Chap 18

833 92 66
                                    

Seminggu kemudian,

"Halilintar, tunggu. "

Halilintar menoleh ke belakang sambil memutarkan bola matanya. Dia sudah bersiap sedia untuk bertolak ke airport dan bercuti bersama Ying. Dan dia sangat mengharapkan bahawa Gempa tidak akan mengganggunya.

"What? "

Gempa berjalan mendekati Halilintar lalu dia pun menghulurkan sepaket pil tahan mabuk kepada suaminya. Halilintar memandang ke arah huluran tersebut dengan kening yang berkerut.

"What's this? "

"I-ini pill untuk awak dan k-kekasih awak. S-saya takut awak dan d-dia akan mabuk di atas pesawat nanti jadi saya dah sediakannya untuk awak. "

Halilintar memandang ke arah Gempa dengan pandangan yang merendahkannya.

"Who you think I am? Aku dah banyak kali ke luar negara untuk berlakon dan dah banyak kali aku naik kapal terbang. Takde pula orang yang berikan benda alah ni dekat aku. "

"S-saya tahu! Tapi... Awak tak sarapan pun tadi. Jadi saya rasa... Mungkin awak perlukannya. "

"No. Aku tak nak. "

Halilintar ingin terus keluar tapi ia segera ditahan oleh Gempa. Gempa memegang lengan Halilintar dan memandang ke arah suaminya dengan pandangan memohon.

"Please, Halilintar. Saya tak minta apa-apa! Tolonglah ambil ubat ni. Please! Saya mohon! "

Halilintar terdiam sewaktu dia melihat wajah kesian Gempa. Entah kenapa hatinya terasa sakit kalau dia menolak permohonan lelaki itu. Dan akhirnya dia mengalah. Dia mengambil ubat tadi dari tangan Gempa dan mendengus.

"Whatever. Tak semestinya aku perlukannya pun. "

Gempa tersenyum apabila permohonannya diterima. Dan secara tak sengaja dia terus memeluk Halilintar dengan erat.

"Terima kasih! "

Halilintar terkesima. Dia tidak sangka bahawa Gempa akan memeluknya tapi apabila kesedarannya datang, dia terus menolak Gempa menjauh dari dirinya.

"Disgusting. "

Dan Halilintar pun terus pergi ke arah kereta sewa yang sedang menunggunya di luar rumah.

Tapi sebelum itu, dia sempat berpesan kepada Gempa.

"One more thing, kalau mak ayah kau atau aku tanya tentang ke mana aku pergi, cakap dekat diorang yang aku ke luar negara untuk shoot drama. And remember, jangan sesekali beritahu apa-apa kalau diorang tak tanya. You listen right, bitch? "

Gempa hanya mengangguk kecil. Tipulah kalau sebenarnya dia sangat sedih apabila Halilintar kerap memanggilnya dengan perkataan teruk itu. Hatinya sudah cukup terluka dengan segala yang Halilintar telah buat kepadanya. Dan dia rasa kalau dia kena lebih teruk lagi, dia akan hancur.

•°•°•

"Hello, Mama? "

"Hello, Gempa! Aahh, lamanya Mama tak dengar suara kamu! Mama rindu sangat dekat kamu, sayang! "

"Gempa pun rindukan Mama! Mama sihat? Mana Papa? "

"Mama sihat je. Papa kamu ada dekat luar sebab merajuk kena marah dengan Mama tadi. "

"Eh? Kena marah kenapa pula? Mama ada gaduh dengan Papa ke? "

Di hujung talian, Gempa dapat mendengar suara ibunya yang tiba-tiba ketawa kecil. Keningnya sudah berkerut hairan.

Love Me Like You Do [C]Where stories live. Discover now