Chap 19

824 87 61
                                    

"Gempa, kau betul-betul ok ke dengan macam ni? "

Yaya bertanya kepada sepupunya yang sedang menikmati makan petang mereka sebaik sahaja Gempa pulang dari tempat kerja. 3 hari Gempa berada di hospital kerana harus menguruskan pesakit yang berada di bawah jagaan hospital dan 3 hari itu juga dia berulang-alik ke hospital biasa dan hospital khas untuk membawa pesakit yang mengalami kecederaan kerana mengalami masalah gangguan emosi.

Manakala Yaya pula baru sahaja selesai menghantarkan laporan tentang kerja kursusnya di hospital bandar itu. Mereka masing-masing sibuk dengan kerja dan memandangkan keduanya akhirnya selesai dengan tugas masing-masing, mereka membuat keputusan untuk makan dan berehat di rumah Gempa.

Ibubapa Gempa berasa senang hati sekali sewaktu mereka melihat ketibaan Gempa bersama Yaya di pintu rumah mereka. Keduanya berasa seperti sudah lama tidak bertemu dan setelah puas meluangkan masa bersama dua orang itu, ibubapa Gempa harus masuk ke rumah kembali untuk menguruskan hal dan meninggalkan Gempa bersama Yaya di luar sambil menikmati makan petang mereka.

Gempa mengeluh sahaja. Dia sudah pening untuk memikirkan tentang hal rumahtangganya. Semakin bertambah pening apabila dia harus menguruskan pesakit selama 3 hari berturut-turut.

"Aku tak tahulah, Yaya. Aku dah malas nak fikirkan tentang ni. Kau cakap yang hal tu dah lama berlalu, kan? Biar jelah. Aku malas nak fikir. "

"Gem! Halilintar ni penggemar pembuat isu! Dia selalu kena tangkap dengan paparazzi dalam skandal! Dan kau nak biarkan macam tu je? "

Yaya berkata sambil meletakkan begnya di atas meja. Dia berasa sangat geram dengan Gempa yang begitu senang sekali membiarkan suaminya melakukan hal-hal tidak elok di belakangnya.

"Yaya... Itu kan sebelum dia kahwin? Sekarang dia dah kahwin dengan aku. Dan aku tengok dia sering melekat dengan Ying so aku rasa itu kekasih sebenarnya kot? "

"And kau nak biarkan je suami kau ada kekasih sedangkan dia sudah ada isteri? Aahh... Aku rasa macam nak patahkan saja meja depan aku ni. "

Gempa hanya ketawa terkekeh-kekeh mendengar suara kecewa Yaya. Nampak betul yang gadis itu terlalu frust. Macam dia pula yang kahwin dengan Halilintar.

"Nama minah tu Ying, kan? Aku ada cari tentang dia juga. Dia pun suka buat skandal juga. Sama-sama tak guna. "

"Hey, tak baiklah. "

"Apa yang tak baiknya? Gem, diorang berdua tu sama-sama bermasalah tau! "

"Yes, I know. But can you please calm down? Kita bincang benda ni elok-elok? "

"Huff... "

Yaya melepaskan nafasnya dengan geram. Kedua belah tangannya dilipatkan di hadapan dadanya dan gadis itu berpaling muka untuk mencari ketenangan. Sungguh dia rasa seperti mahu sahaja cari Halilintar sekarang dan tampar muka dia dan juga kekasihnya itu.

"Yaya, aku nak ke rumah mertua aku pula ni. Rasanya elok kalau aku melawat mereka sekarang. "

"Hmm... Ok. Aku join boleh? "

"Sure. Let's go. "

Lalu Yaya dan Gempa pun kembali masuk ke dalam rumah untuk menemui ibubapa Gempa. Mereka berbual buat seketika sebelum Gempa dan Yaya meminta izin untuk ke rumah keluarga mertua Gempa pula.

"Senang-senang nanti datanglah ke sini selalu, ya? "

Sara berkata sambil memeluk anaknya. Gempa hanya mengangguk dan tersenyum sahaja.

"Ok, Mama. "

•°•°•

Setelah lebih kurang 30 minit perjalanan, akhirnya Gempa dan Yaya tiba di hadapan perkarangan rumah milik keluarga Halilintar. Gempa mematikan enjin kereta setelah selesai meletakkan keretanya di bawah parking dan dia serta Yaya keluar dari perut kereta bersama.

Love Me Like You Do [C]Where stories live. Discover now