Chap 38

1K 94 38
                                    

Yaya segera meluru ke arah bilik wad yang didiami oleh Gempa bersama-sama keluarganya di dalamnya. Sebaik sahaja dia masuk, dia dapat melihat suasana suram yang ada di dalam bilik itu. Ibu Gempa, iaitu Sara masih menatap wajah anaknya yang masih belum sedarkan diri itu. Manakala yang lain hanya diam tidak bersuara. Masing-masing seolah-olah tenggelam dalam dunia sendiri.

"Ekhem! "

Suara deheman Nut menyedarkan semua di dalam wad tersebut. Serentak mereka menoleh dan melihat Yaya yang berdiri di ambang pintu wad bersama-sama Nut di belakangnya.

Yaya segera menghampiri katil Gempa dan melihat keadaan sepupunya itu.

"Macam mana dengan keadaan Gempa, aunty? "

"Dia sudah baik. Mukanya pun dah tak pucat macam sebelum ni lepas tambah darah. "

"Gempa kena tambah darah? "

Yaya melihat wajah Gempa semula. Dirinya mula tertanya, kenapa Gempa harus ditambah darah?

"Gempa kehilangan banyak darah, Yaya. Dia dirogol oleh suaminya sendiri. "

Serta-merta mata Yaya membutang sebaik sahaja dia mendengar jawapan daripada Amato. Dia melihat wajah semua yang berada di situ namun tiada yang menunjukkan tanda-tanda penipuan di wajah mereka. Sebelah tangan Yaya yang tidak menyentuh apa-apa terus digenggam kuat.

'Jantan tu lagi..! '

"Kenapa... Kenapa semua ni boleh jadi dekat Gempa?! Apa salah dia sampai boleh jadi macam ni!?"

"Maafkan Mama, Yaya. Sepatutnya Mama ada sewaktu malam semalam tapi... Mama pulang ke rumah Tuan Kaizo. "

Yaya memandang wajah MamaZila dengan wajah yang tegang.

"Kenapa Mama kena pergi pula? Penting sangat ke, hah? "

"Uuhh... "

MamaZila tidak dapat menjawab apa-apa. Dia berasa sangat serba salah. Jika dia tidak keluar ke mana-mana semalam, pasti Gempa tidak akan terlantar di hospital sekarang. Namun nasi sudah menjadi bubur, mereka sudah tidak dapat mengundurkan masa yang telah berlalu.

Tok! Tok!

"Maaf mengganggu, tapi waktu melawat sudah hampir tamat, ya? Pesakit hanya dibenarkan untuk dijaga oleh seorang penjaga sahaja. "

Yang lain mengangguk faham. Dan sebaik sahaja jururawat tadi berlalu pergi, Sara pun bangun dari tempatnya.

"Yaya, aunty nak minta tolong kamu tengokkan Gempa, ya? "

Yaya hanya mengangguk sahaja.

"Eh, takpe ke? Kan Yaya baru sampai je tu. "

"Takpe, Tok Aba. Yaya tak kisah. Lagipun inilah masanya untuk Yaya luangkan bersama Gempa. "

Tok Aba hanya mampu menghela nafas. Dia risau dengan keadaan 2 cucunya itu. Mereka seolah-olah sedang menyembunyikan sesuatu. Tetapi Tok Aba tidak syak apa-apa. Dia hanya mempunyai firasat sahaja.

Dan tidak lama selepas 10 minit kemudian, wad milik Gempa pun sudah kosong. Kini hanya tinggal Yaya bersama-sama Gempa sahaja.

Yaya meletakkan beg pakaiannya di sebelah katil Gempa. Pada awalnya dia berniat untuk pulang terlebih dahulu. Tetapi memikirkan yang dia boleh menjaga Gempa, rasanya lebih elok dia membatalkan sahaja niatnya.

"Yaya... "

Aktiviti Yaya terhenti sebaik sahaja dia tiba-tiba terdegar bunyi suara familiar dengannya. Dia pun mendongak dan melihat Gempa yang sudah sedar dari pengsannya. Yaya segera meluru dan memeriksa keadaan Gempa.

Love Me Like You Do [C]Where stories live. Discover now