Chap 55

853 79 10
                                    

•°•°Continuation of Flashback°•°•

"Aku tak sangka yang kau boleh perasan semua tu, Gempa. "

Yaya berkata dengan wajah yang masih kagum ke arah sepupunya itu. Banyak yang dia dan Gempa kongsikan bersama-sama sejak dari tadi lagi. Dan nampaknya Yaya sudah tidak perlu khawatir lagi dengan rancangannya. Memandangkan Gempa sudah ketahui segalanya jadi dapatlah dia meneruskan rancangannya dengan baik, kan?

Gempa menyandarkan badannya di kepala katil diselang dengan helaan nafas. Dada dan bahunya terasa begitu ringan sekali tatkala dia dan Yaya sudah berkongsi segala rancangan mereka berdua selama ini.

Mungkin selepas ini Gempa sudah boleh mula bertindak. Dengan caranya yang sebenarnya.

Ya, kini dia sudah yakin dengan keputusannya. Dan ia adalah muktamad.

"Yaya... I want to request something. And I hope kau boleh lakukannya. "

Yaya menoleh ke arah Gempa.

"Apa dia? "

"This might sound sudden but... "

Gempa menoleh ke arah Yaya dengan riak yang serius. Ia membuatkan Yaya tiba-tiba terasa takut melihatnya.

"... Aku perlukan bantuan kau... untuk uruskan borang penceraian aku dan Halilintar. "

•°•°End Flashback°•°•

Dan di sinilah Yaya dan Gempa sekarang. Berdiri di hadapan bangunan yang kelihatan begitu suram dan menyeramkan sekali. Gempa mengeluarkan alat kawalan yang digunakannya untuk menjejak Halilintar dan Fang sebelum ini. Seperti perkiraannya, simbol bulat berwarna biru milik Fang betul-betul berada dekat dengan kedudukannya dan Yaya sekarang.

"Di sini ke suami kau dibawa, Gem? "

"Aku tak pasti. Sebab alat pengesan yang aku letak pada baju Halilintar sudah hilang. Cuma ada yang Fang je. "

Yaya dan Gempa pantas menoleh apabila tiba-tiba datangnya sebuah kereta jenis Honda diberhentikan di sebelah kereta Toyota milik Yaya. Mereka berdua menunggu di hadapan kereta milik Yaya sambil menantikan kemunculan orang yang berada di dalam perut kereta tersebut.

"Maaf menunggu! "

Nut menyapa Yaya dan Gempa beserta Gopal yang sedang keluar dari perut kereta. Dua orang lelaki tersebut berjalan mendekati mereka berdua.

"Macam mana? Dah tengok keadaan? "

"Kosong. Aku rasa hanya diorang berdua sahaja yang sedang berada bersama-sama suami Gempa. "

Nut melihat di sekitar kawasan yang sedang mereka berada. Kawasan yang penuh dengan hutan yang tinggi pokoknya serta mempunyai semak-samun yang begitu tebal sekali. Di samping itu, suasana di dalam hutan itu juga sunyi dan boleh jelas kedengaran bunyi burung-burung yang berkicauan dan aliran air yang entah dari sungai ataupun air terjun.

"Pelik, tempat ni lawa tapi boleh pula digunakan untuk buat benda-benda keji macam ni? "

"Dah dinamakan manusia, Gopal. Diorang tak tahu nak hargai alam yang tersergam indah di sekeliling mereka. Apa yang mereka tahu, mereka akan menggunakannya untuk kebaikan mereka sendiri. "

Love Me Like You Do [C]Where stories live. Discover now