Chap 9

842 91 19
                                    

"Jemputlah makan. Maaf ya kalau hidangan kami ni biasa-biasa sahaja. "

Kaizo mempelawa keluarga Gempa untuk duduk di meja makan mereka bersama Dan menikmati santapan yang ada. Di sebelah Kaizo, isterinya membantu pembantu rumah dalam menghulurkan makanan untuk yang ada. Gempa juga ada di sebelahnya untuk membantu.

"Gempa kamu pergilah duduk dan makan. Aunty boleh handle benda ni dengan maid kami. "

Gempa tersenyum.

"Takpe, aunty. Lagipun sebagai tetamu sekurang-kurangnya saya kena bantu orang rumah walaupun sedikit. Mama kata baru beradap. "

Isteri Kaizo terkedu. Dia tidak sangka pula bahawa Gempa begitu patuh dan sentiasa berpegang kepada pesanan ibubapanya. Itulah kali pertama dia menerima tetamu yang mana bukan sahaja tetamu di rumah mereka, tetapi juga menghormati orang rumah.

Sara dan Amato yang melihat hubungan mesra antara anak mereka dan isteri Kaizo pun tersenyum bangga. Memang tidak salah selama ini mereka mendidik Gempa dengan baik. Kebanyakan orang ramai yang memperlekehkan seorang carrier seperti Gempa sebenarnya. Kerana bagi mereka carrier ini cacat. Tetapi Amato dan isterinya sama sekali tidak memikirkan hal seperti itu. Tidak apabila sebaik sahaja mereka menerima kelahiran Gempa dan mengetahui Gempa adalah carrier juga.

Walaupun kadang terpaksa berdepan dengan kata-kata buruk orang lain, Amato dan Sara terus gagah menjaga dan melindungi Gempa. Mereka juga bernasib baik kerana seluruh ahli keluarga mereka juga membantu bersama. Tok Aba juga tidak kurang menerima segala kekurangan cucunya. Asalkan cucunya tidak cacat fizikal dia tidak kisah. Kerana bagi Tok Aba, lelaki jenid carrier juga adalah manusia biasa. Mereka cuma dikurniakan kelebihan yang lebih unik sahaja berbanding orang lain.

"Gempa, duduklah di sebelah bakal suami kamu tu. "

Gempa terhenti dari gerak langkah kakinya di saat dia mendengar permintaan, atau lebih tepatnya seperti arahan daripada Tok Aba. Dia menoleh ke arah keluarganya dan keluarga bakal suaminya. Kesemuanya nampak seperti tidak mempermasalahkan hal itu begitu juga dengan Tok Aba. Mereka hanya tersenyum seperti merelakan Gempa berada dekat dengan lelaki yang sempat dia lihat tadi.

Gempa menoleh pula ke arah Halilintar. Lelaki itu nampaknya tidak kisah sama sekali. Dia sedang ligat bermain dengan fonnya di tangan. Seperti mengabaikan keadaan sekitar yang canggung itu.

Merasakan bahawa dirinya sudah tidak ada pilihan, Gempa pun hanya mengangguk dan tersenyum paksa. Dia berjalan mendekati Halilintar lalu menarik kerusi yang berada di sebelah lelaki itu. Gempa duduk dan menyesuaikan dirinya di sebelah Halilintar. Kalau ikutkan hatinya, mahu sahaja Gempa meminta diri untuk pulang. Dia tidak seberapa selesa dengan keadaan persekitarannya sekarang. Barulah rasa seperti menyesal kerana ingin mengikuti keluarganya ke sini.

"Bitch. "

Gempa terhenti dari ingin mengambil sudu dan garfu di pinggan. Dia menoleh ke arah Halilintar. Wajah Gempa berkerut memandang lelaki di sebelahnya itu. Dalam diam dia tertanya, adakah apa yang dia dengar tadi hanyalah halusinasi ataupun memang datang daripada Halilintar? Gempa ingin bertanya semula tetapi dia kuburkan sahaja niatnya apabila merasakan Halilintar pastinya tidak akan layannya.

•°•°•

"Terima kasih banyak untuk santapan tadi, Kaizo. Memang sedap betul orang rumah kamu masak! "

"Takde apelah sangat, Tok Aba. Lagipun kami masak sekadar yang mampu saja. "

Amato dan Sara tersenyum melihat kesopanan Kaizo dan isterinya ke atas ayah mereka. Tak sangka, Kaizo yang dahulunya hanya seorang peniaga biasa kini sudahpun menjadi seorang pengurus syarikat yang berjaya. Namun begitu, Kaizo bukanlah seperti kacang lupakan kulit. Dia masih ingat siapa yang sudi membantunya mendapatkan nama dan masih melayannya dengan baik. Syukur.

Love Me Like You Do [C]Where stories live. Discover now