesa dengan Halilintar. Mungkin kerana hubungan mereka tidak seberapa baik sekarang?
"Listen... I want to talk about our marriage."
Gempa berkelip. Tiba-tiba dia dapat merasakan bahawa sesuatu yang buruk akan terjadi. Entah kenapa sejak dua menjak ini dia banyak mempunyai firasat yang tidak baik. Padahal tiada apa pun yang terjadi. Tetapi hatinya kerap berdebar-debar tanpa sebab. Apakah maksudnya?
YOU ARE READING
Love Me Like You Do [C]
Fanfiction"Aku kahwin dengan kau, bukan atas dasar cinta. Tapi atas dasar keluarga. Yes, aku tahu ia cliche sebab dalam drama pun banyak je kisah macam ni. Tapi apa yang buat kisah kau dan aku ni menarik? Sebab kau tu cuma slut! Orang simpanan buat pelepas ge...