Chap 62

905 84 18
                                    

Klik!

"Uuhh... Kalau kau nak tidur dulu tidurlah. Aku nak masuk bilik air sekejap. "

Halilintar berkata seraya membelawa Gempa untuk masuk ke dalam bilik yang bakal mereka kongsi bersama. Lelaki itu menatap sahaja wajah canggung isterinya yang nampak seperti gusar untuk berada di dalam bilik itu. Agak mengambil masa yang lama untuk Halilintar diperbolehkan menutup pintu bilik tetapi dia sanggup menunggu. Asalkan Gempa tidak mengubah fikiran dan meminta untuk menarik balik keputusannya.

Gempa berjalan mendekati katil empuk Halilintar yang bersaiz king itu. Dia melihat keadaan katil yang begitu kemas dan rapi sekali. Selama ini Gempa perasan, walaupun hidup dalam serba kemewahan tetapi Halilintar amat hebat dalam mengurus dirinya sendiri. Setiap kali Gempa masuk ke dalam bilik untuk mengemas bilik suaminya itu, pasti katil akan tersusun atur dengan baik. Barang-barang perhiasan di biliknya juga tidak terlalu banyak dan tidak terlalu sikit. Namun begitu, ia tetap bersih dan tidak berhabuk biarpun tidak terusik.

Itu tidak dikira lagi dengan barang-barang Halilintar yang lain seperti pakaian mahalnya dan beberapa aksesori yang mahal. Segalanya disimpan rapi di dalam bekas dan almari khas dan tiada debu atau habuk pun yang boleh mencemarnya.

Jangan ditanya pula dengan keadaan bilik mandi. Biarpun luas, tetapi bilik mandi itu sentiasa kering dan bersih. Setiap kali di saat Gempa masuk untuk menukar sabun atau berus gigi untuk Halilintar, pasti dia perasan bahawa segalanya sudah tersusun. Seperti sabun mandi, berus gigi dan ubat gigi dan lain-lain. Gempa cukup kagum dengan Halilintar.

Tetapi tidak semuanya baik sebenarnya. Kerana Halilintar sebenarnya ada habit yang biasa namun masih sukar diubah. Iaitu membuang bajunya merata-rata selepas dipakai. Sebelum ini setiap hari Gempa harus masuk ke dalam bilik Halilintar semata-mata untuk mengutip dan mengumpul pakaian Halilintar untuk dicuci. Namun Gempa tidak mempermasalahkannya. Lagipun sudah tugasnya untuk menjadi 'pembantu' Halilintar selama ini.

Klik!

Bunyi pintu bilik air tertutup menyedarkan Gempa daripada lamunannya. Wajahnya segera ditoleh ke kiri untuk melihat Halilintar yang kini baru sahaja keluar dari bilik air tersebut.

'Huh? Lama sangat ke aku termenung sampai tak sedar dia masuk tadi? '

Gempa tercengang di tempatnya. Nampaknya dia betul-betul kena buang tabiat suka termenung kerana khuatir ia akan menjadi kebiasaan.

"Oh? Kau belum tidur? "

Gempa menggeleng kecil.

"Belum. Takpelah. Rasa macam tak elok kalau saya tidur sebelum Halilintar. "

"Ah, tak. Aku tak kisah sangat. Lagipun bilik ni bilik kau juga. "

"Uhh... Maaf. Tapi, saya masih belum dapat membiasakan diri dengan bilik ni. "

Kata-kata Gempa sedikit menghentikan Halilintar dari langkah kakinya. Lelaki itu melihat wajah isterinya yang masih sedang duduk di atas katil itu.

Jujur saja dia agak tersinggung dengan kata-kata itu namun dia faham. Gempa masih memerlukan masa untuk menyesuaikan diri bersamanya. Lagipun Halilintar tidak mahu menyiksa perasaan Gempa. Tidak. Bukan untuk kali kedua. Ini peluang Halilintar dan dia ingin menghargainya.

"Umm.. Ok. Jom tidur? "

"Hmn. "

"Ah. "

Baru sahaja Gempa ingin membaringkan diri di atas katil tersebut namun ia serta-merta terhenti apabila dia terdengar suara Halilintar. Dia menoleh dan melihat Halilintar yang kini sedang memegang sehelai baju t-shirt berwarna merah di tangannya.

Love Me Like You Do [C]Where stories live. Discover now