"Hali, aku dah pesan, kan? Berhenti buat skandal baru! Kau tak penat ke nak kena berkejaran dengan wartawan je? "
Halilintar memutarkan bola matanya. Sejak dari masuk kereta lagi Nut langsung tidak jemu dalam membebel ke arah Halilintar. Tak penat ke mulut asyik bercakap je?
"Haih, itu girlfriend aku lah, Nut. Kau lupa ke Ying? Kan aku dan dia dah bersama? "
"Ye, tapi lepas aku dengar kau kata kau nak breakup dengan dia! Ni apa? Get back balik ke? "
"Aku sayangkan dia lah, Nut! Tak boleh nak buat apa dah! "
"Hali, kau sendiri yang pernah cakap yang perempuan tu selalu kikis harta kau, kan? Habis kau nak dia terus kikis harta kau ke apa? "
"Dia cakap dia dah menyesal lah! Salah ke aku bagi peluang kedua dekat dia? "
Nut memutarkan bola matanya. Menyampah pula dengan perangai Halilintar yang sangat mudah termakan penyesalan orang lain. Kalau Nut berada di tempatnya, takkan dia maafkan orang yang sesuka hati ingin mengambil kesempatan ke atas orang lain!
Sepanjang perjalanan pulang ke rumah Halilintar, mereka berdua hanya diam sahaja. Tiada yang ingin membuka kata sebaik sahaja Halilintar membalas kata-kata Nut tadi. Nut juga malas nak beradu mulut sangat dengan Halilintar. Nanti kena tolak gaji baru tahu!
•°•°•
"Maafkan pihak kami kerana lewat memberikan kata putus, Kaizo. "
"Eh, takpe Tok Aba! Keluarga saya pun nak minta maaf sebab tak panggil dan bincang benda ni elok-elok. "
Di rumah mewah keluarga Halilintar, kelihatannya keluarga Gempa telah pun tiba di sana. Dan sudah tentulah niat mereka hanya satu. Untuk membincangkan tentang hal perkahwinan antara Halilintar dan Gempa.
"Jadi, macam mana dengan jawapan Gempa? Kamu setuju ke untuk menerima anak kami sebagai suami kamu? "
Gempa hanya mampu tersenyum sahaja. Walaupun tidak ditunjukkan keadaannya sekarang, tetapi sebenarnya Gempa sangat segan. Dia malu untuk berdepan dengan orang lain dan terutama mereka pula adalah bakal keluarga mertuanya. Tambahan pula sedari tadi lagi Gempa kekal diam. Dia berharap agar dirinya ini tidak melukakan hati Kaizo dan isterinya.
Isteri Kaizo memandang sahaja tingkah laku Gempa. Sejujurnya dia agak merasakan sedikit lucu dengan melihat telatah Gempa. Lelaki carrier itu begitu pendiam dan pemalu sekali! Kalau ditanya pasti dijawab sepatah dua ataupun angguk dan geleng sahaja. Pandangan mata lelaki itu juga sering ke bawah. Seolah-olah menunjukkan rasa tanda hormat ke atas orang yang lebih tua darinya.
"Gempa, sini kejap. "
Wanita tersebut memanggil Gempa. Gempa mendongak dan melihat isteri Kaizo sedang melambaikan tangannya ke arahnya. Mula-mula dia rasa segan kerana jika dia pergi ke arah wanita tersebut, dia akan berada jauh dari keluarganya. Gempa tidak yakin jika dia lakukan hal itu dia akan baik-baik sahaja!
"Gem? Pergi lah. "
Sara memujuk anak tunggalnya. Dia cukup kenal dengan personaliti Gempa yang jenis malu-malu tidak bertempat itu. Dan kalau ikutkan hati Sara mahu sahaja membantu anaknya. Tetapi ini melibatkan keluarga mereka yang bakal disatukan tidak lama lagi. Dia tak nak hubungan mereka hancur jika Sara terlalu melindungi anaknya.
Gempa menoleh ke arah ibunya. Mula-mula dia merasakan bahawa dia ingin lari. Tetapi apabila mendapat sokongan hangat dari ibunya, dia pun mengangguk faham.
YOU ARE READING
Love Me Like You Do [C]
Fanfiction"Aku kahwin dengan kau, bukan atas dasar cinta. Tapi atas dasar keluarga. Yes, aku tahu ia cliche sebab dalam drama pun banyak je kisah macam ni. Tapi apa yang buat kisah kau dan aku ni menarik? Sebab kau tu cuma slut! Orang simpanan buat pelepas ge...