"Gempa, bila dah jadi isteri orang, kamu kena jadi isteri yang bertanggungjawab tau! Kena dengar cakap suami dan kamu kena layan suami kamu dengan baik. "
Sara berkata kepada anaknya sambil matanya sayu sahaja memandang ke arahnya. Tidak terasa seperti Gempa sudah besar sekarang. Sudah pandai berjalan dengan sendiri, sudah rajin dalam belajar, sudah mempunyai pekerjaan dan sudah mempunyai suami. Sang ibu tersebut terasa seperti baru sahaja semalam dia menyambut kelahiran anak tunggalnya itu.
Gempa adalah satu-satunya anak Sara. Dan Sara sangat menyayanginya. Biarpun waktu kali pertama mendapat tahu bahawa Gempa adalah salah seorang dari golongan carrier, tetapi Sara tidak peduli. Dia masih ingin menjaga dan membesarkan anaknya itu sama seperti anak lelaki yang lain.
Gempa berhak mendapat kebahagiaan. Oleh sebab itulah Sara dan Amato sanggup lakukan apa sahaja asalkan Gempa membesar dengan baik.
Dan untuk memori silam Gempa yang mana dia pernah mengalami kemurungan suatu ketika dahulu, ia amat teruk. Keadaan Gempa seperti mayat hidup sahaja. Gempa mempunyai tabiat buruk yang mana dia suka memaksa diri dan bekerja keras dalam belajar dan melakukan kerja. Sehingga dia kerap pengsan dan berkurung dalam bilik. Ada banyak kali juga Gempa terlalu fokus dalam pekerjaan dan belajar sampai dia selalu terlupa untuk makan. Tidak cukup dengan itu, Gempa juga cepat stress dan tertekan. Hal itu membuatkan Sara dan Amato sentiasa menangis di malam hari. Memikirkan tentang keadaan Gempa yang semakin hari semakin tidak membawa apa-apa perubahan baik.
Keadaan Gempa semakin bertambah buruk apabila dia pengsan dan tidak sedarkan diri selama seminggu. Amato dan Sara cepat-cepat membawa Gempa ke hospital dan memberikan Gempa ruang untuk berehat buat seketika. Ada juga Gempa cuba meyakinkan bahawa dia baik-baik sahaja, tetapi itu alasan sama yang selalu Amato dan Sara dengar jadi mereka sudah tidak termakan lagi. Dan setelah sebulan Gempa pulih sepenuhnya, Amato dan Sara mengambil inisiatif untuk membawa Gempa ke pakar perubatan psikologi.
Tidak lama setelah lebih kurang Gempa mengambil perubahan psikologi, akhirnya Gempa yang ceria seperti waktunya kanak-kanak dahulu kembali. Betapa leganya hati seorang ibu dan bapa apabila melihat anak mereka kembali ceria. Gempa sudah tidak terlalu memaksa diri seperti dulu. Dia akan sentiasa cuba untuk kawal dirinya dalam melakukan pekerjaan. Tetapi untuk orang seperti Gempa, dia agak perlahan. Jadi tidak hairanlah sampai sekarang dia masih workaholic.
Tetapi Amato dan Sara sudah tidak terlalu runsing sekarang. Kerana Gempa sudah pulih dan kembali seperti biasa. Bagi mereka itu pun sudah cukup.
Dan masa begitu pantas berlalu, di saat mereka tahu tentang perjanjian antara Tok Aba dan Kaizo, mereka pada awalnya ingin membantah. Tetapi Tok Aba terus menceritakan tentang janjinya itu. Mereka agak rasa serba salah jadi sebab itulah mereka tidak berkata apa-apa. Mereka biarkan sahaja Tok Aba sendiri yang memberitahu Gempa. Dan mereka juga cukup terkejut setelah tahu bahawa Gempa setuju. Tapi mereka tidak mempersoalkannya. Kalau itu yang Gempa mahu, mereka ikutkan.
Dan sekarang, tibalah masa untuk mereka berpisah dengan Gempa. Walaupun hanya berbeza bandar tetapi hati ibubapa mana yang tidak sedih apabila anak mereka harus pergi mengikut suami? Itulah yang dirasai oleh Amato dan Sara sekarang. Mereka rasa sebak ingin berpisah dengan Gempa. Kalau boleh mahu sahaja biarkan Gempa terus berada di bawah jagaan mereka. Tetapi mereka sentiasa ingat, Gempa berhak menerima kebahagiaan bersama orang yang dia sayangi. Dan Amato dan Sara juga tidak semestinya hidup lama di dunia. Setiap manusia akan mati. Hanya masa sahaja yang menentukannya.
"Mama, nanti kalau setiap hujung minggu Gempa akan call tau? "
Gempa cuba untuk tersenyum dan menyembunyikan rasa sedihnya. Dia juga tidak kalah terasa sebak di dada apabila dia harus berpisah dengan ibubapanya. Selama dia membesar, Gempa hanya mempunyai ibubapanya. Gempa bukan jenis yang gemar berkawan jadi sebab itulah dia lebih kerap berada di rumah berbanding keluar. Jadi tidak hairanlah dia dapat skip final year kerana kerjanya hanya belajar dan terperap di dalam rumah sahaja. Sampai kulit pun begitu putih!
YOU ARE READING
Love Me Like You Do [C]
Fanfiction"Aku kahwin dengan kau, bukan atas dasar cinta. Tapi atas dasar keluarga. Yes, aku tahu ia cliche sebab dalam drama pun banyak je kisah macam ni. Tapi apa yang buat kisah kau dan aku ni menarik? Sebab kau tu cuma slut! Orang simpanan buat pelepas ge...