Keesokan harinya. Halilintar tersedar dari tidurnya tatkala tidurnya diganggu oleh pancaran cahaya matahari dan bunyi seseorang sedang ketawa. Halilintar bangkit dari tempat tidurnya dan dia mendapati bahawa dia telah tidur di atas kerusi sofa yang ditempatkan di ruang tamu rumahnya.
Halilintar menggeram. Dia dapat merasakan bahawa badannya sakit-sakit kerana tidur dalam keadaan posisi yang tidak selesa untuk dirinya. Setiap kali dia menggerakkan badannya, pasti belakangnya dan bahunya terasa sakit.
"Argh.. Sstt.. Memang tak patut aku minum semalam. "
Halilintar merengus. Dia pun membuat keputusan untuk tahankan sahaja rasa sakit itu dan terus naik ke tingkat atas. Namun langkahnya terhenti sebaik sahaja dia ternampak Gempa bersama-sama MamaZila sedang berbual di dapur. Wajah Halilintar berkerut.
"Oi! "
Halilintar memanggil Gempa membuatkan lelaki carrier tadi menoleh ke arahnya.
Gempa tidak berkata apa-apa sewaktu memandang Halilintar. Dia ingin menegur dan mengucapkan selamat pagi kepada suaminya. Tetapi mengingatkan bahawa dia harus meneruskan lakonannya, dia mendiamkan diri sahaja.
"Selamat pagi, Tuan Halilintar. "
MamaZila menundukkan badannya hormat kepada Halilintar.
Wajah Halilintar berkerut. Entah kenapa fikirannya mula melayang ke lain.
'Tadi aku macan dengar suara orang gelak. Imaginasi aku jeke? '
Halilintar melirik ke arah Gempa. Isterinya itu masih kekal di atas kerusi roda dan tangannya sedang sibuk mengupas bawang. Dia tidak berkata apa-apa dan hanya diam sahaja.
'Nampaknya betullah itu imaginasi aku je. Mana mungkin orang bisu macam dia akan bercakap balik. Aku dah seksa dia betul-betul kot semalam. Dan nampaknya dia memang betul-betul cacat dah sekarang. '
Halilintar tidak berkata apa-apa. Dia pun terus pergi ke arah tangga untuk menuju ke biliknya. Dia mengabaikan Gempa dan MamaZila yang sedari tadi lagi sedang melihat ke arahnya.
"Nasib baik Tuan Halilintar tak perasan, Gempa. "
Gempa tersenyum dan meletakkan jari telunjuknya di bibirnya.
"Shhh... Kita teruskan saja lakonan kita. "
•°•°•
Di dalam bilik, Halilintar membuka paip air yang ada di dalam bilik mandinya dan ia membiarkan sahaja dirinya dibasahi oleh cucuran air yang menimpa badannya yang tidak berbaju itu.
Fikiran Halilintar melayang. Dia tiba-tiba teringatkan peristiwa kelmarin sewaktu dia dimarahi oleh ibubapanya.
•°•°Flashback°•°•
"Kamu ni memang tak guna! Sepatutnya kamu sebagai suami harus berada bersama-sama isteri kamu! Dia kemalangan dan dia kecewa sebab kamu tiada bersama dia! "
Ibu Halilintar menengking ke arah anaknya. Airmata wanita itu bercucuran jatuh dari kelopak matanya. Dia sangat kecewa dengan Halilintar di atas segala tingkahlaku yang telah anaknya itu lakukan kepada menantunya.
"Kenapa Mommy nak marahkan Hali!? Hali kan dah bantah awal-awal tentang perkahwinan ni! Mommy dan Daddy yang paksa Hali untuk kahwin dengan dia! Hali tak nak! "
"Jadi kenapa kamu kena guna dengan cara macam tu, Hali?! Macam ni ke Mommy dan Daddy ajar kamu?! Macam ni ke kami didik kamu!? "

ANDA SEDANG MEMBACA
Love Me Like You Do [C]
Fanfiction"Aku kahwin dengan kau, bukan atas dasar cinta. Tapi atas dasar keluarga. Yes, aku tahu ia cliche sebab dalam drama pun banyak je kisah macam ni. Tapi apa yang buat kisah kau dan aku ni menarik? Sebab kau tu cuma slut! Orang simpanan buat pelepas ge...