Chap 41

1.3K 109 30
                                        

"What..?"

Kaizo dan isterinya menatap wajah anak mereka dengan tatapan yang seolah-olah tidak percaya. Apa yang barusan diceritakan oleh Halilintar tadi ibarat satu tamparan besar yang pertama kalinya mereka terima.

"My girlfriend... She.. She's pregnant.. "

Kaizo mendengus kesal. Manakala isterinya pula mula menakup wajahnya demi menyorokkan mukanya yang kecewa dan mula bersedih itu. Mereka terlalu terkejut sampai tidak tahu harus memberikan reaksi apa kepada Halilintar.

"Apa salah aku sampai keluarga aku jadi macam ni..? "

Kaizo menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal kerana serabut. Fikirannya amat serabut. Dia sangat stress sekarang. Macam-macam perkara sudah terjadi dan ditambah pula dengan kejutan yang sebegini, entah macam mana nanti di masa hadapan untuk dia berdepan dengan kejutan yang baharu. Segalanya berlaku dengan cepat sekali.

Halilintar hanya kekal mendiamkan diri. Dia tidak tahu untuk bercakap macam mana lagi. Dan dia juga tahu, ibubapanya sekarang pasti sudah kecewa dengannya.

"I'm sorry Mom.. Dad.. "

Kaizo dan isterinya menatap Halilintar. Mereka merenung wajah anak mereka seperti merenung sebuah permata yang seolah-olah mula retak.

"Hali... Dear... Can I ask you something? "

Ibu Halilintar mula bersuara setelah dia berdiam diri buat seketika. Halilintar mengangkat kepalanya untuk melihat ke arah ibunya.

"About that... Are you sure that it is your child? "

Wajah Halilintar berkerut.

"Maksud Mommy? "

"Well... Mommy rasa yang kamu sendiri tahu Ying itu adalah perempuan yang... Macam 'tu' sedikit. "

Halilintar mengetap bibirnya. Sebenarnya sebelum ini dia ada terfikirkannya. Tetapi apabila memikirkan yang selama ini Ying sentiasa bersama-samanya dan mereka sentiasa melakukannya, jadi... Tidak perlu hairan, kan?

"I actually don't know, Mommy... But if itu adalah anak Hali-"

"No. "

Kaizo segera memotong percakapan Halilintar.

"I'm sure that is not yours. Hali, ambil sample darah dalam kandungan Ying tu dan darah kamu. I'm gonna make sure that the fucking child in her is not yours. "

"U tak baik cakap macam tu! Budak tu tak bersalah tau! "

"What? I tak cakap pun yang I tak nak budak tu! I also tak cakap pun yang I nak Hali suruh 'betina' tu gugurkan kandungannya! I masih waras! It's just that I want to make sure of it. Hali, you got my words? "

Kaizo melirik ke arah Halilintar semula. Halilintar tidak berkata apa-apa. Di dalam fikirannya sekarang hanya memikirkan rancangan macam mana untuk mendapatkan sample darah tersebut. Ying bukan gadis biasa masalahnya.

•°•°•

"How are you, Gempa? "

Sara bertanya sambil menatap wajah anaknya dengan penuh kasih sayang. Dia berasa begitu gembira sekali sewaktu dapat mengetahui bahawa Gempa telah sedar beberapa hari yang lalu. Segala kegusaran dan kesedihan di dalam hatinya serta-merta hilang. Dia begitu gembira sekali sehingga sanggup memaksa Amato untuk cepat pulang dari kerjanya semata-mata ingin cepat-cepat bertemu dengan anak tunggalnya.

Gempa hanya tersenyum dan mengangkat 2 jarinya. Sara tersenyum senang melihatnya. Dia pun terus memeluk Gempa dengan erat sekali. Pelukan itu entah sudah ke berapa kali wanita itu memeluk Gempa. Ianya sudah jelas menunjukkan bahawa Gempa betul-betul adalah anak emasnya.

Love Me Like You Do [C]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang